Thursday, March 31, 2011

Ada Yang Tahu ? Sebab Aku Memang Tak Tau....

41 kawan yang bezz
Ternampak kuih ni
Suwit jer kaler dia
Sebekas RM4.50


Beli untuk anak-anak rasa
Macam sagun pun ada
Bahagian luar rasa manis buah


Ada siapa yang tahu ni kuih apa  ?
Biasanya, bab-bab kuih-muih tau jugaklah namanya







..6 ketoi sebekas..

..dekat sikit..

..berderai..

Note :  Cari untuk kali kedua....dah takde..

Ku Picit-Picit dan KuTindas-Tindas ..

39 kawan yang bezz
* auto publish


.. malam tadi sebelum ke pasar malam..

Adiq suka dandan sendiri..
Senget pun sengetlah...dia tak bagi kacau..
Guna getah sayur pun dia tak kisah


Dulu kelmarin
Adiq mengadu gatal kepala

Aku saje selak-selak rambut dia
Berderet-deret  !
3 hari berturut-turut aku bertungkus lumus
Sampai dia mengadu lenguh... 


Tanya kat pembantu nursery..
Jawapannya "sianu memang ada...emak dia dah potongkan rambut dia .."
Itu aje ?


Dulu pun dah tegur tapi
Takdelah  kisah sangat sebab tak banyak mana
Kali ni.. memang banyak, banyak dan banyak.!..



Mak-Paknya tu ..dah tahu anaknya ada ..cariklah alternatif lain
Mintaklah ubat kat doktor

Macam-macam hal bila anak-anak  di nursery.





..kakak kafwautawau yang pertama jumpa....
..berheko-heko semuanya..


..geli pulak bila beso camni..




Note : berbunyik-bunyik semua telur-telur tu .......

Wednesday, March 30, 2011

MELAYUNG..

33 kawan yang bezz
Nama kan aje ...
Tak kiralah masa cakap, jalan, masak, driving, kerja.... semua nak cepat


Kalau cakap dengan anak pun kena ulang..
Dorang akan cakap... "Ibu cakap apa ?" lajulah...   huhuhuhu...
Dah jadi habit agaknya..



Kat bawah ni email dari Abi pagi tadi.
Takkan nak seyes aje… ye tak ?

Sekali-sekala kena lah melawak, merepek dan seangkatan dengannya.
Abi bukan jenis banyak cakap tapi bila dia melayan aku cenggini , aku suka betul.






Kalau nak faham, mula dari bawah...










Korang pernah tak tersasul macam ni ?





Note : Puncanya aku nak sebut MELAYANG dan MELAMBUNG.... tersebut MELAYUNG. Abi pulak nak sebut HUTANG tersebut UDANG.... seri lah kami.. ngeh-ngeh-ngeh...


Tuesday, March 29, 2011

Jumpa International Actress & Blogger ..

41 kawan yang bezz
Betul ! Aku tak tipu..
Aku memang jumpa  actress ni kat sini.



Agaknya macam mana lah orang yang dapat berjumpa artis obesi  kan ?
Punyalah excited sampai tak lalu nak makan aku dibuatnya..huahuahua..
Itu baru jumpa  artis a.k.a rakan blogger.
Kalau artis hindustan atau korea ...tak tahulah macam mana ...




Anis dan family balik ke Malaysia untuk perkahwinan adik ipar dia dua minggu lepas
Singgah di ofis  di Sungai Buloh untuk hantar batu-batan yang aku kirim
Speckybee (suami Anis)belanja aku, Nita, G dan Ana (ofis-mate) lunch
Leka dengar citer tentang tempat kelahiran anak pomfuan dia ; Uyin
Pot-pet-pot-pet....cepat betul masa berlalu..


Nampaknya tak jadi nak jumpa lagi hujung tahun ni
Anis tak jadi balik ke sini untuk melahirkan anak kedua dia nanti.


Nis,  masam mencuka muka  dan bam-bam aku wei...
..*aku pinjam gambar ko ..



Dari Bentong ke Mempaga
Singgah untuk membeli gula
Gembiranya hati dapat berjumpa
Anis & Keluarga si rakan blogger





Batu-batan dari  Sri Lanka
Jangan tak caya....ada certificate dari sana



Dapat Teh Berperisa Peach & Strawberry.
Aku biasa guna Ahmad Tea.
Lepas ni  gerenti aku carik brand ni kat sini .
Rasa nya .....Fresh betul  !

Tak dapat Noritake set ;
dapat sekeping pinggan hiasan Cik Nori  tu pun jadilah... huhuhu..
Aku rasa mesti buntang bijik  mata Abi  kalau aku bagi tau rega Set Cik Nori  tu...




Note : salute pada ibu yang berkerjaya menjadi SAHM demi keluarga.

Wednesday, March 23, 2011

TETIBA...

32 kawan yang bezz
Siapa rindu aku angkat tangan !
huahuahua....


Rindu betul nak jengok blog kengkawan tapi masa memang tak mengizinkan.
Balik jer kengkadang matahari ntah kat mana....
Nampak katil..... gedebush...  
Abi setelkan anak-anak..  ...timaseh bang...
Penat ya amat.


Bak orang puteh kata..... HECTIC konon...
Atau pun  bahasa orang putih yang biasa didengar..... busy yang teramat busy !
Atau bahasa kita pulak..sibuk yang teramat sibuk !



Minggu depan kita jumpa macam biasa  !
ceh-ceh-ceh...macam lah nak berdating... kan ?



Tengah bertenang dari semput dengan segala maklah report dan paperwork.



Note : fuhhhh...nasib baik malam Khamis... bunyik anjing kat belakang ni bikin saspen betul... dahlah tinggal aku sorang jer kat ofis waktu ni.

Thursday, March 17, 2011

Berasap ...

46 kawan yang bezz
Lama tak buat entri main masak-masak .
Dekat dua minggu  dapur tak berasap.
Aku ngan anak-anak makan kat kedai atau tapau pasar malam aje masa abi tak de hari tu.
malasnya aku...kan ?
..ngehngehngeh..



Spaghetti Oleo ni aku masak untuk makan malam hari Ahad lepas.



BAHAN-BAHAN
Bawang putih yang ditumbuk/kisar 3 sudu

Spaghetti - di rebus dengan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak zaitun
Udang & Sotong  (lagi banyak lagi best !)
Kiub Knorr Lembu - 1 ketul (rendam dengan air panas & kacau sampai hancur)
Cili padi - 8 biji (panggang & tumbuk)
Garam secukup rasa
Keju Parmesan - 1-2 sudu besar (takleh banyak2, nanti muak)
Brocolli
Kalau nak letak msg, campakkan sikit kat hujung jari jer
(kali ni masak untuk anak2 sekali, jadi aku tak letak)


CARA-CARA
Tumis bawang putih hingga garing
Masukkan udang & sotong
Pastu air kiub knorr  pulak- hingga mendidih
Masukkan garam dan brocolli.
Akhir sekali taburkan cili padi panggang dan keju parmesan. (aku asingkan dulu untuk anak-anak)
Dah siap.


Peringatan : makan masa panas. kalau sejuk; boleh kembang tekak dibuatnya..





Angah  & Adiq cakap benda yang sama
"tak naklah  sayur pokok ni"



Note : Misi  baru aku untuk makan nasi 2 hari sekali sekarang ni.

Wednesday, March 16, 2011

Bila Dah Cabut Sebelum Masanya...

29 kawan yang bezz
Sejak dari insiden ni ..taknak klik pun takpe..entri tu ada kat bawah ni jer....






Monday, June 14, 2010


Minggu lepas anak-anak dah bising sebab boring di nursery sehari suntuk. Along minta permission bawak laptop.. Abahnya tak bagi.



Jadinya aku janji untuk balik awal. Selalunya dekat 7 malam baru sampai & ambil diorang. Terus masuk rumah.



Bila dah balik awal, agenda Angah & Adiq tentulah naik basikal. Angah dah tak minat naik basikal dia. Tak power kata dia... basikal Along power.. *macam-macam. Along memang depan laptop jelah dia..


Bila dah boring main games, Along pergi cari Angah…


Dari jauh dengar suara Angah menangis…


Tiba depan rumah.. Along membebel..


“tulah, naik basikal Along lagi...
Orang kayuh pandang depan.. dia borak-borak pandang belakang“
...dosa tau, tak minta izin Along.. *lerrr.. budak-budak dah ikut gaya ibu dia dah..



"Angahkan power, lelaki takmoh nangis.." kata aku.
"sakiiiiittttt.... ". Kesian Angah. Bibir & gusi bengkak dan pecah, dahi & hidung berdarah.



Angah buat pacak ke? ... tanya aku lagi
"Taaaaaakkk... Angah tak nampak ada pasir kat situ.... Angah borak dengan kawan tapi pandang belakang.... " huhuhu.... sambung nangis lagi.
sapu franch oil kat luka..... dia diam.. tapi kejap-kejap tengok cermin. tak boleh lupa dengan cermin Angah ni..



2 batang gigi depan Angah goyang sebab jatuh tu... Hubby bawak ke klinik gigi petang Sabtu lepas.



Along ikut sekali sebab gigi geraham dia pun perlu tukar tampalan sementara ke tampalan kekal.*masih musykil tentang geraham yang tak pernah cabut dari kecik memang geraham kekal ke? Itu kata dentist tu lar....



sehari lepas jatuh
di SR, Rawang sempena besday Adiq.



" ensem tak Angah".. kata dia..
abah dia usik.." habislah awek angah lari.." hehe..




Note : biar jatuh dari tak jatuh... boleh belajar dari kesilapan dia.






Huiyai...punyalah lama
Agaknya memang cenggitu bila cabut bukan pada waktunya kott...





Kesian pun ada
Lebih-lebih lagi bila dia nak mula makan
Tersenget-senget aje nak patahkan biskut




Sekarang
Suka betul Angah
Walaupun baru sikit tumbuhnya..



..close-up sikit...



2 batang gigi bawah tu tumbuh dulu dari yang atas.
berzig-zag hujungnya ...kenapa agaknya ek ?



Note : Nak amik mud balik...berkeladak rasanya bila seminggu tak masuk sini....

Tuesday, March 8, 2011

Canon Tapi Macam Kaenen aje..

49 kawan yang bezz
Sekali..
Your CAMERA, ref B####### ; repaired & ready for collection; no charge; Pls refer voucher for working hr; Do not reply this msg. TQ.


Tak lama tu....

Dua Kali...
Your CAMERA, ref B####### ; repaired & ready for collection; no charge; Pls refer voucher for working hr; Do not reply this msg. TQ.


Lagi...
Tiga Kali
Your CAMERA, ref B####### ; repaired & ready for collection; no charge; Pls refer voucher for working hr; Do not reply this msg. TQ.

Lagi dan Lagi...


Empat Kali
Your CAMERA, ref B####### ; repaired & ready for collection; no charge; Pls refer voucher for working hr; Do not reply this msg. TQ.



Lagi dan Lagi dan Lagi..
Lima Kali
Your CAMERA, ref B####### ; repaired & ready for collection; no charge; Pls refer voucher for working hr; Do not reply this msg. TQ




1) Voucher tu tak tulis apa pun jadi menggugel lah . tak susah pun..
2) Lega sebab lagi 3 hari nak  setahun baru problem kamera tu jadi free of chargelah servisnya.
3) Geram sebab belum pun setahunwalaupun lagi tiga hari jer masa tu dah ka-put.
4) Bila aku nak gi amik ni ? Tak sempat-sempat...

Monday, March 7, 2011

1.3.2011-10.3.2011

58 kawan yang bezz
Sejak Selasa
Tiap-tiap malam harus tunggu
Kalau tak, mengongong tengah malam




Tak kira abi sibuk ke tak
Tetap nak
Kalaulah macam dedulu
Mau hangus poket bayar bil




Laptop abi versi lama
Built-in camera takdak.
Nasib baik jugak kat sana  semua menda murah-murah




Dia carik headphone
Bolehlah  bervoice mail di YM aje
Pasang speaker kuat-kuat
Berebut-rebut nak cakap






Ingatkan ok
Lepas dah puas berborak
mengongong jugak
Sedih-sedih...




Adiq termenung panjang pastu air mata mengalir
Amik baju abi untuk bawak tidur
Angah sedu-sedan bawah bantal
" Jom tido dengan ibu..." kasi pujuk sikit
Baru senyap..




Sat lagi plan nak bawak diorang jenjalan. Hala tuju tak tahu lagi. Ingatkan nak kasi diorang hepi-hepi, beli-beli dan makan-makan.




Malam. Sibuk lagi. Rutin wajib masa abi takde. Menggosok 5 pasang baju sekolah anak-anak untuk setiap hari ...huhuhu..








Note : nasib baik tak lama kali ni...

Thursday, March 3, 2011

Main Wayang Di Rumah... OK Apa ..

27 kawan yang bezz
Orang dah berkurun tengok, baru nak tengok. Tak kisah lah . Kalau yang belum tengok tu, tekan butang aje. Tak lama pun tunggu. Jimat petrol, tol ngan parking. Paling penting jimat ongkos. Kalau keluar, takkan balik dengan tangan kosong kan ? kekekeke..... tu semua alasan untuk menyedapkan hati sebab tak tengok awal-awal...



Aku ni jenis  tak bagi anak-anak tengok citer seram ke hantu bagai. Aku ada baca jugak kat sana-sini yang citer-citer macam tu buatkan budak-budak tu rasa takut pada hantu-setanlah pulak. Lagipun, aku sendiri pun tak minat.  Hari Khamis memang tak pernah layan citer macam tu...  (peluang keemasan bila dapat layan axn, diva & afc)



Nak jadikan citer, adalah satu hari minggu lepas.  Tiga-tiga tu kat dapur. Tengah makan petang. Along jadi tukang karut ..cakap-cakap...gelak-gelak. Cakap lagi pastu adik-adik dia gelak terkekeh-kekeh.


Aku tanya citer apa yang buat dorang suka sangat  tu ?
Along jawab . Citer HKLBR...



Aik...bila pulak dia tengok ?rupanya.. kawan-kawan kat  taska bercerita. 

Adeh...kesian betul  . Orang cerita pun dia boleh jadikan cerita . Belum tengok lagi .





Sebelum ni aku tak amik pot pasal citer tu. Orang heboh sekampung tapi aku wat dono jer.
Bila ofismet bagitau bukan citer hantu-betul; tu yang Sabtu lepas layan 1st class di Astro First. Dorang siap tarik langsir, tutup pintu.  .."baru macam dalam wayang" kata Angah.  Terpaksa aku korbankan citer hindustan kat tv3.. hehe... 



Dah serupa gaya Stephen Chow lah pulak gaya citer si Mamat Khalid ni. Dua hari tu dorang bantai tengok citer tu aje. Channel lain harrem  tak pandang.  Siap panggil kawan-kawan datang.  Abi yang tak suka tengok movie pun layan sama. Memang pecah rekod !  Dia gelak-beso !...




Bila dah tengok, ada-ada aje.  Along tak habis-habis ikut gaya si Usop yang lemah gemalai masa dia bercakap. Angah pulak ikut si bomoh...tetiba terpacul aje kat mulut dia.. kehhh-kehhh-kehhh...   


Apa-apa pun citer ni memang lawak.  spontaneous !




Note : kalau tau  citer lawak, dah lama aku tengok ! 






Anak Dara dan Mak Dara Yang Pemalu

41 kawan yang bezz
Aku rasa semua orang mesti ada satu sikap yang 'mengganggu' diri sendiri. Sikap aku yang satu ni memang tak boleh nak ubah dah. Dari masa anak dara sampailah sekarang ni yang dah beranak pinak.  Jangan sampai aku bercucu pun macam ni; tak dapek den nak nolong...


Nak kata negatif, tak lah jugak. Positif , macam tak pulak.


Mana tau korang pun ada sikap yang sama macam aku. Tapi aku ni dah tahap kritikal rasanya.


1) Kalau tengah tunggu bas (masa anak darre) dan LRT @ Komuter (kalau aku malas nak drive ke KL) Masa nak naik bas atau masuk tren)


2) Tengah tunggu nombor kena panggil tak kira di bank atau di kaunter pejabat gomen.


3) Tengah makan di public - open area  (makan mesti tak nak facing  'lelaki' kecuali abi..ngeh3)


Percaya tak kalau aku kata memang gabra tahab gaban masa-masa tu. Jantung berdegup macam nak tercabut lajunya. Abi pernah  letak tangan dia kat dada aku masa dekat turn nombor aku  di bank pastu cakap..." huii lajunya..."   geram betul aku ! ....


Jangan ketawa ahh..



Korang ada tak ?












Jom tengok keywords yg orang carik kat sini... 






 Banyaklah sangat ular anakonda kat sini !



Timaseh kengkawan..










Note : BW memang berhantu ! huhu... tido macam tak tido aje. 

Tuesday, March 1, 2011

Siapa Yang Makan Cili, Dia Terasa Pedas ..

66 kawan yang bezz

Credit to Cili dari Pasar Borong Selayang

Ada rasa macam nak cili orang  tak ? 





Ahad

Abi ada projek check wiring.
bahagian atas rumah takde karen


Jadi, aku sensorang ke Pasar Borong Selayang.
Dah habis nyopping ikan bagai, aku singgah Tesko . 


Sampai rumah dah tengahari
Mula bersila memprojekkan semua menda yang aku beli
On-off jugaklah
Takdelah terus-menerus aku buat semua tu.
Mau lenguh pinggang aku nanti
Benti masak jap

Dah siap;  masukkan semua dalam freezer
Berhenti lagi
Makan pulak.
Petang sikit sambung projek cili-cili , bawang-mawang pulak




Dah siap semua; baru teringat.
yang aku beria-ia beli  kali ni watpe...

Kan ke Abi takde  nanti..  




aku takdelah takut sangat kena tinggal; sikit  tu adalah
yg buat takut tu bila teringat rumah jiran belakang yang kena pecah masuk Jumaat lepas
huhuhu..










Pengumuman !
Khas untuk emak-emak di kawasan yang berdekatan yang menggemari masakan bercili sekelian.  
Cili di Pasar Borong Selayang memang murah giler.. 
Harga untuk sekilo : 


Cili Padi    ~ RM4    Di Tesco ~ RM9.99
Cili Masak ~ RM5   Di Tesco ~ 10.99






Notamalamini :

1)  Agaknya lah ada tak yang  makan cili tak rasa pedas ?  
2)  Selagi abi tak tepon, selagi tulah... hati ni dup-dap-dup-dap lega..abi dah selamat sampai di Hangzhou.  




Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Linky's Magical


ShoutMix chat widget