Saturday, January 30, 2010

Merapu aje..

8 kawan yang bezz
Salam rindu buat semua. Memang rindu. Nak jengok salah tak jengok rasa serba-salah. Buat masa ni entri aku tak menentu macam dulu lagi. Bukan sibuk yer ! Dah basi perkataan tu. Jengok mana yang sempat jer.. Sowilah ye..


Kan desktop dah kong kena kilat minggu lepas, jadik nak mereban ke sana-sini limited sikit lah masanya. Nak repair ? Laa..tak berani cakap ngan hubby; kan dia baru jer upgrade ngan tukar motherboard beberapa bulan lepas.. Terbang ongkos dia lagi nanti... Kenapa tak guna duit sendiri ? hehehe.. kafdalkafwauta sikit bab2 macam ni. Tapi tengoklah macam mana.. kalau tetiba tak sayangkan balen bawaununwausin hari tu. Hubby tengah sibuk sekarang ni; aku tak naklah kacau guna lappy dia. haa.. I'm a good wife..kan ?..hehe.. masuk bakul angkat sendirik..

Di ofis; aku sangka tenet diblocked rupanya IT Dept tengah buat server migration maka effect lah tenet-menet ni.. FB saja yang tak boleh access..huhu.. Paham jelah bila company beso, banyak lah tak boleh dari yang bolehnya.. kenalah strictly follow kannn.. cari rezeki.

Apa yang nak dirapu lagi ni... Kejap lagi nak keluar. Nak ke KL @ PJ @ SJ tak tahu lagi. Hala ke KL dah tentu-tentu jammed; sambutan Thaipusam hala ke Batu Caves. Keluar dengan hubby jer. Anak-anak hantar ke nursery. Setengah hari jer. Peluang nak berdua-duaan sekali-sekala... Boleh manja-manja sikit.. hehe.. mengada-ngada pulak kan !


Cari apa ? Nantilah aku citer kalau jumpa...


Till Now.


Tuesday, January 26, 2010

Taksub ?

10 kawan yang bezz
Di Rawang sudah ada Tesco ! Saat-saat yang aku tunggu pembukaannya. Di buka pada 14hb Januari lalu. Taksubnya !.... takdelah..bukan apa, sekurang-kurangnya tak perlu bersusah-payah ke Mutiara Damansara atau ke Selayang yang agak jauh untuk membeli barang2 keperluan rumah. Maklumlah...tinggal di hujung Selangor...


Malam minggu ari tu kebetulan hubby call; aku terus minta permission untuk ke sana bawa anak-anak. Dapat green light aje terus bersiap-siap untuk mengambil Along di kelas tuisyen dan terus ke Rawang. Tiba-tiba hujan turun mencurah-curah dengan kilat sabung-menyabung. Aku teruskan jugak sebab kebiasaannya kalau hujan di kawasan rumah aku; di tempat lain tidak. Betul sangkaan aku. Tiba di Tol Rawang, tak hujan tapi jammed tak hingat. Tak suke betul ! Dua tiga minit teruskan jugak...akhirnya aku patah balik sebab kalau jam 8 malam mungkin boleh tunggu jugak tapi dah jam 10 malam. Anak2 muncung jer mulut bila aku patah balik. Janji dengan dorang untuk pergi keesokan hari.


Pagi Ahad jam 830pagi selepas breakfast terus ke Tesco. Jam 130tengahari sudah ada di rumah. Puas hati. Kalau tiba pada tengahari atau petang, gerenti parking penuh dan kena pusing berkali-kali.


Model iklan washing machine.


Along & Angah xcited nampak semi-auto washing machine ni..


..Main tak kira tempat ..



Leka nengok Pirates of The Carribean.. aku pon !


Along tak habis-habis dgn laptop.. (takde laptop seminggu ni, hubby bawak)


Along masuk password cam kat umah eh bu .!

cubalah kalau boleh... hehe..


Aku berkenan gak ni !..



Desktop kat umah tu... alahai..sedey betul lah.. Malam minggu ari tu balik dari pergi Tesco tak jadi aku cuba on tapi tak boleh. Kena lightning agaknya..huhuhu..sampai la ni masih tak boleh ..kena bodek pinjam lappy hubby lar lepas ni...



nak helicopter ..nanti nak perang macam Avatar lah ibu..

yelah anak2..

* aku suka citer ni ..




.. dua-dua dah boring ..





aku pun ada !..hehe..
kerja Angah lah ni..
dah bulat..tolong!..

sedang menunggu duit dipulangkan
harga ditag berbeza dengan di resit
tunggu... duit tu !


Note : hubby selamat tiba petang pada Ahad. Gembiranya !
Till Now.




Friday, January 22, 2010

Cuba lah.. mesti betul ..

6 kawan yang bezz
Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.


Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:



7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:







a. epal
b. pisang
c. lemon
d. strawberi
e. tembikai
f. ceri







Buah manakah yang akan anda pilih?





Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.










*credit to microsoft.com*











Ini dia jawapannya...




a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih lemon: bererti Anda adalah orang yang suka makan lemon
d. jika anda pilih strawberi: bererti Anda adalah orang yang suka makan strawberi
e. jika anda pilih tembikai: bererti Anda adalah orang yang suka makan tembikai
f. Jika anda pilih ceri: bererti Anda adalah orang yang suka makan ceri




hehehehheh... tertipu ye.. aku kena gak ..








Note : minggu yang kelam-kabut . Sampai demam dibuatnya.. huhuhu…




Till Now.




Wednesday, January 20, 2010

Dah Pandai Dahh..

10 kawan yang bezz
Alahai buah hati pengarang jantung pisang aku. Husna Humaira. Anak perempuan sorang katakan. Yang lelain pun sayangggg.. Sejak akhir-akhir ni Adiq dah pandai melawa melaram. Bila mandi pun nak mandi sendiri. haa..memang kena perhati, kalau tak habis dimandinya dinding & sinki bowl dengan syampu. Pakai panty,baju,suar, sikat rambut, gosok gigi . Pokoknya semua bagai dia nak buat sendiri.





Al-kisah pada satu pagi. Aku tengah perhati dia menggosok gigi. Kena beritahu... step-by step.


Adik kena buat ngeee.. gosok... kat depan..
haaaaa..gosok kat dalam pula... haaaa lagi ...kat dalam belah sini...
haaa lagi besarkan mulut..pusing berus ..gosok kat atas...

...bukan dia pusing berus tu ke atas tapi kepala dia pulak didongakkan ke atas .. haha..

"eh..salah pulak" kata dia pastu dia ketawa..



Dah habis gosok gigi suruh dia kumur pulak. "Kumur takmo telan tau.." setiap kali kena pesan. tang ni ikut mud dia.. kengkadang habis disemburnya air tu keluar dan kengkadang ditelan separuh.. Bila tanya dia kata "shedap lar ibu.. manis.. ". hehe.. Aku katalah tak elok nanti sakit perut.. Dia jawab "kalau sakit pewot adik berghak lar"... ..Adeh.. ada je jawapan dia.. ikut siapalah ni? sapakah ?.





dah siap pakai baju, sikat rambut dan tepek bedak pastu tayang gigi.
Tanya aku cantik tak dia.. Alahai.




Sekarang ni dah jadi assistant tak bertauliah . Setiap kali siapa yang tak tutup lampu, kipas, grill dan pintu dia akan bersuara. "Siapa yang tuwun tak tutup lampu dengan fan ni? Jangan bazir lah. Nanti bayar mah-hal." Bila dia dah bersuara siapa yang tak mengaku atau jawapan yang melalut dia akan cubit.. angah & hubby yang selalu kena .. Cubitan dia boley buat Angah menangis. hahaha..



Sejak dua minggu ni.. Ada dua ayat yang dia asyik cakap. Satunya bila tengok mainan atau buku bersepah-sepah.. Dia dengar dari pengasuh kat nursery agaknya.. Dia boleh kata "Ya Allah ; Ya Tuhan Nabi.... kenapa lah shepah-shepah ni..! Lagi satu kalau apa-apa terjatuh dari tangan dia.. Oh! Mak Cot !.. Terkedu aku dengar.. betul2 macam mak nenek ni ! Lawak pun ada; budak umur macam tu dah pandai membebel.. kalahlah ibu dia dan dah pandai melatah..

Hubby senyum jer tengok dia, terus dia terkam. Tak boleh abah dia senyum sikit tak kira waktu ..macam nampak boyfren lagaknya..termalu-malu sambil mengangakan mulut dia.



Alahai anak.





Till Now.





Monday, January 18, 2010

IKEA, IKANO .. OH ! NO..

16 kawan yang bezz
Pagi Ahad selepas 'brunch' kami sekeluarga ke Ikea. Adalah 2 tahun tak pergi sana. Pergi pun selepas adengan pujuk-memujuk...hehe.. Hubby tak berapa suka big crowd. Dia cadangkan aku pergi sorang tapi kesian pulak anak2 tak bawak pergi memana pada hari minggu jadi semualah pergi. Pergi sana kalau semata-mata untuk menjamu mata rasa tak syiok pulak; paling kurang pun mesti capai dua tiga barang...


Keperluan/Kelengkapan rumah kat situ tak semuanya mahal malahan ada yang murah juga. Adik-adik bujang bawa emak ke sana minggu lalu dan emak yang beritahu aku ada barang yang murah dan pesan kalau aku pergi dia nak kirim.. hehe...mak-mak.. (mak aku memang pantang cakap ada barang murah kat situ, mesti dia ajak pergi..dah hint tu...kena pergi belikan..)



Hajat ke sana pada mulanya hendak mencari meja makan jer*. Meja yang ada sekarang ni dah tinggal 4 kerusi jer. Dua lagi tu dah patah. Hasil engineer kecik kat rumah . Dilonggarkan screw di kaki kerusi gulakan alan-key. Satu kerusi diduduk oleh FIL terus patah. Satu lagi dah sedia ada longgar di panjat2 terus patah. Hari Sabtu cari di Rawang tapi tak ada yang berkenan. Aleh-aleh anak2 yang berkenan kek Secret Recipe kat sebelah kedai perabot tu.. Belilah ... untuk anak kann... Adalah dekat tujuh bulan tak makan kek kat situ sejak besday Adiq dulu.




macam-macam ragam.. semua disuruh beli.. haa...yea.. anak2..


Insiden lucu dari Angah. Aku tengah sibuk membelek barangan yang hendak dipilih. Along & Angah ke sana-ke mari jer kerjanya. Di satu section tu adalah satu pintu emergency. Tiba-tiba alarm berbunyi... memang kuat. .aku pun terperanjat. Aku menoleh.


Staff kat situ tengah tutup pintu tu dan pada masa yang sama aku nampak Angah ngan Along kelam kabut berjalan ke arah hubby. Angah sempat kata Oh ! No.. Aku tanya dia.."Angah bukak pintu tu ke?" dia tunduk je... Aku ngan hubby menahan senyum sebab muka Angah dah takde darah dah ! Pucat.. Lepas tu setiap kali nampak pintu emergency hubby suruh Angah bukak..hehe..sabar jer lah...abah dorang ni kalau tak menyakat memang tak sah.. haaa lepas tu, elok je dorang jalan. ..yelah kan budak2 tengah membesar cam ni...paham-paham lahh..



Meja makan entah ke mana aleh-aleh meja lain yang dipilihnya.. Murah-murah je.. tapi habis jugak lah sebelah tangan..Adeh. Kedua-dua barang ni masih elok dalam kotak di bawah tangga. Tak sempat pasang lagi. Sampai rumah dah lewat petang. Hubby bertolak ke KLIA jam 8 malam; Limo service. Flight jam 11malam.. laa ni dah start windulah maklumlah takde geng nak borak...huhuhu..



Dah nangis...mintak apa pon boley.. Kesian Along. Lepas kuar dari Ikea kami ke Ikano. First time pergi niy !... Tak favour nak ke sini.. Rasanya macam tempat hi-end jer .hehe..perasaan aku jer ni ..orang lain tak rasa macam tu pun.. Aku nak belikan baju untuk anak2 . Kononnya member kata kat Brands Outlet bajunye ok dan harga pun so-so. Hubby tunggu di situ sebab Adiq nak terkucil. Along pun nak ikut.

Nak dijadikan cerita, Along ke gents manakala aku dan Adiq ke ladies. Biasalah weekend..queue punyalah panjang.. Dalam lima minit sorang cleaner masuk toilet dan di sebelah dia Along dengan mata merah, baru lepas menangis. Terus dia peluk aku dan kata "lambatnya ibu, Along tunggu lama pastu Along pergi keluar cari abah tapi tak jumpa. Along pusing sini balik.. ada sorang makcik tu tanya nama ibu pastu suruh Along cari kat dalam toilet... ". Alahai. "Sori ye Long, ramai orang tadi. Ibu kena beratur", kata aku. Dia mengangguk.. Aku saja usik dia, kenapa tak nak ikut ibu masuk toilet perempuan ?..Pastu dia jawab, "tak nak lah ibu, nanti ada yang terlupa tutup pintu ke..Along nampak pulak. Pandai anak ibu.. Along ni banyak diam dari becakap. Kena selalu tanya dan bercakap dengan dia.




Dari Mutiara Damansara ke Kota Damansara untuk ke Pizza Hut. Tiba di sana, black-out. Ajak ke McD dan A&W, anak2 taknak..jadi terus ke Sg Buloh, The Store untuk makan Pizza. Dapat juga dorang makan. Hubby kata kat Angah," Angah, abah mintak air milo sikit boleh ?" Spontan dia jawab, kau bagi aku, aku bagi kau.... eh..salah pulak.. tu Angah cakap dengan Sharmin lah..bila dia mintak air Angah". huissh..kecik2 dah melalut ..



Menggayakan baju baru...
Adehh.... kenapa lah baju budak2 mahal eh?
hehe.. bukan kaf dal kaf wau ta tapi made in malaysia pon berfawaulamwauha2 reganya..



Note : bulan ni masyuk. Alhamdulillah dapat alif ya mim ba wau ha alif nun @ ba wau nun wau sin.. Surat baru dapat tadi.. tersenyum simpul bila boz kata aku dapat the highest among the team.. Better dari last year. Syukur. On9 bank-in nampak cam kurang dari last year rupanya epf & income tax yang ditolak banyak sungguh !


Till Now.



Sunday, January 17, 2010

Menantu Hantu

8 kawan yang bezz
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.



Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.



Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.



Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".



Sumbangan : Jas dr Cerita lucu, Google.



Note : pagi hingga ke petang tak dapat dikesan; jalan-jalan cari barang...

Till Now.


Saturday, January 16, 2010

Seminggu Bukan Sebulan

13 kawan yang bezz
Salam berhujung minggu semua. Sekejap saja seminggu berlalu. Minggu ni tak berkesempatan langsung untuk menaip entri. Tak kan tak habis-habis busy ..ye tak. ? Tapi memang busy..hehe..
Apa-apa pun ada juga aku berjalan-jalan 'rumah' kengkawan dan tinggalkan jejak sebelum aku dilupakan..jangan yea..



Entri kali ni, aktiviti sepanjang minggu ni je yang aku paparkan tapi di combinekan menjadi satu macam biasa aku buat. Layan je lah..






Sabtu petang ke rumah Adik. Teringat yang hari tu besday anak kedua dia. Shazniza Natasya namanya. 7 tahun. Hanya sempat belikan kek saja sebab pada hari yang sama sibuk ke sana-sini mencari baju melayu untuk sekolah Kafa Along.. tak jumpa ! Tak tahu mana nak cari ! Ada sesiapa yang tahu tak? Warna beige atau kekuning-kuningan; sampin berwarna coklat. Pihak sekolah tiada stok buat masa ni.


Adiq tengah sakit perut masa ni. Nak ber-ber..tapi sempat mintak snap.. hmmm.. ikutkan aje..



Angah dipanggil JunPyo @ Lee Min Ho oleh Mak Tam..sebab baju yg dipakai..Suka sangat dia.. Peminat lagu Korea Angah ni !.. Hari-hari asyik belek hp untuk dengar lagu2 dari citer BOF.
Paling dia suka lagu Shinee yang mendayu-dayu tu..



Along..pergi mana2 mesti cari komputer@laptop.. bila dah main game...tak ingat apa dah dia...

Anak2 dan Anak buah

(^_^) (^_^) (^_^) (^_^) (^_^)


Korang ingat tak entri yang aku buat pasal Along tak tahu istana tu apa ? Gambar kat atas tu aku snap masa nak ke ofis kakak aku, Kak Ndak di Jln Duta. Kalau dah siap nanti..tersergam indah le.. Sori ler gambar kecik.. hehe... Tengah drive pon sempat lagi yek.. ops..jangan risau; bawak perlahan jer lagipun kereta tak banyak masa tu..



Ke sana untuk mengambil semula brooch dari Korea yang Kak Ndak tolong jualkan pada rakan2 ofis. Masa hubby pergi bulan lepas, aku kirim pada hubby sebab nak tengok market. Jual murah2 je berbanding harga dibeli di sini tapi janganlah bandingkan harga di Mydin ye... Brooch dari Korea memang 1st class dan cantik. Aku sorang je pakai cantik2 nak gak orang lain pakai cantik. Dah ada blog khas untuk bisnes ni beberapa bulan lepas tapi tak publish lagi.. gambar-gambar brooch pun tak habis snap lagi. Digital kamera kan dah ka-put ..





Balik singgah di Dunkin Donut @ Jejantas Sg. Buloh. Beli Ice Latte. Tak tengok harga. Hanya ikut orang yang queue depan aku jer pasal nampak macam shedap..tengok2 bil untuk donut ngan air RM19.90. Mak ooi.... Air jer RM8.90... tak sheddap ! Donat tu untuk anak2. Harga dah boleh beli nasik dah tu.. huhu... Berlapar lah aku tengahari tu.. tak jadi tapau untuk lunch... Peringatan untuk aku : lain kali tengok price list baru beli. Alahai.


(^_^) (^_^) (^_^) (^_^) (^_^)



Hari Rabu kena pergi seminar di PJ. Last minute notice dari HRD. Start 1330 tengahari .Aku gerak dari ofis 1200 tengahari. Sampai, terus ke coffee house. Buffet lunch provided. Kenyang sampai rasa nak tido kat gambar atas tu. Restroom @ washroom @ toilet @ jamban.. nice smell ye tuan-puan..






Dah start... Mula2 okey jer..concentrate..pastu huarrrgh...huarrrgh.. huarrgh sampai air mata keluar.. Buat tak bezz tu..yg present tu a chinese Dr. base from Singapore asal dari China..Adeh.. jenuh nak pahamkan. Accent cina dia tu lebih sangat..huhuhu... tersenget2 telinga aku ngan colleague dengar.







Tea time... kenyang giler masa lunch jadi minum je.. Nukilan rasa bila mata dah tak boleh buka..hehe.



(^_^) (^_^) (^_^) (^_^) (^_^)



Balik dari seminar zaassss ke Subang Parade. Janji dengan ex-colleague. Dekat setahun tak jumpa. Lepak kat Uncle Lim's. Tempat hang-out masa aku keje kat Subang dulu.




makan ni je.. kat seminar tu dah pulun habis2san. Favret aku lah tu... kopi ais & roti bakar ...memang shedap roti bakar kat situ. Susah nak jumpa butter+ kaya jenis ni.. Tak caya cuba pergi..
* aku ngan member pernah buat muka tak malu dulu ; tanya brand & beli kat mana butter tu..tapi dorang taknak cakap..company policy agaknya..*


Macam2 cerita keluar bila dah berjumpa. Ada cerita yang aku nak kongsi dengan semua mengenai kawan aku ni. Cerita orang perempuan.. takut jer bila ingat2.. Aku cerita di entri lain ye..


Note : hubby akan terbang lagi hari minggu ni.. Bermulalah lagi episod 'airwolf' aku..


Till Now.


Saturday, January 9, 2010

Anak-Anaklah Penyeri Hidup; Alhamdulillah..

11 kawan yang bezz
Pagi ni working Saturday. Pagi tadi lepas masak untuk lunch, aku terus bersiap-siap nak ke ofis. Masak simple jer. Sambal Sotong gaya Kak Watie..(tau sebab apa? Bila tengok sambal sotong dia yang seekor-seekor, aku rasa macam nak cuba; tembam-tembam jer semua.. Selalunya aku potong ala-ala cincin tu.. (kali ni tak de gambar pon..tak teringat nak snap)


On the way tadi, teringat yang hubby kena ke SJMC/SDMC untuk final check-up mata Adiq. Macam mana boley lupa ni ! Bukan lupa check-up tu tapi lupa tukar kereta. Dah terbiasa pergi kerja terus capai kunci kereta yang biasa aku pandu. Kereta lagi satu tu air-condnya ada problem. Yelah..keta lama. Nanti-nantilah nak betulkannya..Dah berhabis duit untuk membetulkan kereta tu.


Hubby bukan bawa Adiq sorang macam biasa tapi kali ni dia nak angkut semua sekali. Risau jugak ni.. Boleh handle ke ? Faham-faham jelah..Bila ketiga-tiga orang tu sekali… Mahu gamat dibuatnya. Tak terlayan dia nanti. Tunggu dan lihat aje apa kata hubby nanti. ...


Masa aku call, diaorang baru nak keluar. Jadi aku mintak hubby datang ofis, tukar kereta. Kesian anak-anak ; Sekarang ni, musim hujan tak menentu. Tiba-tiba hujan nanti, berkabuslah windscreen tu nanti. Tak nampak jalan nanti. Bukan dekat SJMC nak ke Rawang. Hubby setuju untuk singgah.


Tiba aje di ofis, kemain suka lagi. Diaorang ingatkan nak amik aku pergi sekali. Along; masuk kereta jer memang patuh undang-undang; terus pakai seat belt. Kelebihan budak-budak sekolah sekarang. Di sekolah ada belajar secara teori mengenai peraturan-peraturan & undang-undang di jalan raya.

Pandai Anak ibu..
Enjin pun belum start lagi ..patuh betul..
Serius jer muka Along.
Biasanya kalau muka dia macam ni
Adalah yang dia tak puas hati .. Balik nanti kena tanya..




Adik & Angah tak nak masuk kereta sebab aku tak ikut.
Bila aku kata aku kena kerja, kalau tak nanti bos marah,
baru diaorang masuk kereta. hehe..taktik sikit.
Muka sedih tapi sekejap aje...dah nak gerak terus tersengeh-sengeh..


Sempat posing lagi. tepi toilet pun jadik
Sekarang dah pandai nak melawa.
Kalau boleh hari-hari; siang-malam nak pakai seluar jeans.




Note : Alhamdulillah. Hubby baru call. Pakar kata Adiq dah pulih sepenuhnya.




Till Now.


Friday, January 8, 2010

Anda boring,stress, tension, upset ? Tengok ni, gerenti ok !

4 kawan yang bezz
video

Pada sapa yang belum tengok boleh layan video ni.

Bez.


Ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata..




Till Now.

Thursday, January 7, 2010

Y.E.S. cara OnLine..

6 kawan yang bezz
Lepas cuti lama,hari Isnin nak bangun pon emm.. mataku tak buley bukak. Kelat semacam. Kena sergah ngan hubby, baru boley bangun.. jangan percaya. P*nggu*ng dan kaki yang memang sedia ada dah berat ni pon susah nak gerak. Sampai jer ofis; atas meja penuh sungguh. Terus duduk penuh sopan..bukak flyer perlahan-lahan tapi mata melilau perhati orang... Tengok sambil tersenyum-senyum lagak si encik kacang ... Aku ssuka !

Kebelakangan ini kebanyakan cuti jatuh pada hari Jumaat . Cuti yang memang apply sudah lain hal, yang negeri bagi, yang anak sakit lagi, yang suami sakit ..eh..itu tak termasuk !.. Duduk rumah takde keje yang memberangsangkan tapi sebenarnya baaanyaak keje , maka masa dihabiskan di depan laptop ni untuk membeli-belah. Masa ni kan tengah Y.E.S ..tapi aku..secara online.

Aku suka dan senang dengan cara ni. Tak perlu bayar & pusing berkali-kali untuk mencari pot sesuai untuk letak kereta. Tapi kalau terpaksa pergi, park mesti dekat lift atau escalator. hehe..melampau ! Lagi, tak payah terjebak dengan queue yang berderet-deret seperti di mana-mana Jasko dan yang paling penting serta utama ialah jimat petrol. Bukan senang cari duit !..Haa ..aku tahu mesti korang kata menghabiskan duit memang pandai... Ya terima kasih..aku akui.. tapi aku habiskan duit untuk anak-anak . Bahagia tengok anak2 tersenyum gembira. Sendiri ? kadang-kadang belilah ..duit sendiri kann... ..itupun untuk magazine & novel2...

Oh ya..bagi mereka yang dah terkena fraud melalui cara online banking ni, aku turut simpati. Sejak bermulanya cara online dari bank cap harimau, aku dah gunakan hingga kini. Alhamdulillah, so far so good. Tak de yang mencurigakan. Hanya dua tahun setengah ni jer ..sejak join company lain. Gaji masuk bank heshelbee. Takkan tak guna; nanti melopong keje takde gaji.. Ala-ala sukarelawan tegak berdiri. Bank ni boley tahanlar functionnya @ optionnya (betul ke?..) tapi tak sebagus bank cap harimau tu.. mesti kembang semacam orang yang keje situ..takpe, bagi can sikit..…macam-macam ada.. macam Astro !

Lari topik. Kita ke topik utama. Apa yang membuatkan meja aku penuh ?

Parcel dari tukang jual yang guna PosLaju.

Gambar pertama : set baju+seluar jeans untuk Angah. Untuk Along takde saiz.

Gambar kedua : seluar jeans untuk Adiq. (Adeh..pening sekarang niy! Dia hanya nak pakai jeans ke mana2..no skirt..no dress ..)

Gambar Ketiga : Novel keluaran Jemari Seni. Penulis yang aku suka; Kak Noor Suraya~ the latest dari dia: Jaja & Din . Sumer novel2 dia aku dah baca. Novel Bintang-bintang dari Syurga dari keluaran yang sama tapi dari penulis lain~ Xarine. Nak cuba penulis lain pulak.

Gambar Keempat : Paling bez ! Tandatangan dari Penulis Novel ni, Kak Noor Suraya.

gambar candid credit utk Angah;
tunggang terbalik menggunakan handphone.
Bukti yg ada kerja dibuat semasa cuti..hehe.. opss..itu tugas seharian lar..


Till Now.



Wednesday, January 6, 2010

Tiba-tiba teringin nak makan MASAK ASAM PEDAS..eh..bukan mengidam !

4 kawan yang bezz
Asam Pedas Ikan Tenggiri + Daun Kesum + Bendi





Balik kerja zAaSs ke kedai runcit Minang berdekatan.

Cari daun kesum & bendi. Pernah baca di n3 en_me tempat masakan Asam Pedas
di Taman Dagang, Ampang;
tapi nak ke sana ....tak berkesempatan.
Lagipun agak jauh...dan yang pasti;
kena harungi jammed & roti untuk ke sana pada weekdays...


Aku tak mahu erliur meleleh ..
lebih-lebih lagi masa-masa teringin ni !..
Sendiri bikin walaupun tak sesedap mana,
janji puas makan !
Balen kuahnya boley cicah dengan roti esok.

Kalau ada Ikan Parang..lagi shhedap...
tulang banyak pun sanggup kuharungi..ketepikan.


Masak Asam Pedas yang paling bezz adalah hasil tangan MAK !
...Orang Melaka katakan..


Note : Rabu cuti ! Hantar Angah; 1st day di Tadika baru.


Till Now.



Tuesday, January 5, 2010

Layann ....

10 kawan yang bezz

video

Layannn...

Memang canggih @ superb !

Target nak beli kalau bonus lebih 6 bulan.

Jangan jeles ! hehe..

*cett..tp aku beli dlm mimpi jer lah ....*.

Note : email dari member.

Till Now.




Monday, January 4, 2010

Akhirnya..lega sungguh..

14 kawan yang bezz
Sibuk mengalahkan menteri rasanya dua hari lepas ni. Penuh dengan bermacam-macam agenda. Jangan salah sangka ye ! Hanya agenda seorang ibu yang sibuk dengan tugas-tugas seharian juga persiapan terakhir untuk anak ke sekolah.

SABTU
Awal pagi aku dan hubby keluar menuju arah yang berlainan.

Hubby membawa Adiq ke Subang Jaya Medical Centre (sekarang SDMC) untuk follow-up check-up mata Adiq. Pada mata kasar memang tiada lagi bengkak dan merah tapi doctor mengatakan masih ada black-spot di mata hitam Adik, maka minggu hadapan akan ke sana semula.

Selepas menghantar Along dan Angah ke nursery, aku bergegas ke Pasar Borong Selayang juga Tesco Extra Selayang. Replenish stock. Memang pertama kali barang keperluan di rumah susut tanpa ditambah dengan segera. Ikan tak banyak di Pasar Borong. Mungkin musim hujan yang menyebabkannya. Aku kurang pasti. Dapatlah beli dalam empat jenis ikan; Tenggiri, Bawal Hitam, Cencaru dan Selar , ayam, sotong , cili masak dan cili padi. Harga cili memang murah . Jika di pasar malam, cili padi sepinggan RM1 tetapi di sini dengan ½ kilo hanya RM2 ! Nak je aku borong 3-4 bungkus..hehe.

Di Tesco, bahan kering untuk memasak dan keperluan harian dicari. Keluar dari Tesco jam 11.30 pagi. Singgah di kedai makan berdekatan rumah untuk belikan Adiq & Hubby Nasi Ayam. Along & Angah masih di nursery.

Tak breakfast pagi tu atas sebab nak cepat , jadi balik hanya makan Nasi Goreng Belacan yang aku buat untuk breakfast. Kepala mula berdenyut tapi teruskan juga operasi. Wah..memang penat tapi puas. Setelah menyiang + memotong + berhenti + sambung ; semua beres jam 4.00petang. Kepala masih sakit hingga ke malam. Baring & tertidur dari jam 8-9.30malam. Bangun terus masak. Kesian semua; makan malam jam 10.30malam ! Nasib baik ada roti untuk alas perut.


AHAD
Sinki tersumbat dari malam Sabtu . Pagi; kerja terbengkalai. Hubby ke kedai hardware untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk membaik-pulih. Tidak hairanlah plumber mengambil bayaran agak mahal sebab memang leceh nak membetulkannya. Terima kasih bang! Walaupun demam sanggup bersusah payah. Lega bila dah beres.

Petang pula sibuk dengan menjahit ~ memendekkan seluar sekolah Along. Malam pula membalut semua buku-buku sekolah. Hubby menggosok semua baju sekolah. Wah..memang sibuk tapi berbaloi.

Note: Penuh sungguh diari ! hehe..
Hari ni masih cuti. Ada projek terakhir yang belum selesai. Petang2 nanti baru jengok semua ye! InsyaAllah.



Ikan Tenggiri : sekilo RM16 ~ biasa RM18-RM22
Ikan Cencaru : sekilo RM5.5o ~ biasa RM 8.50
Ikan Selar : sekilo RM7.50 ~ biasa RM9.50-RM10
Ikan Bawal Hitam : sekilo : RM13 ~ biasa RM18-RM20
Sotong : sekilo RM10 ~ biasa RM15
Ayam : sekilo RM5.40 ~ biasa RM6.20(pasar mlm)
Cili Merah : 1/2 kilo RM4
Cili Padi, kampung ~ 1/2 kilo RM2

Till Now.


Friday, January 1, 2010

:: ANGAH Bersemangat Di hari Pertama Tahun Baru ::

8 kawan yang bezz
Hari ini dah pun tahun baru. Selamat Tahun Baru buat semua ! Semoga pada tahun ini apa yang diazamkan tercapai.


1st day of the year; Tadika baru Angah adakan familiarisation class. Dari jam 9 hingga 10 pagi. Bersemangat Angah bangun pagi ni. Selalunya aku akan jeling2 kat hubby masa Angah makan.. mesti tiga kali tambah... Jangan tak percaya ! Tapi pagi ni susu pun dia tak nak..Hanya minum air kosong dengan sekeping roti + kaya .. "ahh..mungkin balik nanti dia makan..".Aku nak sedapkan hati.


Sampai di rumah tersenyum lebar. Tak sabar-sabar tunjuk beg dan uniform baru. "Nanti pergi sekolah kena pakai kasut & stokin putih tau ibu !"kata dia. Eh.. macam tau-tau pulak Angah ni.. aku ingatkan nak suruh dia pakai kasut raya dia nanti.. colourful .. tak jadi aku cakap.. maka, kena beli kasut putih lah untuk dia.


Dah habis mencuba baju-baju baru, baru dia rasa lapar. Haaa..lega rasanya.. betul TIGA kali tambah.. tak spesel pun, hanya Nasi Lemak + kicap + putih telur..(kalau lauk lain;dia tak makan banyak). Apa yang pasti; meja, muka dan lantai dipenuhi nasi-nasi. Alahai anak.



"cikgu suruh buat kapal, orang tu abah tengah garang sebab tu muka warna merah"..kata dia.

uniform baru..

untuk pakaian sukan

Till Now.



Linky's Magical


ShoutMix chat widget