Saturday, January 30, 2010

Merapu aje..

8 kawan yang bezz
Salam rindu buat semua. Memang rindu. Nak jengok salah tak jengok rasa serba-salah. Buat masa ni entri aku tak menentu macam dulu lagi. Bukan sibuk yer ! Dah basi perkataan tu. Jengok mana yang sempat jer.. Sowilah ye..


Kan desktop dah kong kena kilat minggu lepas, jadik nak mereban ke sana-sini limited sikit lah masanya. Nak repair ? Laa..tak berani cakap ngan hubby; kan dia baru jer upgrade ngan tukar motherboard beberapa bulan lepas.. Terbang ongkos dia lagi nanti... Kenapa tak guna duit sendiri ? hehehe.. kafdalkafwauta sikit bab2 macam ni. Tapi tengoklah macam mana.. kalau tetiba tak sayangkan balen bawaununwausin hari tu. Hubby tengah sibuk sekarang ni; aku tak naklah kacau guna lappy dia. haa.. I'm a good wife..kan ?..hehe.. masuk bakul angkat sendirik..

Di ofis; aku sangka tenet diblocked rupanya IT Dept tengah buat server migration maka effect lah tenet-menet ni.. FB saja yang tak boleh access..huhu.. Paham jelah bila company beso, banyak lah tak boleh dari yang bolehnya.. kenalah strictly follow kannn.. cari rezeki.

Apa yang nak dirapu lagi ni... Kejap lagi nak keluar. Nak ke KL @ PJ @ SJ tak tahu lagi. Hala ke KL dah tentu-tentu jammed; sambutan Thaipusam hala ke Batu Caves. Keluar dengan hubby jer. Anak-anak hantar ke nursery. Setengah hari jer. Peluang nak berdua-duaan sekali-sekala... Boleh manja-manja sikit.. hehe.. mengada-ngada pulak kan !


Cari apa ? Nantilah aku citer kalau jumpa...


Till Now.


Tuesday, January 26, 2010

Taksub ?

10 kawan yang bezz
Di Rawang sudah ada Tesco ! Saat-saat yang aku tunggu pembukaannya. Di buka pada 14hb Januari lalu. Taksubnya !.... takdelah..bukan apa, sekurang-kurangnya tak perlu bersusah-payah ke Mutiara Damansara atau ke Selayang yang agak jauh untuk membeli barang2 keperluan rumah. Maklumlah...tinggal di hujung Selangor...


Malam minggu ari tu kebetulan hubby call; aku terus minta permission untuk ke sana bawa anak-anak. Dapat green light aje terus bersiap-siap untuk mengambil Along di kelas tuisyen dan terus ke Rawang. Tiba-tiba hujan turun mencurah-curah dengan kilat sabung-menyabung. Aku teruskan jugak sebab kebiasaannya kalau hujan di kawasan rumah aku; di tempat lain tidak. Betul sangkaan aku. Tiba di Tol Rawang, tak hujan tapi jammed tak hingat. Tak suke betul ! Dua tiga minit teruskan jugak...akhirnya aku patah balik sebab kalau jam 8 malam mungkin boleh tunggu jugak tapi dah jam 10 malam. Anak2 muncung jer mulut bila aku patah balik. Janji dengan dorang untuk pergi keesokan hari.


Pagi Ahad jam 830pagi selepas breakfast terus ke Tesco. Jam 130tengahari sudah ada di rumah. Puas hati. Kalau tiba pada tengahari atau petang, gerenti parking penuh dan kena pusing berkali-kali.


Model iklan washing machine.


Along & Angah xcited nampak semi-auto washing machine ni..


..Main tak kira tempat ..



Leka nengok Pirates of The Carribean.. aku pon !


Along tak habis-habis dgn laptop.. (takde laptop seminggu ni, hubby bawak)


Along masuk password cam kat umah eh bu .!

cubalah kalau boleh... hehe..


Aku berkenan gak ni !..



Desktop kat umah tu... alahai..sedey betul lah.. Malam minggu ari tu balik dari pergi Tesco tak jadi aku cuba on tapi tak boleh. Kena lightning agaknya..huhuhu..sampai la ni masih tak boleh ..kena bodek pinjam lappy hubby lar lepas ni...



nak helicopter ..nanti nak perang macam Avatar lah ibu..

yelah anak2..

* aku suka citer ni ..




.. dua-dua dah boring ..





aku pun ada !..hehe..
kerja Angah lah ni..
dah bulat..tolong!..

sedang menunggu duit dipulangkan
harga ditag berbeza dengan di resit
tunggu... duit tu !


Note : hubby selamat tiba petang pada Ahad. Gembiranya !
Till Now.




Friday, January 22, 2010

Cuba lah.. mesti betul ..

6 kawan yang bezz
Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.


Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:



7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:







a. epal
b. pisang
c. lemon
d. strawberi
e. tembikai
f. ceri







Buah manakah yang akan anda pilih?





Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.










*credit to microsoft.com*











Ini dia jawapannya...




a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih lemon: bererti Anda adalah orang yang suka makan lemon
d. jika anda pilih strawberi: bererti Anda adalah orang yang suka makan strawberi
e. jika anda pilih tembikai: bererti Anda adalah orang yang suka makan tembikai
f. Jika anda pilih ceri: bererti Anda adalah orang yang suka makan ceri




hehehehheh... tertipu ye.. aku kena gak ..








Note : minggu yang kelam-kabut . Sampai demam dibuatnya.. huhuhu…




Till Now.




Linky's Magical


ShoutMix chat widget