Wednesday, January 20, 2010

Dah Pandai Dahh..

Alahai buah hati pengarang jantung pisang aku. Husna Humaira. Anak perempuan sorang katakan. Yang lelain pun sayangggg.. Sejak akhir-akhir ni Adiq dah pandai melawa melaram. Bila mandi pun nak mandi sendiri. haa..memang kena perhati, kalau tak habis dimandinya dinding & sinki bowl dengan syampu. Pakai panty,baju,suar, sikat rambut, gosok gigi . Pokoknya semua bagai dia nak buat sendiri.





Al-kisah pada satu pagi. Aku tengah perhati dia menggosok gigi. Kena beritahu... step-by step.


Adik kena buat ngeee.. gosok... kat depan..
haaaaa..gosok kat dalam pula... haaaa lagi ...kat dalam belah sini...
haaa lagi besarkan mulut..pusing berus ..gosok kat atas...

...bukan dia pusing berus tu ke atas tapi kepala dia pulak didongakkan ke atas .. haha..

"eh..salah pulak" kata dia pastu dia ketawa..



Dah habis gosok gigi suruh dia kumur pulak. "Kumur takmo telan tau.." setiap kali kena pesan. tang ni ikut mud dia.. kengkadang habis disemburnya air tu keluar dan kengkadang ditelan separuh.. Bila tanya dia kata "shedap lar ibu.. manis.. ". hehe.. Aku katalah tak elok nanti sakit perut.. Dia jawab "kalau sakit pewot adik berghak lar"... ..Adeh.. ada je jawapan dia.. ikut siapalah ni? sapakah ?.





dah siap pakai baju, sikat rambut dan tepek bedak pastu tayang gigi.
Tanya aku cantik tak dia.. Alahai.




Sekarang ni dah jadi assistant tak bertauliah . Setiap kali siapa yang tak tutup lampu, kipas, grill dan pintu dia akan bersuara. "Siapa yang tuwun tak tutup lampu dengan fan ni? Jangan bazir lah. Nanti bayar mah-hal." Bila dia dah bersuara siapa yang tak mengaku atau jawapan yang melalut dia akan cubit.. angah & hubby yang selalu kena .. Cubitan dia boley buat Angah menangis. hahaha..



Sejak dua minggu ni.. Ada dua ayat yang dia asyik cakap. Satunya bila tengok mainan atau buku bersepah-sepah.. Dia dengar dari pengasuh kat nursery agaknya.. Dia boleh kata "Ya Allah ; Ya Tuhan Nabi.... kenapa lah shepah-shepah ni..! Lagi satu kalau apa-apa terjatuh dari tangan dia.. Oh! Mak Cot !.. Terkedu aku dengar.. betul2 macam mak nenek ni ! Lawak pun ada; budak umur macam tu dah pandai membebel.. kalahlah ibu dia dan dah pandai melatah..

Hubby senyum jer tengok dia, terus dia terkam. Tak boleh abah dia senyum sikit tak kira waktu ..macam nampak boyfren lagaknya..termalu-malu sambil mengangakan mulut dia.



Alahai anak.





Till Now.





10 comments:

ashie023 said...

wakakkaka
ia jawab "kalau sakit pewot adik berghak lar"... ..Adeh.. ada je jawapan dia.. ikut siapalah ni? sapakah ?.

mak dier ke camtu??keke

LiNda said...

ekekeke....

yang kelakarnya siap ajuk ..

"Ya Allah ; Ya Tuhan Nabi.... kenapa lah shepah-shepah ni..!

comel gile molot dia kannns..

My Life My World said...

Lawak lawak ... hehehehe, anak bongsu Rina yer. Kita ni kan memang lebih rapat dengan anak bongsu kut. Bukan tak rapat dengan yang lain, tapi kemesraan dia lain macam.

Kekadang akak rasa tak nak bagi anak bongsu membesar, biar dia comel macam tu sampai bila-bila, idea giler hahaha, tapi nau'zubilah tak nak lah tak membesar lak. Tapi bebudak baya gini seronok layan dia orang borak, sebab jawapan dia tak tercapai dek akal kita kan.

sI tEDI said...

he he he..
dah besar dah adiq~~

dah pandai nak lawa2 ek?

sueanne said...

hahaha..adiq.adiq..ikut bebel ibu die la tue..sampaikan leh nangis angah tue ek kak..mmg betul adiq cubit la tue..hahaha

sama cam anak2 buah sue..suke sangat membebel cam mak die..kemana tumpahnye kuah klu tak ke nasinye..heheh..

zaradgreat said...

fuiyoooo
dah pandai melawa2..
macam anak buah kte la kak.
tau nak tengok dalam handbag makcik2 dia nak amek lipstick, compact powder segala bagai.

adei.
pening2.
hehhehehe

tape2.
menda tuh lah kelakarnye.
record, dah besaq nanti tunjuk sama dia.
kecik2 dah pandai melaram
ahaks!

Pocket said...

hahahah! pocket duk gelak sorangsorang,
memang cute sangat anak anak bila duk membebel cenggitu:)

siap buleh marah tak tutup fan lg tuu:D

tang 'Owh! mak cot!!' tu tak tahan.. heheh

pocket tak sampai situ lg.. nanti^^

indahhouse said...

salam kak rina,
hihihi. sonok baca karenah anak dara. kalu dah besar skit nanti, tudung mak dia pun, nanti dia pakai.Husna dah umo bape kak? :)

Kapten Luffy said...

alahai comelnya anak

Dak Wan said...

Best layan keletah bebudak nie.... tapi bab menyepah yg kengkadang tak tahan tu. Hehehe

Linky's Magical


ShoutMix chat widget