Saturday, September 26, 2009

:: Dugaan Di Lebaran Tahun Ini ::

Pada Raya Kedua: Kak Long, Kak Lang, aku, & Azura sibuk di dapur dari pagi hingga ke petang sebab adik2 mak dari Melaka datang, maka kami tak jadi ke Melaka. Datang dalam 20 -25 orang... memang penat sangat.


Malam tu bawak adiq ke klinik sebab nampak ruam tebal kat leher dia. Doktor suspected chicken pox atau measles. Doktor beri ubat demam dan tahan gatal bagi melegakan sakitnya.


Pagi raya ketiga, on the way balik ke kampung hubby, kami singgah di klinik yang sama untuk minta calamine lotion untuk disapu pada kulit Adiq. Doktor kata ruams tersebut bukan simptom chicken pox atau measles. Doktor refer ke specialist.


Kesian kat hubby sebab tak jadi balik kampung dan tak rasa lemang MIL tahun ini. Pusing satu Kajang cari speacilist tapi semua masih cuti. Hubby cuba telefon Hospital Pusrawi KL, Putra Medical Centre dan beberapa panel company tapi jawapan memang mendukacitakan.. Hanya Specialist di Kajang Medical Centre sahaja akan mula bekerja pada malam raya ketiga jadi kami pulang semula ke rumah emak.

Pada malam tu Adiq tak boleh tidur dari jam 2 hingga ke 6 pagi. Menangis kesakitan. Hubby ambil tuala yang direndam ais lap di badan Adiq bagi melegakan sakitnya. Aku dan hubby tak tahu nak buat apa bila tengok keadaan Adiq... hinggakan aku turut menangis tersedu-sedu barulah Adiq perlahankan tangisan dia... Hubby pujuk dan beri susu barulah Adiq tidur.


Bila Adiq dah bangun keesokan harinya, kami ke hospital kerajaan. Bukan tidak mahu memilih hospital kerajaan pada awalnya tetapi hubby fikirkan keselesaan di hospital swasta ditambah lagi kanak2 boleh keluar masuk tanpa sekatan.



Tiba di bahagian kecemasan pada jam 2 petang. Kami bernasib baik kerana tidak ramai pesakit hari tu. Dalam jam 430petang Adiq ditempatkan di wad pediatrik. Setelah membuat pemeriksaan, keputusan tisu dari kulit Adiq akan diperolehi dalam jangkamasa terdekat. Buat masa tu doktor hanya mengatakan skin infection sebelum sakitnya disahkan.

Aku dan hubby bergilir-gilir menjaga Adiq di hospital. Along dan Angah ditinggalkan di rumah emak. Kesian pada kedua-dua anak aku tu tapi keadaan tak mengizinkan.



Semalam hubby meminta kebenaran agar Adiq ditukar ke hospital berdekatan rumah memandangkan minggu hadapan sudah mula bekerja. Aku bergegas ke rumah emak pada jam 4 petang untuk mengemas baju2 yang hendak dibawa pulang. Tiba di Hospital Kajang pada jam 640petang terus ke Hospital Sungai Buloh.


Kak Long mengajak emak ke rumah Kak Lang jadi aku tidak perlu risau mengenai kedua-dua anak aku tu kerana emak membawa mereka sekali.

Tengahari Sabtu FIL & MIL dan juga Kak Ndak & Famili datang melawat Adiq. Tersenyum-senyum jer Adiq tadi bila ada orang melawat dia. Sekejap-kejap Adiq ambil baju untuk tutup muka dia..Malu agaknya..


Pada masa aku menaip ini, baru jer selesai bercakap dengan Adiq di telefon. Adiq masih di hospital ditemani hubby. Aku pulang untuk berehat setelah beberapa hari tidak cukup tidur. Bila sampai di rumah tanpa anak2 dan suami di sisi memang sunyi. Tak boleh bayangkan hidup tanpa mereka .


Esok aku akan ke hospital semula. Aku juga akan menunggu Along dan Angah dihantar oleh Pak Cik mereka.
tanda2 bermula di leher dan mulut
selepas proses pemeriksaan, Adiq tido kepenatan..
Seluruh muka berparut akibat dari peel-off dan garu.
kesian kat Adiq bila dia tengok cermin dan kata yang dia dah tak cantik...

Di Hospital Sungai Buloh. Doktor mengesahkan Adiq menghidapi SCARLET FEVER dijangkiti Streptococcus Bacteria. Tak pernah aku dengar sebelum ini.

Adiq kelihatan sihat di sini.
Kesemua kulit bahagian badan beransur kering dan mengelupas.
Faktor persekitaran yang sejuk turut membantu.



Gambar yang disnap pagi tadi.


INFO TENTANG SAKIT ADIQ SILA KLIK


Till Now.

13 comments:

LiNda said...

Salam Rina..

Aduhai.. saya terasa keperitan Adiq dan kesayuan yang awak rasakan .

Moga Allah permudahkan urusan awak sekeluarga . aminn..

@--- Sueanne ----@ said...

alahai siannye adiq..mesti tergaru2nye die..

first time sue dgr SF tue kak..tadi ade tanye adik sue..patutla die tgk kt pc die ari tue, ada budak kena admit pasal SF..xsangka adiq yg kena..die kate mmg jrg org kena penyakit SF ni..die pun xpernah treat SF ni..

kalau die ada kt situ, boleh die tengok kan adiq..tapi skang turn die kena g emergncy selama seminggu..baru balik ke paed balik..

erm..adiq discharge bler kak?..alhamdulillah adiq makin sihat..semoga die cepat sihat macam sediakala..

sI tEDI said...

alahai kakrina..
semoga adiq cepat sembuh...

harap adik ceria2 walau dalam kesakitan...

semoga kakrina tabah hadapi dugaan.

Watierman said...

Salam azrina..moga adik cepat sembuh dan rina tabah menghadapi dugaan dengan penuh keredoaannya!

ashie023 said...

salam..kak rina..
hengatkan adiq xciden, ..
semoga adiq cepat smebuh..

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...semoga cepat baik no...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda:

Timakasih ye..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Sueanne :

Timakasih for the concern ye...

Memang tergaru2 sbb kulit dah kering. Adiq discharge petang Ahad, doktor kata demam dia dah surut dan suh continue antibiotik kat umah kalau Adiq senang makan ubat.

Owh ye ker... yg KRina ingat doc yg treat Adiq ari tu baru2 lagi rasanya..Doc Dinie, Doc Ying dan bbrapa lagi yg jengok dia.. Sr. Indian lady Doktor pon ada.. Sr dan Big Boz Chinese doc pon ada..Ramai sungguh ..mungkin ini rare case kott..

KRina sambung cuti selasa dan rabu, hubby khamis dan jumaat. Ubat yg diberi tu kena habiskan dlm 4 hari niy.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Watie :

Timakasih. Moga Allah permudahkan kami dan Kak Watie sekeluarga juga.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ashie023:
Memang Adiq accident tapi dengan bacteria Streptococcus tuh... berbelit nak sebut..

Alhamdulillah .dia beransur sembuh.
berkat doa famili dan kawan2 di alam maya ni juga..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ted:

sori yer.. td dah komen tp tak kuar pulak..

Trimakasih. Siapa sangka hari ni baik dan esok sakit kann...

Kuasa Allah . Kita kena redha aje.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Alimaz :

Alhamdulillah. Adiq dah ceria macam biasa hanya kulit di seluruh badan masih mengelupas lagi...

Dah rindu nak jengok kawan2 di alam maya niy..

Wan Amalyn said...

Alaaa ciannya kat Adiq =(
Na... Adiq dah keluar ward ke belum?? sorry tak perasan... =(

Maklumlah blurr beraya sakan... + line internet kat kg slow yang amat... langsung tak sempat nak 'jenguk-beraya' kat rumah kawan2.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget