Thursday, December 31, 2009

Kelengkapan Setengah Tahun..Kiasu ke ? Tak.. Lebih jimat..

5 kawan yang bezz
Baru jer sampai umah jam 2.15pagi ni. Ngantuk giler mata ni .. selalu bila jadi co-pilot tak pernah pon ngantuk jadi aku mintak tukar dari Damansara ke umah.. Lagi pon Hubby dah tak tahan ngantuk .. sebelum terhoyong-hayang elok aku drive..bahaya tu !.. pastu otomatik jer ngantuk terus hilang. Selalu drive pun aku tak kisah, sebab hubby memang penat dengan keje dia; pulak tu hari-hari travel 140km pergi-balik. Dah sayang kann..


Kami ke Puchong Prima. Amik Along dan Angah di rumah Mak Teh dorang. Kelmarin beria-ia nak tinggal lama..malam semalam tefon kata nak balik.. .Dah namanya budak-budak ..seronok mana pon rumah orang ; mesti rumah sendiri jugak yang dorang akan cari...


Sebelum amik dorang, singgah di Mydin USJ. Sumer parent mesti dah siapkan kelengkapan anak-anak ke sekolah.. Last minute baru nak beli.



beli stationeries bagai ... berdozen-dozen untuk stok setengah tahun


Baju, seluar dan kasut dah beli minggu lalu . Tahun ni belikan Along tiga pasang baju sekolah & sepasang kasut. Baju tahun lepas masih boleh dipakai lagi. Baju tahun lepas campur yang baru beli ni dah jadi lapan pasang... terlebih sehari lah pulak. Seluar sekolah tu aku rasa macam nak tampal dulu kat lututlah.. Kerja yang tak pernah dibuat orang pulak.. tapi rasanya okey kott.. Yelah.. Budak lelaki kann... masa recess suka main kejar-kejar guna lutut agaknya.. berlubang-lubang.. abess sumer kena tampal..



Kasut sekolah pulak; tinggal 4 pasang jer yang okey termasuk 2 yang diberi oleh colleague aku (anak dia tak muat..elok lagi..dah rezeki Along) tambah dgn yang baru beli ni..cukuplah pakai untuk seminggu. Faham-faham sajalah.. sapa yang sempat nak membasuh sumer kasut + baju tu hari-hari... Itupon tak masuk lagi baju Sekolah Agama/Kafa.. Adehh sampai panjang tangan basuh...huhu.. tapi bukan tangan aku lar..sebab basuh baju & kasut sekolah hubby willing to do jadi ..alhamdulillah..kudrat dia lagi kuat maka tersangatlah bersihnya.

Angah pulak tukar tadika tahun ni. Dah nak masuk 6 tahun umur dia. Kenapa tukar ? 2 tahun tempat tadika yang sama dulu tak nampak achievement dia. Kali ni tukar di tempat yang sama dengan Along dulu. Kesian juga pada Angah.. basic english pon dia tak berapa faham sangat.. yes-no-yes-no... bila aku tanya. Kalau dalam bahasa melayu pulak sampai cikgu dia pon risau...pandai sangat menjawab.. Bila nak tukar ke tadika ni..sakitlah poket sikit. Bayar setahun jer dah boley beli DSLR..huhuhu..


Note : tu jer yg sempat diupatekan...baru rasa ngantuk..



Till Now.

Wednesday, December 30, 2009

:: Bobby ~ Hum tum ek kamre me bandh ho ; wah.. lama sungguh ! ::

7 kawan yang bezz

video


Malam tadi balik dari ofis jam 8. Dah jadi kebiasaan kalau dalam keta jam 8 malam ke atas aku akan dengar THR Hindi Power. DJ pasang lagu kat atas tu ..hum tum..Teringat citer mak aku dulu. Emak & arwah ayah (memang peminat hindi....)

Mak & arwah ayah bawak kakak-kakak aku tengok citer Bobby ni masa aku dalam perut lagi maknanya masa tuh mak aku tengah mengandungkan aku... Minat punya pasal sanggup berderet-deret pergi ke Pawagam Sentul; naik bas dan turun bas dari Kg Datuk Keramat. (patutlar orang kata muka aku macam kehindustanan sikit...cheh...perasan betul ! *sila muntah..hehe..)


Emak aku kata heroin citer ni memang muda waktu tu; dalam 16 tahun masa berlakon citer ni. Dia kahwin dengan aktor Rajesh Khanna dan dikurniakan dua anak perempuan yang juga actress tapi mereka bercerai pada tahun 1984. Anak-anak mereka Twinkle Khanna dan Rinke Khanna. Twinkle Khanna tu dah tak berlakon sejak berkahwin dengan Akshay Khanna..alaa.. hero yang ganteng tu..kalau bergaduh memang terbang-terbang pejahat-penjahat tu dibuatnya..hehe..


Gossip mengatakan Dimple Kapadia sekarang bercinta dengan Sunny Deol, anak kepada Dharmendra yang juga seorang pelakon. Kebanyakan hindi star memang berkahwin sesama mereka jer...star dengan star baru ngam agaknya..



Dulu aku memang peminat hindi tegar..sampaikan Shah Rukh Khan datang buat konsert di Stadium Melawati, Shah Alam pun sanggup pergi walaupun tahu miming jer..hehe.. tapi masa tu bujang lagi.. skarang hanya dengar jer lagu-lagu hindi tu... tonton pun hanya filem2 tertentu aje. Kali terakhir tonton wayang hindi pun citer Mohabattein.. lama dah tu....






Dimple Kapadia dalam citer Bobby ..comei jer dia..






antara gambar terbaru..masih vogue lagi.




Anak sulong ; Twinkle Khanna (Tina)


Suami Twinkle ; Akshay Kumar @ nama sebenar Rajiv Hari Om Bhatia


Anak kedua; Rinke Khanna


Sekian berita hindi buat kali ini.


Till Now.




Tuesday, December 29, 2009

:: 3 dalam 1 ::

4 kawan yang bezz
Sekarang ni semua n3 jadi kelam kabut. Nak diikutkan banyak benda nak citer .. citer itu, citer ini, citer begitu dan citer begini..... padahal ada ke orang nak baca ..hehe. Ada ke tak tak penting..yang penting aku sendiri akan baca ..hahaha... Kalau nak tunggu anak2 baca macam yang pernah blogger lain kata tu.....lambat lagi lah kann; belum tentu dorang akan baca.. .

Masa macam mencemburui aku jer akhir-akhir ni. Huissh ..tak baik betul.. Masa Allah dah jadikan memang cukup tapi kita ni yang tak pandai bahagikan masa ...Memang betul..lebih-lebih lagi ibu bekerja macam aku ni...ceh.ceh.ceh.

Ikutkan memang cukup tapi dah dibahagikan dengan banyak perkara atau kerja2 tambahan.. yelah jengok anak-anak, suami dan rumah sudahlah tentu. Kalau tak buat ..nak mamfuss ? Itukan tugas seorang isteri yang dah terkmaktub.. bukan senang yer kengkawan... pastu jengok blog, jengok FB ... haa..yang dua ni memang penyakit berjangkit betul.. kalau tak buat sehari macam ada kekurangan pulak duty seharian.. Bagi yang belum terjangkit ..elak-elakkan lah..atau kurang-kurangkanlah..

Bagi blog..rasa puas...atau aku syok sendiri ?..mana-mana pon boley.. Baca yang lawak memang terbahak-bahak lah aku ketawa dan kalau yang sedih akan meleleh lah air mata aku ni... aku ni bak syampoo ada 3 dalam 1..dalam Tegas, Lawak, Ceria dan Sensitif ...itu aku..memang tak tipu..

Jadi ,kali ni aku buatkan sumer citer yang aku pendam..hehe..macam drama lah pulak..dalam satu n3 macam yang pernah aku buat sebelum ni. Ini namanya n3 malazz + cepat.




Ini Adiq. korang pon tau yang minggu lalu ni dia kena sakit mata kan.. dah masuk seminggu pon tak baik..bertambah bengkak mata kanan dia. Jumaat lepas masa turn aku jaga.. tengah titik ubat..ubat+darah keluar dari mata dia..Seriau dibuatnya..

Bawak gi klinik panel, doktor advise utk ke specialist. Hari Sabtu hubby bawa Adiq ke Subang Jaya Medical Centre dan doktor beri ubat yang lain..Tak perlu risau kata doktor tu.. itu hanya viral infection... lega rasanya. Semalam agak berkurangan bengkaknya. Sabtu ni kena pergi lagi untuk follow-up... Shian anak ibu...




Masih ingat pisang ku hari tu ? Yang sempat dizassss sebelum dicuri .. Tunggu punya tunggu..masaknya tak sekata..maka separuh digoreng dan separuh dibikin kerepek.. tak sempat snap lepas di goreng kerepek tu..dah lenyap di telan sambil menggoreng.. hehehe...





operasi mencari rambut kelabu oleh adik-adik ipar... adik demam + sakit mata~melepek jer.

Ahad lepas ke rumah adik hubby di Puchong Prima. Baru Pindah 2 bulan lepas..baru sempat nak pergi. Angah bila turun jer dari keta terus kata..."huiyooo ibu..belilah umah kat sini...umah kita dah burokkk, tak cattt..." adeh..pedih telinga.. ingatkan macam beli ikan agaknya budak-budak ni...hehe..

La ni.. Along ngan Angah tinggal kat sana. Ada mak sedara yang baru lepas SPM datang dari kampung tolong jaga. Sepupu dorang pon ada.. Biar dorang seronok sikit dari tinggal di nursery tu..kesian pulak dok melangok.. Janji hari Rabu nak datang amik tapi semalam bila tefon (rindu betul ibu dorang ni..tapi tak nak tunjuk kat hubby..nanti kena ejek macam tahun lepas)..dorang mintak permission sampai hari Khamis, maka dengan rela hati siibu ni izinkan lah..

Adik asyik tanya jer abang-abang dia... kesian dia lagi..

Till Now.


Berdegup Kencang Jantung Dibuatnya..

10 kawan yang bezz
Memang berdegup kencang jantung ni bila ingat semula apa yang terjadi semasa on the way nak gi ofis.

Bangun agak lambat tadi…jadi semua jadi kelam kabut. Bersiap dengan tune lagu airwolf lagi..… Aku memang dah lama tak pakai jam loceng, hanya harapkan alarm handphone jer.. Pelik jugak kenapa alarm tak bunyi..tengok jer kat handphone tadi rupa-rupanya laaa.. kerja Adiq semalam…macam-macam setting ditukarnya.. pulak tu habis adalah beberapa orang diteleponnya..hehe..termasuk Sueanne,Boz Aku, Kak Long, sowi yer.. Semalam tak keje jaga dia lagi dan aku pon tak berapa sihat semalam. ..adeh.. Low Blood Pressure lah pulak..

Berdesuplah pagi tadi… tiba kat satu kawasan, di depan aku adalah satu lori hantu.. bukan yang berhantu tau.. lori untuk construction yang besar bagak bawak pasir tanah tu… Lori tu kat belah kiri jalan ..Ehh..lupa lak..sebelum tu adalah tiga biji keta belakang lori tu termasuk aku tapi dua biji keta masuk simpang kanan nak ke arah Kundang.

Mungkin driver tu tak perasan aku kat belakang dia agaknya lagipon situ jalannya tak lurus .. aku terus amik kanan nak overtake dan dah overtake pon; dah sekerat lori dia lagi tetiba dia ke kanan… mak ooi… terperanjat aku jap terus aku honn tak hingat punya kuat… nasib baik aku tak panik.. dalam tak panik tu pon jantung aku dah dup-dap-dup-dap...

Driver tu terhoyong-hayang ke kiri balik…wuiisshh.. Ikut hati memang geram tapi lepas tu aku sempat angkat tangan lambai kat dia ..yelah timakasih lah jugak walaupun dia dah buat camtu..sebab kalau dia teruskan tadi …ntahlah… tak boleh bayangkan tambahan lagi dengan tanah yang penuh kat atas lori tu tadi…


Alhamdulillah tak de pape..



Note : minggu ni sibuk untuk quarterly review by top mgmt..jadik sibuk sangatlah konon dengan segala pezentesyennya..

Till Now.


Saturday, December 26, 2009

Anak Anugerah Yang Tak Terhingga Dari Yang Maha Esa..

8 kawan yang bezz
diterima dari email untuk dikongsi bersama.

Allah anugerahkan anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau abahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab kami.

Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya.

Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati – hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung. "Dah sembahyang?" suami saya bertanya. "Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya. "Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran. Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..Adik boleh usaha lagi." "Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut. "Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya. "Apa.. asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk. "Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!" katanya …"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!" kata dia lagi. "Betul tu..." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni." "Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar…mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik. "Adik...... tak baik cakap macam tu dengan abah.." saya berkata perlahan. "Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya. Tiba-tiba tangisannya terhenti. Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.


"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya. "Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar kasih sayang ," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara. "Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.

"Kerana kasih sayang lah Adik lahir dan kerana kasih sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan kasih sayang . Adik tak besar dengan duit!", kata saya lagi. Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir. Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan abahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu... terharu sungguh.....

Begitulah indahnya dan hebatnya kasih sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi,

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,kalau tidak kerana kasih sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini........"

Manusia yang hidup tanpa kasih sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk.

" Wahai Tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang mengharap belas darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia " .

Note : Turut sebak terus teringat pada Angah.

Till Now.

Friday, December 25, 2009

Akhirnya...

4 kawan yang bezz
Akhirnya
Setelah genap lima tahun 4 bulan
tamatlah riwayatmu



ku sangka dirimu betah bermandikan rintik hujan

rupa-rupanya hanya kawan2 mu yang terbaru sahaja mempunyai kelebihan itu



Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala sumbangan yang diberikan

Demi kenangan bersama semua yang disayangi



Wahai cybershotku... huhuhuhu..





Note : macam dah bau $$$ jer poket ni.....



Till Now.



Thursday, December 24, 2009

Reunion... Kawan-kawan lama somi

12 kawan yang bezz
Facebook kadangkala membuatkan kita lalai bagi mereka yang 'hantu game; *spt aku * dan menjadi port berborak atau merepek bersama kawan lama dan baru.


Hubby memang tak berminat, jadi adalah dua tiga orang kawan lama (ex-office) dia yang add aku utk jadi kawan. Secara tak langsung...apa yang diborakkan atau direpekkan pasti aku ceritakan pada dia.


Di tempat kerja lama hubby dulu; rakan sekerja semua sekepala..hinggakan kami beramai-ramai bersama2 keluarga ke PD pada dua tahun lalu. Ada outdoor games yg dibuat, dinner ramai-ramai.. memang bez gathering macam tu..


Tapi setelah 2 orang berpindah kerja iaitu NoorZaman yang merangkap nebor aku dulu telah berpindah ke JB ; tinggal bersama keluarga dan hubby pula telah mendapat offer di tempat lain maka tiada lagi seperti dulu.. tiada lagi picnic, bowling tournament dan seangkatan dengannya..


Mulanya di FB dengan ajak-ajak kosong untuk open table telah menjadi kenyataan pada malam tadi.. Bob & Abg Sheikh telah belanja kami semua dalam 15 orang termasuk kanak-kanak riang aku pada malam tadi di Delifrance Rawang. Bonus di Perodua dah adalah tu !... masyuk gitu.. Macam-macam topik dikeluarkan... dari xboz, newboz, fb, game kat fb...sumer ada... Nampak hubby gembira sungguh ...


Till Now.



gelak terbahak2 .. lelaki bila dah jumpa memang havoc !

ada tukang karut maka lagilah menjadi .. masing-masing melopong dengar..

menunggu Along habiskan dessert ...banyak sangat !


Adiq ..kat mana-mana pun mushroom soup jer yang dia nak..



Amirul Asyraff...sebelum dorang pindah ke JB dulu;
sicomel ni umur dekat 2bulan..sekejap jer masa berlalu..
next year insyallah dapat adik yer..
jadi tumpuan dia semalam dengan ketawa gigil ga-ga-ga-ga yang dibuat-buat...
terkekeh-kekeh para ibu ketawa..




Kak Oja dan Ibu Amirul- Kamilah;
Kak Oja join company yang sama ngan hubby tapi dia di HQ, Shah Alam



dessert- shedap betul !




ini aku punya.. chicken bolognese ..tak habis, byk betul portionnya..




starter @ appertizer > Tu tangan Angah
dia memang shuke.. set for kid's boley Angah habiskan..
tp tak sempat snap pon.....



sampai dah nak tutup; baru sumer kuar
pastu dorang sambung lagi kat luar...aduss..
dekat jam 10.30mlm baru sumer gerak..


Note : *Tak tahu bila akan jumpa lagi..
*kualiti gambar yg menyedihkan..


Till Now.



Wednesday, December 23, 2009

NASI KUKUS AYAM DARA !

11 kawan yang bezz

Pagi ni ada training dan aku baru tau pun pagi ni.. kenapa tak tau ? Salah sendiri..malas nak check email.. PC aku kan asyik pobem jer.. jadi sejak-dua menjak ni mmg tak de rasa nak nengok email dan forward email..lebih-lebih lagi sumer contact list aku yang banyak bagai ..hilang camtu je..Jatuh merudum nak 'mengemail' ni.. Bila orang tanya ..baru aku check..hehe.. teruk betul..


Untuk lunch break, HR Mgr mintak no phone tmpat yg selalu aku beli Nasi Kukus Ayam Dara ni... (nama sebenar nasi kukus jer.. idea member nak kasi gempak sket.. ) Driver big boz pergi amik jer bila siap.



Saje nak promote nasi ni.. memang berasap+berapi kalau makan.. sekali nak dua kali..dua kali nak tiga kali..tapi macam aku yang dah berkali-kali ni.. dah muak lah kan..dekat setahun dah...



Sape nak cuba boley beli..tapi kalau tinggal berdekatan Sungai Buloh lah.. di Matang Pagar (ala..tempat yang aku tak sempat nampak aksi lelaki buka seluar tuh !) Dekat depan masjid@ surau di sebelah kiri. Ada rusa kat situ..bukan rusa binatang tu..tp van yer !..

Nasi kukus + ayam goreng rempah (sekor dipotong 4 jer) + acar jelatah + sambal belacan (mmg power !) + kuah+ timun; Rega RM4.50 jer tapi makan sampai tercungap-cungap mengah. Sedap + pedas... huissh ..boz-boz ngan member2 cha-ya kat ofis tu memang suke sangat..




Boz aku dah approved leave untuk 1/2 hari hari ni dan sehari esok jadi aku boley skip training tu lepas lunch...heh.. bijak-bijak.. Jadi lepas makan..zassss ...balik umah.. turn aku jaga Adiq lak..




Note : Betul ker tu ayam dara ? agaknya kott...tengok isinya mulus jer.. ehehe..


Till Now.



Tuesday, December 22, 2009

shiannye dia...

11 kawan yang bezz
Balik dari PD ari tu terus ke rumah nebor yang buat kenduri khatankan anak sulong mereka;Izzat namanya.

Selepas makan jer hubby bawak anak-anak pergi jengok Izzat dan aku berborak sambil temankan ibu Izzat makan.Anak yang bongsu; Balkis mengedeng pada nebor aku tu.. "dia sakit mata ni" kata nebor aku. Dalam hati dah berkata-kata "janganlah aku atau budak-budak terkena sakit mata ni, cuti dah tinggal minus 0.5 day.

Malam tu jer...aku nampak mata adiq dah bertahi hijau dan berair. Memang sah dah kena ni..tapi dalam hati jer.. Hubby bawa adiq ke klinik tp malam tu panel doktor takde.

Kebetulan Isnin hubby memang cuti maka adiq tidak ke nursery. Hubby bawa adiq ke klinik pagi tu dan doktor sahkan memang sakit mata....shiannn anak ibu...lepas satu-satu dia kena sejak raya hari tu..

Hubby xtend cuti lagi sehari dan hari ni bengkaknya dah kurang ...Esok terpaksalah hantar ke nursery dan tengok apa pihak nursery kata. Dalam perjanjian ada tertera yg anak-anak yg kena penyakit berjangkit tidak dibenarkan datang bagi mengelakkan jangkitan pada kanak-kanak lain.

Kalau tak boleh hantar..hendak tak hendak aku kena apply advance leave lar jawabnya.. Cuti 22 hari setawun pun tak cukup bila dah beranak-pinak ni.... kan bes kalau unlimited leave..hehehe..melampau betul...


..Adiq dahlah shepet...bertambah shepetlah anak ibu...

.. Adiq ni kalau pasal ubat memang bagus; tak kira ubat makan @ sapu...

dia yang akan ingatkan kita ..

Note : Kalau kecik-kecik dulu bila ada orang kena sakit mata jer...kitorang adik-beradik otomatik jer akan cakap "Kau sakit mata; aku sakit vont*t" tapi setakat mana keberkesanannya tak amik tahu lah pulak ...

Till Now.




Sekembalinya dari Cuti-Cuti Malaysia…. macam-macam citer ada..

11 kawan yang bezz
Kami sekeluarga ke Port Dickson, NS pada cuti sekolah kali ini. Bertolak dari rumah jam 5 petang pada Jumaat lalu dan tiba di PD jam 840 malam setelah menempuh hujan renyai dan lebat dan yang paling bez sekali terjebak dengan kesesakan di highway sebelum tol Seremban, sampai aku yang dok sebelah tersengguk-sengguk mengantuk... Hanya disebabkan dua biji keta accident ...panjangnya jammed berkilo-kilometer.... huissh...rakyat malaysia ..prihatin sungguh !

Kami tinggal di Corus Paradise Resort di Batu 2, PD. Tempahan telah dibuat pada bulan Julai lagi....awalnya kan... terpaksa.. Kalau tidak, memang tiada tempat pada musim cuti sekolah ni...


Setibanya di sana ...mak ooi…macam di tempat jual keta terpakai pulak.. banyaknya keta…hinggakan tempat parking memang takde.. kalau boleh lipat..aku lipat keta bawak naik apartment... *mulalah nak merepek ni..*. Kami yang sepatutnya check-in pada jam 3 petang tiba di malam hari; maka …sendiri mahu ingatlah kann.. Hubby pusing beberapa kali dan akhirnya dapat juga tempat ..di sisi jalan di luar kawasan hotel.. illegal parking..kalau polis trafik ada ..memang kena saman sumer keta-keta tu... adalah dekat 30 biji keta yang parking di kiri dan kanan jalan…

Keesokan harinya yang paling gembira ialah anak-anak…sampai kecut bibir dan jari dorang mandi. Dari swimming pool, ke laut pulak…pastu ke swimming pool semula dari pagi hingga ke petang; hanya berhenti untuk makan jer… Tak habis mandi dorang dah kata..lenkali nak pergi lagi ... *yelah..anak-anak; ibu& abah memang tukang cop duit... boley saja..*


Bila dah terasa lapar, naik atas; mandi-bilas pastu gerak ke tempat makan berdekatan..sepanjang jalan jammed tak hingat… tempat makan pulak punyalah ramai manusia... sampai kena queue tunggu . Kesian anak-anak..dan nasib baik ada bun.. dorang makan dulu bagi alas perut... Ingatkan dapat lari dari jammed dan sesak-mesak ni… mana-mana pun ada…


Sepatutnya check-out hari Ahad tapi masing-masing dah kepenatan dan anak-anak dah puas berendam. Hubby tanya samada nak ke rumah nenek atau balik terus.. Dorang pilih ke rumah nenek … *sukalah aku…siapa tak suka ye?…dapat jumpa emak lagi * jadi malam minggu tu check-out dan terus ke Semenyih, rumah emak. Mungkin pada tahun hadapan kalau hendak bercuti; pilih pada hari-hari biasa sahaja dan bukan pada cuti sekolah. Yelah.. setelah terkena dua kali tahun ni iaitu pada bulan Ogos dulu di Cameron Highlands dan kini di PD…rasa tak berapa enjoy the holiday..



Note : Tiada pembayaran di keluarkan kecuali makan&minum sahaja pada setiap kali percutian sebab kami telah pun membayarnya pada 8 tahun lalu setelah menyertai salah sebuah Kelab Percutian yang ada di M'sia.


Memang berbaloi bagi sesiapa yang kerap bercuti bersama keluarga kerana kos yang yang dibayar sebanyak RM10k adalah untuk tempoh 35 tahun percutian. Cuba congak kos untuk sekali percutian ;RM300 semalam x 2 hari = RM600. Setahun guna sebanyak 4-5 hari maka kos sebenar adalah RM42K.



baru sampai....


beri anak-anak roti + kaya + milo (kalau keluar awal mesti ramai orang malam tu ; tengok keta yg byk macam tu..lagi pun hujan masih turun lagi..)

dinner lambat sikit dalam pukul 10.30mlm (aman sekali tanpa sesak-mesak )





hujan pun nak mandi jugak...



di laut...air tak berapa cantik berbanding di Blue Lagoon..

Adiq & Angah takut mandi laut...






Pada 20hb Disember ~ genap hubby 36 tahun.
Balik dari rumah emak hari Ahad tu singgah beli Blueberry Cake. Puas anak-anak makan sekilo kek tu...


Masa potong kek hubby kata ''blueberry abg tak berapa suke lah yang ..tp blackberry sukelah''...adoi...sempat lagi tu! sakitnya poket saya bang ooi.. Akhirnya aku belikan Rider jacket jer.. ekekeke... sowi bang, kalau betul2 nak..tong-tong boleylah ...


~hubby dah ada bb baru sejak keta dia selalu problem. Kengkadang dia akan naik bb baru dia ke kerja....



jeng-jeng-jeng....ini dia bb baru hubby.. ride safely ye bang !.. ni yang buat aku ghisau ni...



Till Now.



Friday, December 18, 2009

Suka, Ceria, Excited...Semua Ada... Walaupun Tak Semahal Mana...

7 kawan yang bezz
Sebelum tiba di rumah emak Sabtu lalu, aku singgah di Bdr Tun Razak untuk ambil Adik aku; Azura & anak-anaknya. Along yang beria-ia nak pergi sebab Mak Tamnya kata ada prezent nak bagi... Dah nama budak-budak kan.. excited betul dia.. Semua mak sedara yang telefon wish kat dia mesti dia tanya prezent.. *malu pulak aku rasanya* .

Masa dalam keta dia dah kata apa yang dia nak dari aku.. MONOPOLY SET... hmmm nasib tak mintak yang pelik-pelik... Aku kata yang aku akan belikan masa shopping beli baju sekolah nanti. Along angguk aje sambil tersenyum simpul dan kata bezz nya kalau hari-hari besday nanti boleh dapat hadiah selalu... boley bankrap orang Along ooi...


Dekat jam 7.00 malam tiba di rumah emak. Anak2 buah yang lain pun ada..apa lagi ..lagi sukalah anak-anak aku... Dalam jam 9.00 malam kek dikeluarkan dari fridge. Aku pun terperanjat. laa..buat susah-susah jer adik aku tu.. * kalau selalu2 ok jugak Tam..hehe* Azura minta tolong dari Kak Long suh belikan kek untuk Along.. Ceria sungguh muka Along masa tu.. Lepas potong kek; hadiah diberi pada Along yang kononnya dari sepupu2 dia lah (anak-anak Azura)... tak sabar-sabar dia buka..

Bila nak tidor pun, Along kepit jer hadiah2 tu.. bila suh simpan dia kata dia nak tidor ngan hadiah tu... Alahai anak.

Hari Ahad; jam 1.30ptg gerak ke rumah dan singgah di Bdr Tun Razak untuk hantar Azura.. (anak2 dia nak tinggal dengan nenek) Tiba di rumah jam 2.30ptg.

Jam 7 malam tu..hubby sampai. Tak jadi xtend hingga Rabu atas sebab yang tak dapat dielakkan. Last minute decision by management. Bila nampak jer abahnya...semua jerit macam lama tak jumpa... Aku pun suka hati.. Rasa lega...yelah..penat juga bila handle budak2 sorang diri ni...




kenapa nama Along ada H ibu ?...
Mak Longnya tersilap eja nama dia.. dari Fa'izin ke Fahizin.. perasan pulak dia...

Note :
Kami sekeluarga akan bertolak ke PD sebentar lagi sehingga hari Ahad nanti. Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali..


Till Now.


Wednesday, December 16, 2009

Istana ?? Apa Tu ??

7 kawan yang bezz
entri ditaip ketika sedang menunggu ketibaan hubby menjemput duli yang maha mulia isteri tercinta..ekekeke... *jgn layan... aku tengah blur *


Hari Sabtu kelmarin dah janji dengan anak-anak untuk ke rumah emak. Jam 5.30ptg ..zasss.. ikut NKVE. Lepas jer exit Jalan Duta seperti biasa hala ke Sungai Besi. Aku ternampak satu construction di Jalan Duta. Kalau tak silap itu Istana Negara Baru.. memang nampak nun di atas bukit..Tersergam indah kalau dah siap nanti.

Aku : Along, (dok kat sebelah aku) tengok tu kat depan... (dia dok leka main cubic...) atas tu..Istana baru ..
Along : Istana ? apa tu ibu ?
Aku : ala ...tempat Raja dengan keluarga tinggal.... Sultan tau ? ...aaah...Agong kita... tau..?
Along: tak tau lah ibu..
Aku : biar betul Along ni (dlm hati).. takkan Along tak tau... Raja ..King...
Along : owh..... CASTLE ke ibu ?
Aku : ..a'ah... hehehe ...tak teringat aku nak sebut itu...
Along : kenapa castle macam masjid ibu ? tak macam citer kat tv tu...?
Aku : (dlm hati) dia dok ingat castle cam citer dongeng disney lah tu....


Alahai anak.


Note : Okey. hubby dah tepon. Dia dah sampai.



Till Now.



Terima kasih Kak Long..

2 kawan yang bezz
** Bulan Disember ada 3 orang dalam famili menyambut hari jadi **


Terima Kasih Kak Long.
Jasamu dikenang.
Semua pengorbanan Kak Long dan Kak Ngah dalam membesarkan kami
adik-beradik sepanjang ketiadaan emak & arwah ayah yang keluar berniaga untuk menambah pendapatan keluarga dari jam 2 petang hingga ke 10.30malam. Ketika itu Kak Long berumur 19-23 tahun.

Kini, bila melalui tempat tersebut di Jalan Chow Kit iaitu Plaza Selangor
dan kini Mydin kenangan pasti datang ... banyak kenangan pahit dan manis dahulu.


Alhamdulillah, hari ini genap umur Kak Long 44 tahun
dan masih bekerja di KDN, Putrajaya.
Kak Long bahagia kini di samping suami tercinta Abg Long Zainal Abidin;
bercinta selepas perkahwinan mereka.

Kini dikurniakan 3 orang cahayamata. Along- Muhammad Hafizuddin kini sudah 18 tahun,
belajar di Politeknik-Kajang, Angah- Muhammad Ruzaini kini menduduki SPM
dan yang bongsu, Nurul Izzah di tingkatan dua.

SELAMAT HARI LAHIR !
"Semoga panjang umur, dijauhi penyakit yang memudaratkan serta dimurahkan rezeki wahai Kak Long Aziza ku.."









Till Now.



Friday, December 11, 2009

Dah Besar Dah Anak Ibu... Hariz Fa'izin

12 kawan yang bezz
Entry autopublished.

8 tahun lepas tarikh hari ini, 11 December 2001 ; Along a.k.a Hariz Fa’izin Bin Husnulhafizin selamat aku lahirkan dengan berat 3.55kg di Hospital Pusrawi Jalan Ipoh, KL. Alhamdulillah.


Kini tarikh tu sama dengan public holiday di Selangor (Sultan Selangor's besday) ..maka seronoklah Along ;aku ada di rumah..

Sekejap sahaja masa berlalu…dari baby kini nak masuk tahun tiga Januari 2010 nanti.


Along seorang yang sensitif. Kerap menulis atau meluahkan perasaannya di kertas-kertas kosong..pabila dimarahi. ..Aku tegas dengan anak-anak ye.... Aku pernah terjumpa..coretan-coretan luahan hati dia.. Risau dibuatnya dan bila ditanya…dia terus ketawa… “Along saja jer…” kata dia. Alahai anak Ibu. Ibu sayang Along. Tak ada beza antara ketiga-tiganya..


Ibu tahu Along akan baca ni…(dia juga rajin baca blog aku ni)..Ibu sayang Along sesayang-sayangnya.. Ditegur bermakna ibu sayang. Siapalah tak sayang anak kan ..


SELAMAT ULANG TAHUN, ALONG ! Jadi anak yang mendengar dan hormat pada ibu bapa..


Note : nak tau dia mintak apa pada abahnya sebelum abahnya terbang ari tu ?

“kalau Along nak PSP harijadi nanti boley? “Result tak okey kan ..” Abahnya jawab.



“kalau macam tu Along nak laptop lah…” ketawa aku dibuatnya… .Abah beli 2nd hand boley?... "Tengoklah ", abahnya jawab… (Along asyik mengadap game @ FB jer sekarang ni.. guna akaun hubby)





..semasa seminggu dilahirkan..

..dua bulan..



..setahun setengah..


.. dua tahun setengah..


.. tiga setengah tahun.. (masa ni Angah dah dilahirkan)..





..tujuh tahun setengah..







Till Now.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget