Tuesday, June 21, 2011

Lelong ! Lelong ! Macam-macam pun ada...




Gambar 1 : dua tahun lepas sejak diorang pindah masuk
Tembok jadi tempat rak kasut anak-anak dia 
Aku tak suka  bila orang laki orang suka sangat pandang dalam rumah
Dalam rumah sendiri pun rasa tak selesa nak berlenggeng
Jadi, tahun lepas tembok pemisah didirikan.

Gambar 2 & 3 : baru-baru ni

Tak sensitif.. kan ?
Kengkadang tu kain buruk pun ada.
Abi  kata kalau dia jemur cadar, dia nak paku kan ... hehehe



Bukan apa..tak sedap mata memandang..
Yang peliknya depan & belakang rumah diorang ada tempat jemuran.
 Aku sendiri pun tak buat macam tu.



Semalam baru aje abi bersihkan longkang belakang rumah yang tersumbat.
Baunya..... huh.
Merungut  dia bila tengok macam-macam pun ada...
Jiran aku  ni suka basuh pinggan mangkuk kat belakang rumah.
Habis basuh, sampah sarap tu habis dibuang dalam longkang.




Nak aje masa berborak aku bagi tahu pasal longkang tu. Ok tak ?

50 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Reen,

Susah juga kalau dapat jiran macam nikan.

kakngah said...

kene bagitau k.reen. tu sume penyebab longkang tersumbat dan boleh jadi banjir gak tu....
cuma, cara nak bagitau tu.. kene la cara yg berhemah. takut dia salah paham lak...

Cik SHiNJU said...

Sama la kita kReen...
Jiran x sensitif..
Baik tu baik tapi buat mende2 x mikir ke orang lain..huh..

Acik Erna said...

Assalam reen..leong lelong tu ada ke yang nak beli..he he.
macam2 hal jiran kan reen.

Cik Ina Do do Cheng said...

kenapa cam tu, tak de sivik langsung.belilah rak kasut, kang kalau orang tegur dikatanya sombong.fed up orang yang tak de perasaan cam tu.

kaklong said...

ni lah salah satu masaalah berjiran..nak ckp slh..tak ckp slh...!!

ainnoraini said...

mmg tak suke betul kalau dpt jiran macam tu..rimas jer..

nasib baik jiran rmh kite tu ok jer...

cume tak tahan ade jiran selang 2 pintu bela kucing...rase nak racun jer kucing tu...buat jamban kat rumah kite tu...

anitaare said...

Assalammualaikum reen,

mmg susah dpt jiran camni kan..takut kalu salah cakap nti lgsung x bertegursapa pulak kan..hidup berjiran kenalah berbaik-baikkan..jd kenalah cakap berhemah..insyaAllah moga smuanya baik ye

kalu dah cakap baik2 tp tak berubah jugak..hai mmg jiran tak reti bahasa lah tu..

aNiS tHe BumbleBee said...

ayoyoyo!! ini yg aku risau nk balik nnti ni. camne laa rupa jiran aku nnti agaknya ye..

eni said...

salam reen...memang mcm mcm perangai jirankan....yg sikit sikit tu kita pejam mata la kan...tapi yg jenis tak faham bahasa tu yg kadang buat kita pening....org kata ...kawan boleh kita pilih...tapi jiran kita tak boleh pilih...

Piasara said...

"masalah jugak kan..kalau nak cakap takut terasa ker jadi gaduh ker..tak cakap lagi masalah besar..adoii.."

Ms.Lilies said...

aaaaa tu yg tak syok tu kak...
kang kot sound lelebih marah plak depa kan

kasihredha said...

fuyoooo...
jual kasut & seluar ke??
serba salah betulkan..
tegur salah tak tegur salah

Yunus Badawi said...

Bagitahu aje. Tapi dgn cara yg baiklah.

Yunus Badawi said...

Hidup berjiran ni kena banyak sabar. Kalau tak mmg dah lama gaduh huhuhu

Yan said...

huhhh!!! susah kan kalau dapat neighbor cam ne.. apap kata kalau azrina letak pokok or pasu bunga atas tu...heee

Kak Aya said...

salam kenal,

susah hati kita kalau dapat jiran macam tu...kawan kak aya pun ada jiran mcm ni.last2 suami dia buat tembok tinggi menjadi penghadang.

Uncle Lee said...

Hi, it can be disgusting to see washing or laundry being aired for whole world to see.
Should be hung out at the rear of house instead of front.
Love your humour, ha ha.
Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

Sz said...

kak reen, saya sokong cadangan k yan tu!
kalo tak kena naikkan/tinggikan lagi tembok cina la kot..heeeee ... ;p

indahhouse said...

Salam kak reena,
alahai... sedihnya ada jiran macam tu.

en_me said...

bengang kanns.. uhuhu

nurkass said...

macam mana lah pemikiran diorang ni..boleh pulak disusun kasut kat atas tu..

letaklah something kat atas tu kak reen..mcm ape yg kak yan cadangkan tu..pastu tgk reaksi dia..

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

huhu...loteh la dapat jiran camni kan kak....



paku jgn tak paku......




:))

Jiejah @ Iza said...

susah kalau jiran x de hati ni .. paku kan ajek cadar dia ekekeke kuar tanduk .

Zaitun said...

Dulu jiran sebelah rumah kak Zai pun macam tu jemur tikar atau karpet kat tembok sempadan berbau pulak tu lepas tu kak Zai bina tembok tinggi.

Kat belakang rumah pula guna pintu belakang buang segala dalam longkang yang terkejutnya pampers pun ada.
Lama2 kak Zai dah hilang sabar pergi jumpa sekarang dah takde.

noor said...

hi kak reen
ayokkkk kalau nor pun bengang ltk byk brg cam tuh..grrrrr
sgala mcm nk ltk adoiii

DrSinga said...

ramai ke anak dia?
banyak nho kasut..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kunang-Kunang;

Wa'alaikumuissalam Kak



kena bersabar ajelah...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakngah ;

yelah kann..



*teringat pulak jiran kak ngah yang memasak tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Cik SHiNJU ;

kita sama, kannn...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wa'alaikumussalam Acik Erna ;

hehehe... kena jual pada bangla kot kak...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Cik Ina Do do Cheng;


tulah kak..
pelik betul.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kaklong ;


setuju!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ainnoraini ;



Kes kucing pun dia jugak Ain. Kena lepa simen kat luar pagar. Kucing2 tu pulak berak kat rumah hujung (kosong) pulak.

Budak2 suka main kat situ.... grrrrr jugak tu.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Anitaare;
Wa'alaikumussalam kak.

InsyaAllah kak.
Timaseh. ;o)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aNiS tHe BumbleBee;


meh aku jadik jiran ko.
nak ?


haha..

cemomoi said...

nak kena buat MoU lagi satu nampaknya, itu hari BPA MCA ke yang buat pasal tak sebulu dengan jiran takde otak

blackcardomompods said...

Reen,suh hubby bina jerucuk yg tajam2 atas pagar tu,konfem xleh jemur sb tajam or up kn pagar bg tinggi pun xleh.yg tak syoknya bila guest dtg umh kita,konfem dia ckp itu kita punya.adehh mcm duk kg dn rasa org kgpum xbuat gini

gadisBunga said...

jiran tu menyewa ke atau mmg beli rumah tu. kalau menyewa senang sikit nak sound. tapi mmg takde common sense betul la sesuka hati buat cenggitu~

ibuintan said...

reen,

tembok tu sapa yg bina... susun aje pasu-pasu bunga kat atas tembok tu , tentu diorang tak dapat nak mempamerkan harta benda diorang kat situ

hahaha... nasib baik bukan barang2 yg kecik tu dia jemur di situ

Ann Huda (Ate) said...

Di tegur takut kecik hati sdgkan kita berjiran. Tak tegur...aduh...kita yg jadi makan hati. Serba salah kan?

amaniammar said...

salam.. kenal...

erm..da jug jiran cm gini erk...
kdg kena xplain tp kena dgn cara menegur..

saat waktu kdg perlu meluahkan dari kita makan hati...silap sedara mara dtg x sedap mata memandang...k.reen

julietchun said...

jiran sepakat membawa berkat :P

azian said...

kak reen...
suh je dia baca blog akak...hehehehhe

Cik Pah said...

betul kata kak ina - takde sivik punya orang..

sound jer kak.. mana tau dia akan berubah..

Ku Tak Sempurna said...

yang mana2 berkenan tu, bole la 'kait' dan pakai

hahaha

ana said...

adoyai...mcm ni pun ada ka, boleh sakit kepala dpt jiran mcm ni.

Ati Masrif said...

payahlah berjiran dgn org mcm gini

diapun beli rumah ke sewa?

afzan said...

memang susah kalau macam ni.

Lovely Kitchen said...

masalah longakang yg sama dgn e-na...jiran belakang alurkan air basuhan sinki terus ke longkang...kejenya masa kt mesia den la tukang cuci sbb xleh tgk longkang kotor...sbnarnya sinki kt perumahan e-na tu masuk dlm longkang kumbahan/ tertutup. Aci ni je plak wat sendiri ke luar...geram! ni tak tau pe citer...susahlah nak tegur benda2 mcm ni..silap2 kang bertahun masam muka...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget