Friday, December 23, 2011

Genap Seminggu : Kebakaran Yang Ada Hikmahnya

Genap seminggu insiden ni.
Alhamdulillah tak melibatkan nyawa.
Balik kerja, ambil anak-anak macam biasa di nursery lebih kurang jam 710 malam.


Along buka pintu  dan  jerit ... "ibu ! rumah ada asap...api kat dapur"
Aku dah mula panik,  ambil fire extinguisher di belakang pintu..
Allah hu akbar.. terketar-ketar sampaikan tak tercabut pin.... aku lari keluar.
Tengok keliling.. jiran yang lain;  tak balik lagi..
Aku terus ke rumah jiran selang sebuah rumah yang baru pindah
Alhamdulillah suami & ayah jiran ada
Fire extinguisher yang ada...kecik  jadi api masih tak terpadam
Mereka siram guna air sementara aku berlari  keluar lagi..
Kebetulan jiran selang dua buah rumah baru balik dari pasar malam.
Gunakan fire extinguisher jenis powder & besar...
Syukur ya Allah..api padam.


Abi sampai lebih kurang jam 7:50 malam.
Call bomba & TNB untuk pantauan.


Terima kasih tak terhingga buat Normahayuda & suami (jiran selang dua buah rumah)
Malam tu makan malam & tempat tidur kami di sediakan di rumah mereka.
InsyaAllah jasa korang berdua akan kami balas.



Lepas seminggu baru boleh kemas di bahagian dapur.
- tunggu bomba datang untuk tindakan susulan
- tunggu insurance adjuster datang evaluate kerosakan





1/2 jam lepas sampai










30 biji telur masak sepenuhnya!

baju-baju dalam almari penuh debu


dinding ruang tengah bahagian atas 


kesian dia.... penat bekerja

tak tau boleh guna ke lagi hi-fi tu.
serupa cat siling warna hitam

yang putih jadi kelabu

hantar ke dobi yang mana perlu

Dua hari lepas insiden ( Ahad )
Anak-anak hantar ke rumah emak

Minta tolong 2 orang cleaner di ofis
Buat mana yang sempat  dalam tempoh 4 jam

buat sementara..

sampai ke hari ni masih di luar..


Add caption

mungkin dari sini .

en QC in the house... hehe..

dapat staff price dari kakak.
murah !

tinggal ini aje..

semalam
seminggu berlalu.... rumah masih berbau asap...




Hari Jumaat balik lambat sebab cuti hujung minggu tu  kami sekeluarga akan ke Langkawi dari 17hb - 22 hb Disember.
Bila dah jadi macam ni... tak rasa pun nak pergi.
Kesian anak-anak.

Aku call Air Asia dan bagi tau sebab-musababnya.
Kalau ada rezeki dapatlah refund kalau tak .. ... redha ajelah..



Boleh tengok gambar-gambar yang lain di sini :-https://www.facebook.com/media/set/?set=a.338376559512930.99998.100000217659346&type=1
dan sini
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.341434519207134.100726.100000217659346&type=1






Note : mohon maaf pada kengkawan. kotak komen ditutup pada entri sebelum ni atas sebab yang tak dapat dielakkan.

31 comments:

gadisBunga said...

innalillahiwainailahirojiun.

apa punca kebakaran kak? syukurlah semua orang selamat.

*bila baca entri ni saya rasa perlu juga semua orang ada fire extinguisher kat rumah~

tasekM said...

nasib baik yu n family tak apa2 reen...

bertabah ye kawan.




.

Queen said...

masyaAllah kak..syukur semua tak ada apa2.. harta boleh dicari.kalau perlukan apa2 bantuan jgn segan2 hubungi nik..

mak encik | SZ said...

Allahuakbar!

semoga Allah terus beri kekuatan dan ketabahan kepada kak reen n family menhadapi musibah ni ...


huhuhu..
tumpang sedih kak...

~ yus ~ said...

Ya Allah. Apa punca dan musabab ya reen. Takut tengok, apa pun alhamdulillah tidak merebak teruk sampai semua rumah hangus. Dan yang paling penting semua keluarga selamat.

Tumpang sedih sama, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Harap reen dan keluarga tabah ya...

amirah said...

mujur takde apa2..apapun takziah..moga tabah atas musibah ni..tp apa puncanya ye..

Cikpuan rara said...

sabar ye. =(

Yunus Badawi said...

Nasib baik takde yg cedera. Barang2 tu bila ada rezeki nanti boleh diganti pelan2.

Apa punca kebakaran tu?

My Life My World said...

Tengok tajuk jer pun akak dah panik. Syukur Alhamdullilah Reen sekeluarga tak apa-apa. Dan mujur Reen cepat sampai rumah. Dan tak merebak banyak. Allah nak menduga ... ada hikmah di sebalik segalanya ni. Sabar yer dik.

JunAina said...

Alhamdulillah cepat sampai rumah, kalau tidak semakin banyak kerosakan akan berlaku. Apapun inilah dugaan buat kita sebagai hambanya, ujian dalam menghadapi hidup.

littlehumblelynn said...
This comment has been removed by the author.
littlehumblelynn said...

allahhuakhbar

sedihnya membaca cerita musibah ini

smg awak & family tabah

yang penting tiada kemalangan jiwa & api dpt diselamatkan dr merebak

sabar yek

kaklong said...

anggaplah ni salah satu ujian dari NYA>>>
mungkin ada hikmah disebaliknya...

Huda said...

ya allah kesiannya..harap bersabar yea..semua ni ada hikmahny, yang penting semua ahli keluarga selamat kan..

suri solehah said...

innalillahiwainailahirojiun....terkejut baca reen..moga reen dan keluarga sabar dengan ujian ini...betul kata reen..ada hikmahnya..

indahhouse said...

Salam kak Reena,

Melihat gambar... saya dapat bayangkan perasaan kak reena. Ya, sbb rumah kita.
Syukur Alhamdulillah, kak dan anak2 selamat. Saya fikir, betapa pentingnya fire extinguisher dan fire insurance rumah.
Teringat adik ipar yg sekali hilang motor, insurans ganti duit, kemudian hilang lagi baru2 ni. Beli baru dan claim lagi. ya Allah.. Moga selamat semuanya.

"Wahai Ummu Salamah, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa suatu musibah, lalu mengucapkan innaa lillahi wa inna ilaihi raaji'uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali), kemudian berdoa,
Allahuma'jurniii fii musiibatii wa akhlif lii khairan minhaa'
(Ya Allah, kuniakanlah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan kurniakanlah sesuatu yang lebih baik daripadanya), melainkan Allah akan mengabulkan doanya."

cheqna said...

mujur akak sekuarga tak ada pape..
nanti citerkan punca nye ye kak

kasihibu said...

semoga reen sekeluarga tabah...

YATZAKIE said...

kak,sabar ye..yat rasa sedih bila tengok kejadian ni....syukur semua family akak selamat.....

eLLy said...

Tak dapat ku gambarkan dugaan yg ko tanggung, ade hikmah di sebalik kejadian..

Zaitun said...

Allahuakbar...

Alhamdulillah tak melibatkan nyawa.kak Zai harap Reen banyak bersabar diatas mdugaan yang menimpa.

azieazah said...

Allahuakbar REEN.

Syukur anak-anak sekeluarga tidak cedera.

Bawa bersabar ya. Moga ada hikmahnya nanti.

Tengok gambar, memang banyak kerugian tu. Tapi asal anak2 selamat, alhamdulillah.

Moga segalanya dipermudahkan.

Yanti Othman said...

salam reen

alhamdulillah keluarga semua selamat.. ada hikmah di sestiap sesuatu kejadian.. bersabar dan bertawakkal ye..

Ladysirna said...

salam reen,

syukur family reen semua selamat, banyakkan bersabar ye, ujian dari Allah..

wahida said...

Ya Allah kak...

bykkan sabar yer...
ingat nak jenguk ko hari Sabtu lepas, ko lak gi Melaka....huhu...

Dee said...

Subhanallah..mmg terukkan sis..nasib baik reen sekeluarga selamat..pelan2lah sis..berat mata kami memandang, berat lagi sis yg menanggung..bersabar ye..

It's All About Me said...

Allahuakbar..semoga Allah memberikan kekuatan.Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..

Salam perkenalan

- GC - said...

sabar banyak2 kak.. mujur semua tak apa2 kan..

Queenie said...

salam azrina...apakhabar sekarang?

take it easy dear...akak pernah alami perkara gini dulu...berjangkit dari rumah jiran yg terbakar, rupanya Allah nak ganti ngan yg lebih baik....

so redha membawa baroqah...ujian yg teramat kecil bg kita....sabar ya.

Kak Long Mawar Merah said...

Takziah Reen.
Syukur Reen sekeluarga selamat.

aswadz said...

nsb baek ada fire extinguisher. punca kebakaran?

Linky's Magical


ShoutMix chat widget