Monday, August 30, 2010

10 Minit Sebelum Merdeka ..

32 kawan yang bezz
"Alamak !.. dah ada tandalah bang. "




Hantar Along di nursery sebelum pergi...mintak tolong dorang jaga @ tengok-tengokkan Along malam tu. Dalam 40 minit; sampai di Pusrawi Jalan Ipoh, KL.



Sessi menunggu..itulah, inilah... seluk-menyeluk... belum lagi.
Baring. Tunggu....tunggu.....Sejam..dua..tiga...empat...
Seluk lagi... belum jugak.
Boring ya ampun!



8 malam baru rasa sikit-sikit.. Aku pun dah agak..; induce !
10 malam... sikit-sikit jugak lepas tu banyak-banyak..
Genggam tangan Abi pastu pukul dan cubit Abi kuat-kuat;


Aku gerenti Abi tak nak pegang tangan lagi lepas tu.. hehehe..




11 malam..makin kuat sakitnya..
Mintak ampun bagai.. Manalah tau banyak dosa. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami-isteri.. Mana tau kengkadang terlebih.. pot-pet-pot-pet.. betul tak bang ? .. hehehe..


1130 malam; doktor, misi, bidan masuk bila aku kata dah rasa nak terber*k. Waterbag tak pecah sendiri tau....doktor yang pecahkan.... huhuhu...




Abi bagi semangat waja ..
Memang takde tenaga dah.. hilang ntah kat sungai kelang agaknya..
Disuruhnya pegang lutut sendiri kalau nak meneran..
Apa barang ?... Aku tak nak..
Aku nak pegang besi kat side katil jugak.
Baru ada energy ...



Yang tak boleh lupa ;



"Cepat yang...oke-oke...push-push..lagi-lagi ...." berulangkali .."oke, Abang dah nampak rambut ! lagi sikit jer !..."

*kalah doktor kuatnya suara Abi masa tu !




Tepat jam 1150 malam tahun 2004; Angah selamat dilahirkan dengan berat 3.45kg. Ikut pintu sebab dia tak nak ikut tingkap..hehe. No epidural tau... Kecik dan ringan dari Adiq dan Along tapi.... sekarang ni badan dia yang paling semangat!



Lebih kurang sepuluh minit lepas tu ; Kedengaran bunyi dentuman mercun bagai di Dataran Merdeka.... Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !..



Aku pun merdeka !.. dari azab sakit nak beranak tu..
Biar mengandung banyak kali dari sakit masa contraction tu .. Lama sangat ! Tiga orang anak aku semuanya macam tu.... huiiyaii..




Gynae masa tu; Dr Daud kata yang ada 2 baby malam tu ; sangkanya Angah sempat lahir hari merdeka rupanya 2-2 pun tak. Malam merdeka pun jadilah; kita tengah sakit; mana fikir nak merdeka ke hapa.... Mana boleh ditahan-tahan !



"Selamat Hari Jadi Angah! ", cium pipi dia masa sahur tadi. Tersipu-sipu . Bila tanya, nak hadiah apa.. dijawabnya " hmmmm.... nantilah ibu, Angah pikir dulu..." Adoiyai.. jangan mintak yang pelik-pelik udah lah nak..

dari lahir - 44 hari


2 tahun lepas

*Angah ni suka bergaya aje tak kira masa.


minggu lepas


Note : dari minggu lepas dia mengira hari...


Till Now.


Saturday, August 28, 2010

HALAL ke TAK ?

29 kawan yang bezz
Ada jemputan berbuka puasa hari ni.

Rabu.
Abi informed. Rasa tak sedap hati lebih-lebih lagi kes 70% hotel kat M'sia ni tak certified HALALnya.


Abi minta tolong check.
Ke website JAKIM....Confirm ! Tak Ada.
Call & email Abi. Cancel.
Dalam masa yang sama surf website hotel tersebut.
Pelik.

Keratan dari webpage hotel.

Dari mana hotel ni dapat certification tu ?

Khamis.

Abi kata dah tukar hotel lain .

Check juga...Confirm Halal.

Pelik dan hairan.

Tukar hotel sebab hotel yang awal FULLY BOOKED!

Note : mereka tak baca suratkhabar @ tonton berita agaknya..

Till Now.


Friday, August 27, 2010

Baju Raya Tahun Ni Datang Dari Jauh.... Ole-Ole Juga..

54 kawan yang bezz
Memang surprise kali ni. Abi balik dari China ari tu dengan 3 luggage bag. Pergi satu luggage bag kecik dengan backpack aje. Bila ditanya..."adalah" kata dia.. Anak-anak macam biasalah..berebut cokelat. Alahai..macam-macam dibelinya.


Rupanya satu luggage bag besar tu ole-ole + baju raya +kasut raya anak2. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Murah sangat kata Abi. Mana tak murahnya...setahun sekali beli... hehe..



atas : MP5 & HP pesanan office mate aku dan abi..
memang ap2det betul dorang ni..
3 minggu lepas beli memori 4GB..la ni dah 8GB !

bawah : baju & suar anak -anak +tudung-tudung aku + kasut-kasut(takde dlm gambar) + gadget



Alas meja untuk MIL, Mak dan rumah.

Cantik betul jahitan sulam tu.. siap ada place-mat lagi..
Beli di Jianhua .. Textile/Wholesale Industrial Area
Kawan-kawan Abi yang duk sana kata kat sini dalam seratus lebih hengget !..
Beli sana dapat dalam 50 aje..




atas kiri : Jubah untuk Along & Angah pun ada .... Jianhua tu dekat dengan kawasan muslim di Yiwu (ejaan?)

atas kanan : tak nak lepas dari tudung baru dia. Serupa amoi dah dia ...

bawah : Sabtu lepas; berbuka di luar; pastu ke Jalan TAR. Cari baju Melayu ... Kalau pergi masa hujung-hujung puasa ...sesak !



Tadaaa.... Ini yang aku tunggu-tunggu !Fridge Magnet... Tak dapat lain, dapat ni pun dah suka hati !*kebanyakan souvenir dari xbos, kawan2 dan Abi..

Target nak penuhkan satu fridge !

Ada sapa-sapa nak tambahkan lagi ? dipersilakan... hehe..

Note : Misi akan bermula...

Till Now.

Thursday, August 26, 2010

Merdeka Lain...

55 kawan yang bezz
Kira jangan tak kira !..
Tak habis-habis dengan kira...
Kira yang sebelum ni dah selamat..
*gembira rasanya bila lengkap seisi keluarga...


Hari ni hari terakhir bekerja di bulan Ogos ni.
Aku suka !
Merdeka !



Sekejap betul 2 bulan berlalu.




Mulai minggu depan colleague dah masuk keja semula
Takyah susah-payah buat keja dua-orang lagi
Boleh bernafas dengan tenang dengan blogging kerja sendiri.





Khas buat Nita,
Welcome back !
Siap sedia dengan ur new bozz… fussy but yet friendly..
Dia panggil kRina Dik…tau... huh…terasa moda remaja aii
..!






Note : bezzznya cuti panjanggggggg…





Baru ! Baru !

56 kawan yang bezz
Nampak tak ada widget baru kat bawah header aku tu?... Orang dah lama buat; baru terkedek-kedek nak ikut. Jangan malu-malu letak link tuan-tuan, puan-puan, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak kat situ ek.. Senang sikit aku nak terjah.
Takyah keluar masuk ke bloglist nak jengok kengkawan..

Ada dua tiga lima.. sebab kenapa tak letak bloglist kat sini.


Alkisahnya...

1) Manjanggggggg jer lambat masa loading..nyampah tau.. *maaf ye cikgu-cikgu.. nak menunjukkan betapa lambatnya masa loading..

2) Bila dah buat bloglist; kena refresh setiap kali nak tengok latest n3 kengkawan.. Serupa macam tak apdet.. gewamm betul..
3) Kalau cara ni okey; aku nak tereban jauh2 bloglist tu..
4) Cepat sikit.. aku dalam kategori "nak cepat punya orang". Faham2 jelah ya...bila Abi dah balik ni...masa utk blogging dikurangkan; sebelum ditegur..hehe.
5)................... tolong fikirkan..boleh ?








Till Now.








Wednesday, August 25, 2010

Mulut

56 kawan yang bezz
Sekarang dah mengikut gaya Angah dah..
Apa yang kita cakap mesti ada jawapan.



Setiap kali bila duduk
Dia pandang perut aku
Lepas tu kata... ibu ni dah gemuk !
Tak nak kalah…. Aku kata…“ibu kenyang sangat.."
Boleh dia jawab balik....
“Ibu kata dah minum susu kurus "
Hambik ko... takleh nak auta sikit pun..
Spare tayar ni memang tak nak berpisah dengan aku sebenarnya..hehe



Kengkadang saja tanya pada dia
Adiq comel tak..?
Memanglah comel, abah kata..
Ibu comel tak ?
Tak....banyak jerawat.. huhu..



Setiap kali tengah melipat baju mesti dia akan kata..
"cikgu tu kan... Adiq dah kata bukan spender tapi cikgu nak cakap jugak. Adiq pomfuan mana pakai spender.."
Bila disuruh bagitau pembantu taska
..dia jawab.."dah banyak kali Adiq cakap tapi cikgu tak nak dengar... "
*seminggu tiga kali dia akan cakap benda yang sama ... tak puas hati betul agaknya dia.



Setiap kali bila nak naik ke tingkat atas pastu kalau dia mengekor
Haaa... ni yang paling tak menahan..
“Ibu ni…besarnya v*nt*t..”
Adoilah…Adiq..



Note : Kesian dia pagi ni meraung2 kena tinggal dengan Abi.


Till Now.


Tuesday, August 24, 2010

Budak Pun Muat Bila Dah Kosong..

46 kawan yang bezz

Ahad lepas ke Tanjung Karang. Stok lauk dah habis. Sorang budak pun boleh muat kalau masukkan dalam freezer sebab kosong. hehe..


Bila Abi dah ada; ada geng nak ke sana-sini. Bukan tak nak beli di kawasan rumah. Kebanyakan yang dijual mata dah serupa biji saga warnanya pastu lembik + perut pun dah pecah. Maklumlah tinggal di tempat jin bertendang jauh.


Kali ni tak nak tunjuk lauk-pauk yang dibeli. Nak tunjuk direction camna nak pergi sana. Mana tau ada yang teringin nak rasa lauk segar dari laut. Terjumpa satu famili ni.. dari Batang Kali ! Aku ingat aku yang jauh rupanya dorang lagi jauh.






Dari BTP keluar di Kota Puteri~> Ijok


1)Lampu isyarat di Assam Jawa. Ke Kanan
2) Nampak simpang ni terus masuk kiri ; kalau terus ke Pekan Tanjung Karang
3) Nampak Signboard ~> terus



4) Masuk simpang ni bila nampak signboard Restoran ni

5) Sempit sebab rumah nelayan dekat2.

6) Ada 3-4 tempat. Masuk jengok-jengok dan bandingkan rega pastu baru pilih.



Semua segar-bugarr !

Harga : so-so, tapi yang bezznya lauk fresh !





Balik tu nampak satu eksiden di Pekan Tg Karang.

Baru sangat masa tu.
Rasanya dilanggar masa mangsa sedang melintas jalan.
Retak windscreen keta yang melanggar tu.
Orang ramai bawa mangsa ke hospital jarak dalam 500meter dari situ.


..tegak bulu roma aku..



Till Now.





Sunday, August 22, 2010

Jin Yang Terlepas Pandang..

31 kawan yang bezz
Suka pakai kalau keluar ke mana-mana.

Ada pun tak banyak.

Masa beli boleh suh buatkan.

boleh terlepas pandang.

Aku bukan tinggi melangit

Dan aku jugak bukan pendek rendah

Jadi..

kena buat sendiri.

Kena pelan-pelan

Kalau laju-laju mesti jarum patah.

Ini dinamakan; takde kerja cari kerja..






Till Now.

Note: amik mud sebelum projek selanjutnya..





Saturday, August 21, 2010

Tiada Rotan Akar Pun Berguna Juga..

56 kawan yang bezz
Maaflah yea, publish di siang hari . Tengah draft malam tadi, Abi pun sampai.Lebih kurang 11 malam. Takkan nak sambung. Nanti tecik hati dia..



Alahai...Manalah nak cari Patin sangkar kat sini. Ada sesapa tau kat mana ada jual ikan sangkar? Nak beli sendiri kena zasss ke Jerantut lah jawabnya. Kalaulah sungai-sungai kat sini ada; kan senang. Tapi ada ke ? Pasal sungai kat sini banyak khazanah lain dari ikan..



Kalau kolam mari memang banyak yang jual. Nanti tak tertelan dek bau lumut.. Dari membazir aku tukar lah pulak. Guna Ikan Kembung. Festaim ni. *selalu ikan patin @ talapia. Tiada rotan akar pun berguna kan..


Berbau satu rumah !




Pais Ikan patin Kembong

Bahan : daun kesum(hiris), daun kunyit (hiris), cili api(tumbuk), tempoyak, garam

Cara : gaul sebati -> balut dengan daun pisang -> bakarr. senang bangat !

Siap!..tapi sedikit hangus di situ..hehe..

* dekat 10 tahun kawen...dah cuba, tapi tetap tak boleh telan lauk ni..huhu


sambal ikan bilis belimbing hitam

Bahan2 : belimbing hitam + ikan bilis & cili padi (ditumbuk sekali), Bawang besar (tumis)

Cara : macam masak sambal tumis.

memang bezz makan dengan nasi panas

terlanggar pantang daaaa..

*MIL beri belimbing hitam tu..bukan sendiri yang buat..




Note : Anak-anak 'booked' ajak Abi keluar. Mesti dorang tak sabar tunggu aku balik keja.


Till Now.


Friday, August 20, 2010

Mengira Hari..

54 kawan yang bezz
Mula dari hari isnin sampailah semalam..


Setiap kali lepas berbuka


Borak-borak dengan anak-anak.


Aku mulakan....


hari ni hari apa ?


Isnin.. jawab Along & Angah..


Esok ?


Selasa.


Lusa?


Rabu.


Lepas Rabu ?


Khamis.


Lepas Khamis ?


JUMAAT !! jerit Along & Angah..


Angah joget gaya Big Mama pastu jerit..


HORRAY..... ABAH BALIK !!! ABAH BALIK !!




Sekejap jer 2 minggu berlalu..



Note : Lepas ni gerenti aku tak dilayan dek dorang ...huhu..



Till Now.





Dan Pemenangnya Adalah.....

16 kawan yang bezz
Aku hampir terlupa pasal ni.

Nasib baik tak ramai yang join, kalau tak ada pulak yang kena seranah marah-marah..





Minta tolong Angah malam tadi.





Kita tengok siapa yang kena..







video





"Pemenang , sila email aku alamat untuk penghantaran. " *kalau nak byhand pun no-hal..



Hadiahnya...








2 kotak produk Awet Muda dari Putri Alya

Brooch ori dari Korea bernilai RM40.00

Disebabkan tak ramai yang boleh join, yang lain ( Indah, Sueanne & Kak Ngah) pun dapat saguhati dari aku.....tapi lambat sikitlah yea. *tunggu abi ke tempat hero ensem-comel nanti.





Note : contest/ga sempena hari jadi aku bulan lepas.





Till Now.





Wednesday, August 18, 2010

Perubahan...

25 kawan yang bezz
Mesti ada yang perasan citer aku kebanyakannya tentang Angah aje. Angah memang anak yang suka mengeksposkan diri. Tak kira dengan siapa. Bak kata orang; terlebih friendly lah dia ni pastu kalau bergaduh cepat memaafkan.., apa-apa pun dia. Kontra betul dia dengan Along.


Along anak yang tak banyak cakap dan suka menyendiri.


Cikgu kelas dulu dan sekarang komen yang Along ni dalam kelas tak nakal, tak banyak cakap…tapi dia “dalam dunia dia sendiri”. Ibu mana yang tak takut kalau dengar macam tu ? Takut tak ?


Pernah bawa Along jumpa seorang ustaz di Kuang. Memang ada benda mengikut kata Ustaz tu.. Wallahuakhlam. Dah okey sekejap tahun lepas pastu, sikap dia yang menyendiri tu datang semula. Risau sebab ada sejarah famili tuk-nenek.. Mintak-mintak dijauhkan.


Tapi sejak dua tiga minggu ni... Aku suka tengok perubahan pada Along. Mungkin sejak tukar tempat tuisyen hari tu. Tapi tak taulah ada kena mengena ke tak..



Ambil kelas intensif setiap Sabtu pagi. Tempat baru ada ramai kawan. Cikgu yang mengajar adalah cikgu pencen dan bagi break untuk main. Sebelum ni seminggu dua kali tapi weekday dan pada waktu malam. Cikgunya tegas bangat.



Ahad lepas berbuka puasa di rumah emak.Tetiba Along bersuara semasa mengadap juadah.


Along : Pak Cu, Orang Islam mana boleh warnakan rambut, nanti tak kena air sembahyang..
Aku : (tengok mak ..sambil senyum2)
Adik bongsu : eh..Pak Cu tak kaler ar..Pak Cu spray aje.. bila mandi hilanglah..
Mak : dia nak mula bercakap tu elok lah tu..
Aku : hambik ko Cu…budak dah tegur..




Di rumah kelmarin.
Angah menguap sebesar-besar mulut.

Aku : Angah ....tutup mulut tu, nanti syaitan berebut-rebut nak masuk tau..
Along : Ibu .... syaitan kena ikat bulan puasa ni..mana dia ada..
Aku : ooooo.. ibu lupa..



Sebelum ni Along memang tak ambil kisah hal sekeliling.
Syukur sangat. Ada perubahan walaupun tak banyak.


Till Now.





Pertama..

51 kawan yang bezz
Projek pertama bulan puasa tahun ni.

Dari Ahad minggu sebelum puasa Angah dah bising mintak beli cat. Nak cantikkan rumah, kata dia. Boleh dia kata rumah dah buruk... huhuhu..budak2 sekarang ..laser betul bila bercakap.


Balik dari Tesco Ahad tu jugak singgah di kedai hardware. Beli dua tin kecik untuk bahagian yang hendak dicat. Tak daya nak cat satu rumah tu. Buat cukup syarat aje. Janji ada yang dia nampak baru... Tersengih-sengih Angah bila aku berhenti depat kedai hardware. Macam-macam kaler dipesan .. Dah serupa taska kalau aku ikut kaler pilihan dia.



Petang tu aje lepas bangun dari tidur, terus dia mintak kertas pasir untuk digosok.



gaya rajin tu ada....tapi tak sampai lima minit pun ..

"ibu buatlah..Angah nak main basikal... "

..Alahai anak..

Sabtu lepas baru nak mula..

bersemangat.! * lepas 8 tahun .. hehe

konon nak bagi surprise kat Abi.

Pakat dengan Angah, " ini secret tau.."


Tup-tup.. tengah leka mengecat; Abi tepon borak ngan Along.
pecah rahsia... huhuhu..



Note :layer pertama pun dah letih ya ampun.... layer kedua tunggu Abi sambung minggu nilah pulak..


Till Now.





Sunday, August 15, 2010

David Lee...Michael Tan.. & Mohammed...

19 kawan yang bezz
scheduled post.



Two Chinese were lost in Sahara Desert. One is called David Lee, the other is called Micheal Tan. They were dying of hunger and thirst when they suddenly came upon an oasis, with what looked like a minaret of a mosque in the middle. David Lee said to Micheal Tan,


"Look, lets pretend we are Moslems, otherwise these Arabs are going to kill us. I am going to call myself Mohammed,".


Micheal Tan refused to change his name, he said,"My name is Micheal Tan, and I am not going to pretend to be other than what I am... Micheal Tan,".


The Imam of the mosque received both well and asked about their names. David Lee said,
"My name is Mohammed,".


Micheal Tan said,
"My name is Micheal Tan,".


The Imam turned to the helpers of the mosque and said,
"Please bring some food and water for Micheal Tan only,".



Then he turned to the other and said,
"Well Mohammed I hope that you are aware that we are still in the holy month of Ramadhan (fasting month)".





Note : (^__*)



Till Now.


Saturday, August 14, 2010

Kalau Tak Nak Puasa Tak Pe....

24 kawan yang bezz
Angah berjaya puasa pada hari pertama. Kira berjayalah walaupun dia TERminum air di nursery masa balik dari tadika.



Sekejap-sekejap tengok jam. Angah masih tak tau pun tengok jam lagi. Aku hanya bagitau tengok jam pendek dan jam panjang di nombor berapa baru buka puasa.



Bangun sahur pada hari kedua puasa . Muka Angah monyok-semonyoknya. Mulut mengunyah nasi goreng, air mata meleleh.





" napa Ngah ? "
diam.... air mata meleleh..
"kalau tak nak puasa tak pe.. "
"nak.. "



sampai sedih sedu-sedu
tak bagi tau lagi..
peluk dia lama-lama, baru dia bagi tau..
*sedih tapi sikat tetap tak lupa..



" kaki Angah lenguh" sambil tersedu-sedu
"laaa.... kenapa tak cakap, meh ibu sapu ubat"
Aku sapu cream, Angah sambung makan.
Terus takde bunyi..


Note: Adiq & Angah nangis sedu-sedu jugak malam tadi. Bila ditanya ..rindu abahhhhh... panjang jer bunyinya. Lepas tefon sambung berYM dengan Abi barulah diorang ceria .



Till Now.





Friday, August 13, 2010

Hadiah Yang Tak Disangka-sangka.... Award Lama..

23 kawan yang bezz
Peringatan. entri agak panjang kali ni.



Main cop-cop.
bezz jugak. Macam budak kecik.
Sambil cop..tak yah tulis komen
Pastu 2nd, 3rd baru tulis.
Macam gila kuasa. hahaha.


Kengkadang jer camtu.
Antara jalan untuk menghilangkan seteress kat ofis.
Tapi diblog2 tertentu aja. happy go lucky gitu.
Kalau diblog orang yang seyes.... tak berani lah pulak.
Nanti dikata say-wel pulak..

See... berkat kepantasan. herrr aku,
Berjaya mendapat pengomen pertama 3 kali berturut-turut u..
di blog YB.

Aku dapat hadiah ! rejeki kan.?
Kebetulan
YB di kawasan yang sewaktu ofis. Jadi misi pemberian hadiah dijalankan.
Tempat sepatutnya di ofis. Aku kuar ke rumah kelig lunch hour. Tengok baby baru. Plan ditukar ke Bkt Rahman Putra Petronas Station.

Jumpa tak sampai lima menet...
macam yg
YB kata..kalah anak dara aku punya gabra.. hahaha..
Memang aku mengaku, aku gabra.
Sikap semula jadi jumpa orang yang tak pernah jumpa..
Cakap pun ntah apa-apa..

Hadiahnya adalah... jeng-jeng-jeng..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaa...




selai collar-te
bertuah kan ? kan ? kan?
Yang merah tu aku punya
masa join treasure hunt kelolaan shell 4-5 tahun dulu.
Terima kasih kali ketiga ni YB.
Baju tu terlebih muat untuk saya. hehe.. gelobo-bos
Saya beri pada abi tau !
Boleh pakai togede-gede..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Award.
Suka bila orang bagi. Terima Kasih.
Tapi lambat mahu publish. ...siapa ? akulah tu..
Peram lama sangat. hehe.
Jangan amik hati ya kawan-kawan.



Dari cikgu Mira . Mengajar di Langkawi.
Si peminat purple...
dari tahun lepas blognya bertukar2 template *macam aku
tapi kalernya tetap sama. (^_*)


AWARD YANG SAMA DARI



EnYassin a.k.a aku anak pahang

dah tanya Mustafa..
mungkin kah kita ada pertalian saudara ?



Dari E-Na Zarina


Ibu kepada 3 anak.
Berasal dari Jerantut tapi kini berada di negara matahari terbit mengikut suami.
blognya tentang masakan dan kadang2 mengenai edible garden dia yang menjadi.









Dari Nonie.
keciknya dunia.
Nonie bw ke blog aku...
rupa2nya anak sulong dia satu kelas dengan Along sebelum Along tukar ke sekolah baru di BTP jugak .
Satu hari nanti aku mesti nak jumpa dia.. Boleh kan Nonie ?



AWARD YANG SAMA DARI


Tak sangka rupanya kak Normah ni kenal mertua aku.

Mungkin raya nanti kita berjumpa. Kan kak ?
Di sertakan tag sekali.. layan




Nyatakan 7 perkara tentang diri anda.


1. Suka berborak.. lebih2 lagi dah kenal dan bila jumpa adik-beradik . Tak reti-reti nak tido.

2. Suka sopping… tak boleh nak ubah..boleh bila tinggal selai-dua je dalam wallet

3.memasak dan menjahit walaupun kengkadang malas datang melanda
.Suka gardening tapi dah tak sempat...

4. aku laik belu very the much

5. mahu pergi patchwork class tapi tak tau bila.

6. Suka hiking tapi abi tak… huhuhu…

7. suka membaca dan suka jokes… bagi meghuhaceriakan hidup..


Dari LiNda

Sempena Dini's 4th Giveaway
Saya tepek di sini aje tanpa join.
LiNda, Fuhh..jampi lagi biar awak dapat...




Dari Relevan a.k.a. bro Syed
Blogger yang ketiga pernah aku jumpa.
Kebetulan bro syed menghadiri kenduri kawen anak buah di BTP bulan lepas.
Jumpa untuk bagi flyer SD2. Jadi tak beli ? ngeeeee...




Ada beberapa award dan juga tag tapi aku dah tak ingat siapa yang bagi.


Maaf sangat-sangat.




Note : Lega. habis hutang




Till Now.










Wednesday, August 11, 2010

Pernah Buat Macam Ni Tak ?

26 kawan yang bezz
Pagi ni.

Di jalan.


Tenang.


Tak banyak kenderaan.


Ramai yang keluar awal.. mungkin


Memandu tanpa degupan jantung yang laju


Tiba.


Masih awal.


Tunggu.



Dengar celoteh deejay 96.7fm


Hikhikhik... gelak-gelak.


Keluar kereta.


Depan pintu ofis.


Tit tot tit tot tit tot tet..


Tak boleh..


Salah nombor ke ?


Cuba lagi


Tit tot tit tot tit tot tet..


Eh..biar betul


Tiba-tiba..


Lorr.


bukan nak keluar duit.


nak masuk ofis lah..

Masuk.

Senyum sendiri.






Note : pernah buat camni tak ?



Till Now.




Gembira, Suka, Duka , Sayu dan Sedih Di Bulan Puasa...

31 kawan yang bezz
Salam Ramadhan buat semua.

Gembira bila dapat jumpa lagi Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah.


Suka bila Angah sendiri bersemangat hendak mula berpuasa tahun ni.
*malam tadi berkali2 ingatkan aku suruh kejutkan dia untuk sahur.


Sahur tadi air milo yang tak habis terus nak dibawa ke tadika... Bila ditanya "eh..Angah lupa lah..takpelah bagi Maira.."



Duka bila teringat kehilangan arwah ayah sehari sebelum raya pada tahun 1990 . Walaupun genap 20 tahun pemergian arwah ayah, saat-saat akhir bersamanya memang menyedihkan.



Sayu bila buat kali pertama tak mula berpuasa bersama Abi sejak mula berkahwin pada tahun 2000.



Sedih bila Abi hanya bersahur maggi sahaja pada pagi ini. Setibanya dari Jianhua semalam, kini Abi di Chongxin tempat yang sukar mendapat makanan halal.


Bertambah sedih bila trip Abi ditunda hingga 20hb dari tarikh sebenar, 17hb.. * alahai.....


Note : azan berkumandang di surau berdekatan tapi aku dengar jiran sebelah sedang menumbuk lesung!



Till Now.


Monday, August 9, 2010

Aii Dah Kurus Tau... Aku Dan SD2 - Part 2

22 kawan yang bezz
Ingat lagi n3 pada 2-3 minggu lepas ?

Aku sedang cuba untuk menguruskan badan secara sihat.


Aku minum SD2 produk keluaran New Image.
Produk kedua selepas Alphalipid.
Susu soya + 9 vitamin lain.


Baru minum lima minggu.
Sekarang berat kurang lagi 2 kilo dari n3 sebelum ni.
Alhamdulillah. Berjaya. Walaupun tak seperti yang ditarget.
Lepas ni hanya perlu kontrol makan.


Yang penting, ada perubahan dari segi kesihatan.
1) no more migrain tau..
minum produk ni tak digalakkan ambil caffein, jadi no nescafe, no coffee. Mungkin salah satu penyebab migrain tak datang lagi. Sebelum ni.. manjang jer sakit kepala..pastu emcee..


2)erk..erkkk.. pun dah takde... ? tau apa tu?... Selalu pomfuan yang dah beranak-pinak ada masalah ni. Selalu doktor bagi aku famodin kalau dah teruk. Seminggu aku minum SD2 ni ..*kelig sebelah aku kata " Eh, Rina, I notice u dah takde bunyik angin lor."


3) Kurangkan karbo yang masuk dalam perut. Banyakkan minum air kosong. Xsersais 30 minit. Banyak nau syarat. Aku tak ikut. Takkan lah aku nak weigh berapa karbo masuk dalam perut kan.. jadik aku tak ambil nasi, mee, bihun dan geng2 dah sebulan. Hanya makan lauk, vege, tempe atau yang makanan yang berprotein. Xsersais pun aku tak buat. Kalau buat, gerenti lagi turun. Hanya air kosong aje memang aku ikut..


Ada perubahan tak ?..
Rasa macam tak berapa tapi bila timbang..memang serprais.

kiri : bulan April 2010 tengah : bulan June 2010 kanan : bulan Ogos 2010




berat June 2010 : 64kg
sekarang : 56kg
target : 53kg


Note : misi masih diteruskan.

psst: pada sesiapa yang berminat, sila calling-calling utk rega spesel.




Till Now.





Linky's Magical


ShoutMix chat widget