Thursday, June 18, 2009

~ Dating dapat Kuey ~

Smalam ngan ari ni aku dapat berdating ngan hubby awal-awal pagi. Dia ada training kat Shah Alam jadi dia anta aku dulu. Dapatlah bekfes (pinjam Tinie pya ayat) berdua-duaan ngan dia... Walaupun stengah jam ...bermakna tul !!

(hubby pun plik naper aku snap pic dia, dia xtau pojek aku lately niy..)
Ari ni bekfes kat depan SK Sungai Buloh jer. Aku ngan Hubby makan sik goweng jer pasal semalam dah makan sikmak (pinjam ayat Tinie gi). Aku ternampak kuey yang memang dah lama aku tak makan.. kuey Serabai. Nama jer camtu tapi rupe tak seburuk namanye..


Teringat kat arwah nenek aku. Kalau ada kenduri kawin kat kampung dulu, masa rewang2 tu kengkadang misti ada kuey ni, pulak tu kena cicah ngan ala-ala pengat kosong. Selera tul makcik...

Kat sini susah tul nak jumpa. Bila dah jumpa, gengang-gendut tali kecapi, kenyang perut pun boley sumbat gi..


Till Now.


6 comments:

suealeen said...

saya pun rindu nak makan kuey ni. nak wat sendiri ada resepi tapi bab tapai nasi tu yang payah nak cari tu...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

suealeen, awak tau gak camna nak wat, leh bagi resepi ?.. tapai nasi ?

suealeen said...

SERABAI

600g tepung beras
1 1/2biji kelapa parut putih (dicampur dengan 1 liter air kelapa untuk mendapatkan 1 liter santan)
200g tapai nasi (kisar dengan sedikit air kelapa)
2 sudu teh baking powder
sedikit garam


Kacau semua bahan hingga sebati dan perap antara 2-3 jam. Gunakan kuali mungkum yang kecil. Jerangkan kuali atas api yang sederhana. Sapukan kuali dengan minyak makan. Curahkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Bila ia naik sedikit, tutup kuali sehingga serabainya masak dan bersarang. Angkat dan letak dalam pinggan.

Buat satu lagi seperti itu. Bila ia masak, angkat dan tangkupkan di atas serabai pertama tadi, Dengan cara begini menjauhkan ia daripada cepat menjadi keras.

Ulang kan sehingga semua adunannya dimasak. Enak dimakan dengan kuah durian (disini kita panggil pengat durian atau nama lazimnya ~ SERAWA). - Resepi ni dapat kat sini.

suealeen said...

tapai nasi buat sendiri la senang kot.. tapi yang benonye malas.. hehe

Noorma said...

ooo..serabai ker namanyer, kita panggil apam lenggang...lenggang lenggang kangkung, kangkung di tepi paya...ewah-ewah..nyanyi plak aku ni...sori azrina...thanks pd kawan tu yg sudi bagi respi, kita pun dh berkurun tak makan !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

suealeen: tenkiu-tenkiu.

noorma: wakakakaka... kita lama gak tak berlenggang...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget