Monday, January 31, 2011

2 Hari Berturut-Turut Hujan Tak Berhenti-Henti Jadi Terpaksa Guna Cara Ni..

33 kawan yang bezz
Baju di ampaian di tolak ....ditarik
Dari belakang rumah
Tolak ampaian ke depan rumah
di porch...
Biarkan sampai hari panas nanti
confirm mesti kering.






Haa yang lagi satu ni..
Tak tahu nak buat macam mana lagi
Dulu-dulu boleh jugak letak belakang fridge


  

Festaim buat macam ni..
Masukkan semuanya dalam beg-bunjut
Gedegang-gedegung, gedegang-gedegung
Bunyinya sama macam orang ketuk dram tarian naga
2 jam tahan telinga
Anak-anak pun bising



Lepas dua jam  bergolek-golek dalam tu ..

Kering !










..sampai koyak beg-bunjut ni ..
panas sangat !
 

tadaaaa....
kering semua kasut !




Note : memang berguna dryer tu masa musim hujan ..kuikuikui..  Emoticon




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Sunday, January 30, 2011

Ibu ! P*nis Angah Bergerak-Geraklah..

38 kawan yang bezz
Malam Rabu
Abi hantar Along ke tuisyen. Adiq ikut
Angah nak teman aku di rumah.


Aku tukar-tukar channel....
Channel 108..
Citer Trimurthi.. lama betul citer tu. tengok jap..
Kebetulan Shah Rukh Khan tengah menyanyi sambil mengedeng awek dia dalam citer tu.
Adengan menggesel-gesel... ala... biasalah hindustan..


Tetiba Angah bersuara.
"Ibu ! tukar citer lainlah...
Penis Angah bergerak-geraklah .."


Biar betul....
Aku selak seluar dia..


La...memang betul..
Penis dia tengah mengeras
Suspens betul aku..


Terus aku tukar channel lain.
Otomatik penis dia macam biasa.


Umur baru nak masuk 7 tahun boleh macam tu..
Takkan hormon ?



Note : Risau pulak..




errr...Dr Singa & Daddy Ziyyad atau kawan-kawan lain
consult sikit boleh?..tapi free lah yea... ngeeeeee..




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Thursday, January 27, 2011

AngPow

33 kawan yang bezz
Selalu dapat selepas CNY
Tahun ni ..
dah dapat angpow pertama !



Dapat dari salah sorang ex-boz kat tempat keja
Dia pass pada salah sorang boz kat sini untuk bagi pada aku
Boz-boz lain atau boz aku sendiri memang tak pernah bagi... huhuhu



Berapa banyak boz daaa..
Seyes.. sini memanglah ramai boz



Suka ?
Maunya tak..
Aku tolong Mr. L ni buat extra task setiap bulan..
Dia tak sempat nak buat sendiri


Setiap tahun dia bagi jumlah angpow yang sama
Tapi
..dia kan dah berhenti ...



Alhamdulillah , ingat lagi dia pada aku.



..rezeki..
..nak beli apa ek ?...hmmm..



Note : kita kongsi-kongsi haaa..
          aku belanja kawan-kawan yang bertuah lepas ni....




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Tak Ada Kerja Cari Kerja..

40 kawan yang bezz


Apa tu ?

Intan, berlian atau  permata  ?

Kayanya  aku kan.... tehehe...




Itu swarovski kristal
Untuk projek terbaru aku



Tak berapa berkenan tudung berkristal yang ada di pasaran
Penuh sarat  di awning tudung



Jadi, aku beli loose kristal
Dan aku iron sendiri
Bukan pada semua tudung..
tudung-tudung tertentu aje




Itu namanya.....

 takde kerja cari kerja !









..tak sarat kan ?..



Note : mati kutu bila handphone tertinggal ...





Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, January 26, 2011

Seharian....

66 kawan yang bezz
Lama tak cerita panjang lebar... 


Sabtu lepas.
Balik kerja terus ke Subang Jaya
Ambil abi dan anak-anak di sana
Abi hantar keta kat workshop di SS15...



Lama betul tak ke kawasan SJ/USJ
Sejak tak kerja kat sana lagi adalah 3 tahun lebih..
Jem tak hingat .... 
Pusing sana, cilok sana- sini...  lagi 10 minit pukul dua baru sampai.



Jalan menghala Summit pun jem lagi
Anak-anak dah mengadu lapar jadi cari tempat makan yang berdekatan aje 
Festaim bawak anak-anak makan A& W
Aku pulak adalah lima enam tahun tak makan situ.




Tengok di sebelah A&W ada warehouse sale
Pergi jengok-jengokkan muka kot-kot ada yang berkenan
Dapatlah Adiq 3 pasang baju tidur dan 2 pasang baju siang
Along & Angah tak ada yang berkenan
Kesian bila tengok stok baju harian Adiq dah singkat dan ketat
Adiq sekarang ni suka sangat dengan baju-baju Strawberry Shortcake tu !
Nasib baik dia tak minat sangat obersea brand untuk pakaian harian, kalau tak; tercekik dibuatnya..



Terus ke Subang Parade untuk ke Toys R Us
Tehehe... nampak sangat lama tak ke sana
Dah tak ada kat sana !
Ke Parkson dan terus ke Empire Tower


Lepas tu ke rumah adik abi di Tasik Prima Puchong
Kami bertolak jam 12 lebih malam dari sana.
Seharian tak ada di rumah...



..Di Parkson..

Tak puas hati....
ke Toys R Us Empire Tower pulak

..sampai termimpi-mimpi Along & Angah dibuatnya dek Nerf ni..

..Cepat ibu ! Along dah susun, amiklah gambar...

..Angah pun tak nak kalah...

..ke sana-sini di usungnya Nerf  tu..


..tak sempat nak basuh ..nak pakai jugak..


Asyraf (sepupu), Nazif (anak jiran) Adiq

Naufal (adik Asyraf)




Note : Baru aku tahu adik ipar ada buat bisnez online jual CLOTH DIAPERS / SET SAUNA/ DLL
Kalau ada yang berminat bolehlah tanya. Harga boleh dibincang.






Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, January 25, 2011

Mulut Masin..

26 kawan yang bezz
Betul kata orang-orang tua
Jangan cakap sembarangan ...


Sabtu lepas berborak dengan member ofis
Kata yang dah lama aku tak kena ..
Walaupun satu rumah kena ...aku mesti selamat.



Tup-tup...
Hari Ahad dah rasa tak sedap badan…
tapi tetap gagah membeli barang keperluan dapur di Tesco



Isnin ke ofis macam biasa
Tengahari dah mula datang balik sakitnya
Perut keras, kepala sakit, tekak perit, badan menggigil



Petang bila dah tak tahan.. tidur sekejap
Kaki dan tangan kebas
Sebelum balik rumah, sapu Menzza krim pada kaki, tangan ,tengkuk
Nak tekan pedal  pun macam tak rasa..



Badan dah terketar-ketar kesejukan
Sampai rumah terus tidur berselimut
Abi belikan tomyam putih campur & nasi untuk makan malam
Hirup panas-panas dan pedas..
Habis makan terus sambung tidur




Pagi ni abi teman ke klinik
Doktor consult itu-ini...
Semua ubat pun dapat.. batuk, demam, sore-throat, anti-biotik, angin, pening…
Alhamdulillah .. rasa sihat sikit tengahari ni.




..berselera makan ni aje..
-bekfes & lunch hari ni -


Note : InsyaAllah aku singgah rumah kengkawan nanti...






Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Saturday, January 22, 2011

Bila Dapat Peluang...

42 kawan yang bezz
Bukan tak pernah makan
Tapi susah nak jumpa yang macam ni



Biasanya orang guna tepung segera
Yang ni guna pulut hitam yang dikisar kasar
Tang  inti yang buat aku terpikat !



Ofismate oda kat MakCik dia untuk internal training hari ni
Aku pun join oda sekali.



5 hengget  @ 15 biji !
Bagi kengkawan rasa sorang sebijik...
Balen bawak balik..



koci ! koci  !



..syeddapppnya ...



Note : suka kuih orang lama ...






Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Friday, January 21, 2011

Adiq Dan Rabbit Be-lu..

45 kawan yang bezz


Adiq  : Ibu, rabbit warna apa ?



Aku : putih ..



Adiq :  eh... takkkkk...  rabbit warna be-lu..




Aku : putih... adiq ingat tak rabbit uncle Zaman .. (nebor dulu)




Adiq :  betul ...be-lu   Ibu tengok tisker (sticker) ni..




Aku : Adehh...







Note : semua buku lama angah dicari untuk projek mengaler dia..





Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Thursday, January 20, 2011

Tak Perlu Fikir Panjang..

20 kawan yang bezz
Satu masa dulu heboh pasal menda ni
Mesti ramai yang dah join


Dengar tapi tak berani nak cuba
Ok ke? bagus ke ?
Abi masuk tapi aku tak berani lagi..


Lepas tengok statement  yang abi dapat;  terbuntang mata dibuatnya..
Abi nak keluarkan $$ lagi  untuk kesekian kali


Pagi tadi jumpa ofismate dia yang buat part-time pasal unit trust  ni
Ting-tong-ting-tong.... bla-bla-bla..


Aku  sign jugak
Abi pilihkan yang mana sesuai.
Guna cara pertama dulu...dari EPF.



Walaupun tak nampak $$nya tapi sebagai satu investment ..
Kalau drop sikit harganya...juallah balik.


Sok-sok mana tau dah pencen, adalah hasil tambahan dari Unit Trust ni.




Note : dah berangan duit EPF & ASB nak buat rumah di kawasan kampung masa tua nanti...
hehaheha.. 





Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, January 18, 2011

...........takde motif ?.............

72 kawan yang bezz
Hari ni aku tak sihat...
Awal pagi dah sms mrboz
Dia tak reply.. tak sukalah tu..
AAK ?


Macam biasa abi siapkan anak-anak dan tolong hantarkan beg-beg ke taska.
Dia mintak tolong hantarkan adik dan along sebab dah lambat
Kesian dia.. hari-hari 140km kat hiway.
Lepas angah naik van, terus antar adiq dan along .


Klinik bukak aje aku sampai
Tanya berborak dengan panel doktor abi tu..
Kenapa masa bujang tak camni  dan bila anak dah ramai pulak sakit ?
Jawapan dia.. hormon BERTUKAR ! + angin..
Kalau tiap-tiap bulan macam ni... masaklah aku. 
MC 12 kalilah  setahun.
Kalau kena masa hari cuti oklah jugak.


Lepas pergi klinik
Singgah beli bekfes
Nasi Lemak Ayam Masak Merah.. misi balas dendam + dekat sebulan tak telan nasi lemak.
Tengok kuih-muih yang ada...
Capai tepung bungkus 2 , Lepat pisang 1 (tanya dulu ada inti kelapa ke tak), Kuih Ku.. 2 biji (lama betul tak jumpa kuih ni..)
Bayar..RM5.20.
Harus takyah amik lunch hari ni.




Semua habis sebelum jam 11 pagi.

Sempat jugak layan tv ..
Ahmad Albab @ Astro Prima
2 siri Kiah Pekasam @ Astro Prima
AFC.... sekejap
AXN... takde citer menarik..


Bummm... terus tidur ..
Mula dari sakit perut...
lepas tu kepala pulak menyucuk-nyucuk
Tapi....sempat jugak blogwalking sikit-sikit.. tihihi...


Apa motif entri kali ni ?
Takde apa-apa.
Aku merapu aje..


Note :  esok pagi aku nak singgah beli kuih Ku tu lagi ... 









Monday, January 17, 2011

Hadiah Cincin Berlian ..

36 kawan yang bezz
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.



Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"





Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."




sumbangan: Kamal @ ceritalucu




Note :  dapat cincin silver pun jadilah...




Saturday, January 15, 2011

Perasaan Bila Mendapat Kembar....

34 kawan yang bezz
Siapalah yang tak suka dapat kembar..


Walaupun hanya mendapat kembar telur aje
Aku suka bagai nak rak..
siap  buat entri pasal ni.. 
..huahuahua...








Itu belum lagi dapat anak kembar
kalaulah ada
bertuahnya badan !






..si kuning telur kembar dan kawan..





hasilnya : roti celup telur  yang digoreng : tabur dengan gula + serbuk kayu manis.




Note : Dua hari ni housekeeping habis-habisan..



Till Now.




Wednesday, January 12, 2011

Bila Asyik Bertanya, Tunjukkan Aje.. Untung-Untung Menjadi..

43 kawan yang bezz
Dua tahun lepas
Setiap kali ke dapur
Along mesti tanya nak masak apa
Pastu mesti nak tolong
Bila tak bagi
Muncung panjang sedepa


Sekarang
Pun sama tapi lagi kerap menanya
Mulanya tanya macam mana nak masak itulah, inilah..


Festaim cuba
Aku tunjuk cara.
Kali kedua dan ketiga
Along dah tahu nak masukkan apa dan apa


Kelmarin
Along tanya macam mana nak buat kuah kurma
Yang ni belum ajar lagi
Sebab masa aku masak kuah tu Ahad lepas
Dia belum bangun lagi



Masa makan tengahari
Dia bising sebab tak nak ajar dia..
..hahahaha..
tak baik betul aku !.



Bila  berborak-borak dengan dia pasal masak-memasak ni
Dia kata.. "senang nanti kalau ibu demam, Along boleh masakkan"

Alahai anak..






tahun 2009
..setiap minggu wajib ada makan petang..

sekarang
..kengkadang aje buat tapi yang selalunya beli.. hehe..
Ada tugas lain menanti.... kan kawan-kawan ?

Along menggelek tepung untuk buat karipap
..guna acuan aje..
..dapatlah Along buat lima enam biji ..



tahun 2010 - rumah emak
setiap kali pergi mesti  nak pilih beras


*tengok gambar ni baru aku teringat yang aku nak kecek batu giling tu lah..





Minggu lepas

Masa menumis bawang untuk masak nasi goreng
Dia kidal macam aku
Terpusing-pusing badan dia kat atas bangku kecik tu

Dah lenguh.. tukar tangan kanan pulak..




Note : kalau betul dia minat memasak, untunglah aku !


Till Now.



Tuesday, January 11, 2011

Angah Hilang !...Alhamdulillah Jumpa Akhirnya....

58 kawan yang bezz
* Mulanya  tak nak buat entri ni tapi buat jugak untuk dikongsi dengan kengkawan



Semua pun tahu yang minggu ni, hanyalah minggu kedua persekolahan.
Budak tahun satu macam Angah belum biasa dengan suasana baru
Jam 2.15 petang tadi aku dapat panggilan telefon dari nursery.
Tengok nama di handphone dah buatkan hati aku dup-dap-dup-dap.


Penolong nursery kata  Angah tak sampai lagi .
Zupppppp...darah terus takde di muka !
Biasanya jam 1 petang Angah dah sampai.


Apa dorang buat sampai satu jam lebih baru bagi tau aku ?
Dia kata dia pun dah cari tapi tak jumpa..
Aku terus kalut... dah tak tau nak buat apa...
cool down sekejap.....


Terus telefon kakak van sekolah.
Kakak  tu kata yang dia dah pusing dua kali di luar sekolah.
Ni lagi sorang. Tak jumpa Angah  tak pulak dia telefon aku.
Dia boleh  kata dia sangka Angah ikut orang lain..
Apa kes ni ? Ingatkan anak aku tu anak ayam ke apa ...
Memang aku hangin betul tadi .. Kalaulah jadi pada anak dia , macam mana ?
Dia kata lagi yang dia nampak  sorang budak dekat guard house tapi bukan Angah.
Letak telefon lagi.


Telefon abi.
Tak tentu arah aku cerita..
...abi macam biasa.... ah..haa..ooh.. hmm.. cool aje..
Dia suruh aku cari dulu di sekolah.



Telefon sekolah.
Tak ada jawapan langsung !
Aku harapkan kalau adalah jawapan, nak minta tolong pak-guard tengok samaada Angah ada  di depan sekolah ke tak..


Minta colleague bagitau bozz sebelum aku keluar.
Dalam perjalanan, telefon sekolah lagi. Masih tak ada jawapan..
Ya Allah... tak tau aku nak buat apa sampai  aku menangis tadi ..
Kalaulah..... mintak-mintak dijauhkan..
Bawak keta pun kelam-kabut, nyaris-nyaris terlanggar bontot lori masa redial nombor sekolah.


Dalam setengah jam aku sampai  depan sekolah .
Tengok Angah tercongok kat situ.
Kesiannya Angah; dekat 3 jam duduk situ dengan tak makan tengahari .


Yang aku pelik tu betul ke kakak van sekolah tu pusing sampai 2 kali ?
Betul ke kakak di nursery tu cari  ?
Cari yang macam mana ?
Mungkin dorang fikir trip/route dorang lebih penting dari student-student yang dorang amik tu..


Selalunya Angah orang pertama sampai nursery.
Hari ni dah nak jadi agaknya ,sorang pun tak perasan dia tak ada.
Terpaksa ponteng sekolah agama hari ni.


Bila aku tanya mana dia pergi ..Angah kata dia ke kantin beli air lepas tunggu van lama tak sampai. Aku kata lagi kenapa tak beli air di luar aje.. Terus dia kata.."kan ibu kata jangan minum air gas, kat luar tu jual air gas je..." alahai anak. Mungkin masa dia ke kantin tu van sekolah tu terlepas. Berapa lamalah sangat beli air kan ?  Takkanlah tak boleh tunggu.


Yang lagi geramnya budak  dekat guard house yang kakak van tu kata  tu memang Angah  !
Angah kata pak-guard mintak no telefon abi.
Angah terlupa yang nombor tu ada di beg sekolah/pencil case dia.
Konfem kakak-kakak  tu mesti tak turun dari van/keta dorang. Dorang  tengok dari jauh  aje agaknya.


Alhamdulillah...siapalah yang tak sayang anak kan ?



Note : macam-macam pesanan pada Angah tadi... "tau-tau" kata dia.


Till Now.

Monday, January 10, 2011

Ofis Baru.... Makan-Makan

46 kawan yang bezz


Tak sabar-sabar tunggu  building baru ofis siap.
Telinga ni dah tak rasa apa dengan bunyi komuter & tren simen lalu-lalang hari-hari.

Tiga tahun lepas hanya aku sorang aje melayu kat sini
Company expanding jadi ramai juga staff baru


Gambar Atas : Dari tingkap ofis sekarang
Gambar Bawah :  Ofis baru nanti !
Tak jauh mana pun..di main entrance aje
 


Dua-tiga bulan lepas adalah 3 orang lagi yang masuk
Adalah geng nak berborak dan bershopping  masa lunch


Walaupun tak se-ngam ex-colleague dulu...
Hari-hari mesti ada aje topik yang diperkatakan..




Jumaat lepas makan-makan  di ofis.
Lebih kurang 'pot-luck' lah..
Aku bawa sardin dan kek kukus
Kenyang sampai ke malam !



Makaroni + Cream Sos
Sosej
Sandwich Sardin
Swiss Roll
Kek Kukus Coklat
 




..mak-mak orang..
 
Note : Lega bila si 'annoying' tu takde masa tu...




Till Now.




Saturday, January 8, 2011

Kalau Sekali Boleh Mengelak Lagi ,Bila Dah Dua Tiga Kali ?.....

23 kawan yang bezz


Kalau sekali, boleh lah tunggu-tunggu dulu
Ini dah kali kedua dan tag yang ketiga dari orang yang sama
Malu lah pulak  kalau tak buat... huhuhu..




Tag ni datang dari saudara Cemomoi
Aku di tag untuk sertai bloglarian
terima kasih sebab sudi tag  aku.
Sebenarnya aku memanglah mim alif las bab-bab tag ni ! hehe..











Syarat-syaratnya :


jadi follower dan  letak banner  ..SIAP !
pastu kena lengkapkan slogan pulak.  waduh..


Saya suka blogwalking kerana dapat meramaikan kawan-kawan di alam maya di samping mengetahui latest update dari kawan-kawan blogger.





Akhir sekali kena tag blogger lain jadi cemomoi tag doploh orang, aku pulak nak tag 37 orang kengkawan yang rajin komen di sini. Pada yang lain jangan amik hati haaa... Pada yang pernah buat tag ni, sila abaikan. Aku tak letak pun link blog korang jadi pada yang nak kenal 37 kengkawan aku ni, bolehlah klik di side bar.



 

  1. kak long (26)
  2. white rose (23)
  3. gadisBunga (21)
  4. eelobor (21)
  5. zulkbo (20)
  6. kak Erna (19)
  7. kasihredha (19)
  8. Yunus Badawi (18)
  9. Cik SHiNJU (18)
  10. kak wan (17)
  11. zaradgreat (16)
  12. cemomoi (16)
  13. Ms.Lilies (16)
  14. kakcik (16)
  15. ibuintan (16)
  16. tasekM (16)
  17. sahromnasrudin (15)
  18. ::..Dia daYa..:: (15)
  19. Ati Masrif (14)
  20. Cik Pah (13)
  21. - GC - (13)
  22. julietchun (13)
  23. azieazah (12)
  24. Cik Ina minat Do do Cheng (11)
  25. DrSinga (11)
  26. aNiS tHe BumbleBee (11)
  27. Ku Tak Sempurna (11)
  28. Hamizah (11)
  29. Yan (11)
  30. ~ yus ~ (10)
  31. kakngah (10)
  32. My Life My World (9)
  33. akuanakpahang (9)
  34. Zaitun (8)
  35. ana (8)
  36. ainnoraini (8)
  37. akuanakpahang (AAP) (8)


BlogLarian merupakan 'pot' blog untuk  blogwalking tanpa perlu membuka banyak tab seperti yang selalu aku buat sekarang.





Sila klik DI SINI. kalau nak tahu lebih lanjut.







Note : Cemomoi,  aku buat ni dulu.... sebab terlatest; yang lagi satu aku kena korek aok  punya archive .. hehe..






Tag Kedua





1. Apakah hobi anda?

huhu...teringat pulak pada Along ... segan jugak dibuatnya bila jadi bahan gelak abi..  Nanti aku citer di entri lain .


Aku suka membaca tak kira dalam  bentuk novel, suratkhabar @  majalah  tapi tidak pada majalah hiburan . Hanya menonton  kalau citer berbentuk  fantasi  ataupun produced oleh Jerry Bruckheimer /  keluaran Walt Disney samada kartun atau tidak.... Juga drama bersiri korea.



2. Senaraikan tempat yang anda ingin pergi...

Aku nak ke China ! Tempat asal-usul moyang aku.
*kena masuk bajet tahun ni atau tahun depan jadi kenalah berjimat-cermat.. hehe.


3. Sikap positif yang anda miliki .
banyak sebab blood type A+... hehe..

4. Sikap negatif anda...

Nak cepat aje.... zaaaaaaaaaaaasss tak kira dekat ke jauh tempat tu..



Untuk yang ni rasanya tak perlulah tag pada sesiapa...



Note : kena listkan hutang-hutang lepas ni.





Till Now.



 

Linky's Magical


ShoutMix chat widget