Tuesday, August 23, 2011

Dengan Makan-Makan Biasa Boleh Tambahkan Rezeki Orang

38 kawan yang bezz
*Auto publish


Siapa sangka dengan order untuk makan-makan biasa boleh tambahkan rezeki orang. Aku pernah citer tentang 'keteringinan' dan  'keterujaan' mencari tart nenas sedap pada entri ni- pada Raya AidilAdha tahun lepas. Sejak tu, tak kira masa aku & ofismate order.


Sebelum puasa hari tu adik aku tanya kalau-kalau dia boleh tolong jualkan pada ofismate dia sebab diorang pernah rasa sebelum ni. Aku ke Cheras Jaya untuk amik sampel kuih dari Isteri kawan dari Plant di Balakong. Mak aaaiii... sampel punyalah banyak ! *tak teringat nak amik gambar masa tu.


Sebagai permulaan, jumlah semua yang order sebanyak 66 balang.  Jadi orang tengah pulak aku kali ni. hehehe....Semalam bahagian aku dihantar ke ofis. Adik aku amik 16 balang di rumah kawan aku tu  Jumaat lepas.


Niat nak tolong kawan aje tapi dapat saguhati pulak dari isteri kawan aku tu. heeeeee..Dia beri RM1 setiap botol. Jadilah ! RM66. Siapa nak bagi duit percuma...kan ? Bukan susah mana pun. Isteri kawan aku tu telefon lagi dan kata dia akan bagi lagi kuih tambahan untuk aku secara percuma lepas raya . Duit yang aku dah collect nanti, bila aku free baru bagi dia. Sampai macam tu sekali dia percaya kan orang. Kalau lah aku ni 'mata duitan'..hissh..  

Boleh jadi long-time bisnes nih ..hehehe..


*order awal tahun. makan suka-suka di ofis & rumah




semua ada; tart nenas, london almond, makmur, sarang semut & dahlia


makmur

sarang semut

Note :  Jumaat ni aku mula cuti, jadi baru nak mula 'mengukies'. Tak tau lagi nak buat biskut apa...

Monday, August 22, 2011

Kalau Ada Rezeki Tak Kemana...

18 kawan yang bezz
*Auto Publish






"Bukannya tak cukup duit sekarang ni tapi aku nak tambah aje... tak salah kan ?" Itu kata aku masa chatting di FB pada kengkawan lama yang tanya kenapa tiba-tiba aku buat bisnes online. Ada ke orang beli ? Orang percaya ke?  Tak leceh ke? Ada masa ke? Husband kau ok ke ? "  Hmmm.. Kalau hendak seribu daya dan kalau tak hendak seribu dalih .. dan kalau dah ada rezeki dan ikhlas, semua takde hal. Mana tau, InsyaAllah bertambah lagi rezeki kami sekeluarga. kan ?


Sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan"...InsyaAllah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya.




Semuanya bermula sebab aku ni 'hantu' shopping. Sebelum ni, pantang ada sale @ warehouse sale mesti aku terjah. 2 tahun lepas, mula beli secara online. Rasanya dah macam-macam benda aku beli secara online. Memang pantang.....Pantang nampak kata orang.. ;o)



Tahun lepas masa jual brooch dari Korea memang best. Ramai yang berkenan sebab market jual dalam RM45-RM75 sebiji/set dan aku hanya jual RM10-RM35 ikut saiz. Senyap pun sebab abi dah tak pergi sana lagi dan fesyen tudung sekarang ni dah tak perlukan brooch  yang lip-lap-lip-lap @ besar.




Tahun ni a.k.a sejak dua bulan lepas pulak aku mula jual baju kanak-kanak. Rasanya 'menda' ni yang paling aku banyak berhabis secara online. Boleh jimat bila aku sendiri yang beli. Dapat harga kos untuk anak-anak. heeee...  Selain jual secara online, ada jual secara direct jugak di kampung.


Seminggu sebelum puasa hari tu, abi dan anak-anak hantar stok ke kampung. Minggu pertama puasa kami balik ke kampung lagi untuk hantar stok tambahan.


Sesiapa yang balik ke Pantai Timur dan memang lalu Kuala Lipis. Mana tau kalau-kalau tersinggah R&R Benta-Kuala Lipis; Jom singgah Kedai No. 3 untuk cuci-cuci mata. Adik abi yang jaga kedai tu.




Biasanya lot-kedai tu dibuka waktu malam. Pelik ? R&R kawasan tu 'hidup' waktu tu aje. Dah nama pun kawasan kampung jadi penduduk kat situ takde tempat nak melepak waktu malam, jadi ramai ke situ aje.






Minta-minta berterusan. Doa-doakan aku ya..

Bahagian basah (food court)


bahagian kering - Kedai No. 3 ..fav no... ;o)




replenish stock @ minggu pertama puasa 




Adiq  ~  harus ada bahagian dia...;o)






Note : Aku tengah cari pembekal direct dari kilang di China. Ada sesiapa yang tahu @ contact orang di sana ?



Tuesday, August 16, 2011

16 hari - Macam-Macam Ada

23 kawan yang bezz
*Auto publish.

Salam Ramadhan buat semua !

Huiyai...dah masuk 16 Ramadhan baru dapat bersiaran. Sejak pindah ofis baru, bertambah sibuk. Bernafas pun tercungap-cungap. Reporting itu, ini, begitu, begini... Mintak-mintak lepas ni tak sibuk lagi. Mintak-mintaklah kannn..

Entri ni pun siap draft pagi semalam, tup-tup kena finalise satu mendalah lagi. Tak jadi lagi.. ;o(  Sampai terfikir nak berhenti berblog hari tu.  Dengan rumah lagi nak setel... Adehh. Dulu.. pukul 2 pagi tak tidur lagi. Sekarang ni....letih ya amat. Kengkadang tu, pukul  10 malam aku dah habis. 


Hari Jumaat lepas, hangin betul aku dengan  mrbozz . Tak paham-paham yang kita ni posa.  Aku dah bagitau  yang aku boleh tunggu paling lambat kul 6.30ptg. Itu pun dah kira lambat.  Dah siap sumer bagai dia kata ada additional menda lagi untuk presentation 20hb ni.

Aku terus kata yang aku kena balik jugak.. Lohkong outstation.nak fetch anak-anak - diorang puasa, nak beli juadah buka puasa lagi...terus dia kata okey. (agaknya dia dengar tone suara aku dah lain ...hehe)  Itu pun Sabtu dia suh aku datang... aku kata abi outstation lagi padahal malam tu abi dah sampai.. hehehe. kurang pahala posa.


suasana ofis baru - ground floor


cik-kak2 dari department yang sama




tempat aku ! tak jauh mana pun dari mr.bozz  tapi jauhlah jugak dari dulu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Citer lain - Rezeki baru.

1st Ramadhan hari tu Abi dah mula kerja di tempat baru. Rezeki anak-anak. Tak sangka pulak dapat sebab apply masa awal Januari dulu. Sepatutnya tender dua bulan notis tapi company  baru tu memang urgently nakkan orang untuk new project diorang, jadi company tu bayar ex-company the arrears. Benefit pun alhamdulillah.  Bagus dari yang sebelum ni.


Aku orang yang paling happy. Tempat kerja baru abi  di Shah Alam; jadi, aku plan lepas raya nanti boleh pergi sekali. Jimat duit petrol !

Yang bestnya vendor company ni takde di oversea. Taklah kena tinggal lagi. Yess! Yang tak bestnya pulak, bila local vendor, selalulah  outstation ke utara dan selatan. Minggu lepas baru pergi, hari ni & esok abi outstation lagi.  Haissssh...nak buat camne, dah kerja.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Citer lain lagi - Sahur

Baru 16 hari  posa dah takde idea nak masak apa untuk sahur. Asyik-asyik nasi goreng belacan, nasi goreng kicap. Along & Angah bising kata sama aje.... 


Nak senang, amik roti gardenia . Gelekkan roti pastu  letak sosej > gulung; celup ngan telur terus goreng . Siap! Esok nak lagi kata diorang..
Senang kerja aku... hehe..







Note : banyaknya lagi nak citer...... err ada ke yang nak baca..maklumlah, senyap aje dua-tiga minggu ni.


Linky's Magical


ShoutMix chat widget