Adakah ini tanda-tanda awal harga petrol akan naik ??
Mungkin ya mungkin tidak. Semalam buat kali ketiga aku mengepam petrol menggunakan RON95 setelah sekian lama menggunakan RON97.
Harganya memang murah dibandingkan dengan RON97. Harganya RM1.75 seliter dan hari ini harganya dinaikkan sebanyak 5 sen seliter yang menjadikan RM1.80 seliter. Untuk lebih lanjut, boleh baca di sini.
Walaupun sebanyak RM5sen dinaikkan pasti terdapat perbezaannya. Kita tunggu dan lihat samada harganya akan naik lagi dalam tempoh terdekat.
Harap-harap harga petrol tidak naik lagi seperti tahun lalu yang mencecah RM2.78 seliter. Seram mendengarnya... kerana pada waktu tu aku telah mengisi RM250-RM350 sebulan dan hubby RM400-RM650 sebulan.
p/s: aku hanya bergerak 70km pergi-balik berbanding dengan hubby sebanyak 145km pergi-balik setiap hari.
Till Now.
2 comments:
fuyoh, kira kira terperinci tewww..
en_me:
jaga kewangan keluarga katakannnn...hehehe
Post a Comment