Saturday, December 26, 2009

Anak Anugerah Yang Tak Terhingga Dari Yang Maha Esa..

diterima dari email untuk dikongsi bersama.

Allah anugerahkan anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau abahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab kami.

Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya.

Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati – hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung. "Dah sembahyang?" suami saya bertanya. "Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya. "Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran. Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..Adik boleh usaha lagi." "Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut. "Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya. "Apa.. asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk. "Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!" katanya …"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!" kata dia lagi. "Betul tu..." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni." "Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar…mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik. "Adik...... tak baik cakap macam tu dengan abah.." saya berkata perlahan. "Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya. Tiba-tiba tangisannya terhenti. Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.


"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya. "Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar kasih sayang ," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara. "Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.

"Kerana kasih sayang lah Adik lahir dan kerana kasih sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan kasih sayang . Adik tak besar dengan duit!", kata saya lagi. Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir. Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan abahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu... terharu sungguh.....

Begitulah indahnya dan hebatnya kasih sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi,

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,kalau tidak kerana kasih sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini........"

Manusia yang hidup tanpa kasih sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk.

" Wahai Tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang mengharap belas darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia " .

Note : Turut sebak terus teringat pada Angah.

Till Now.

8 comments:

sueanne said...

teringat mase sue kecik2x dulu..same age ngn budak tue..suke membandingkan keluarga sendiri ngn keluarga org lain..kekadang sblm tido, mesti pikir, kenapalah sue dilahirkan dalam keluarga yg susah..kan best klu hidup dalam keluarga yg kaya..

tapi bila dah besar ni kan..memang sue syukur2x sangat lahir dalam keluarga ni..

keluarga yg susah, yang menjadikan sue lebih prihatin ngn orang-org sekeliling..sensitif dgn org yg susah..
keluarga yg susah, yg menjadikan sue berjaya sekarang..
keluarga yg susah, yang mengingatkan sue dgn kesusah mak ayah sue dulu..

memang sedih kalau anak yg dikandung berkata begitu..selamat ibunya pandai berkata2x..

thanks kak cz sharing citer ni..:p

ashie023 said...

i can't help it..
i cried..

ank yang kecik..
dier masih x tau ape itu kesusahan..
nanti bile dier besar sedikit..dier akan tau kesusahan dan kasih sayang yang sebenar..

sI tEDI said...

tapi.. anak mudah faham... maksudnya.. anak2 yg masih kecil..

kalau sudah besar panjang memberontak.. memang kita akan pening kepala.

:)

jane said...

kak rina....

sedih baca citer ni..
bezanya anak2 zaman skrg..

sentap juga sy dgn statement budak nie..kalo ibu yg tk sbr mgkin sudah dimarahi..

mujur sj ibunya bijak brkata2

Goldman said...

untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

terima kasih

LiNda said...

Salam Rina...

and... begitulah kita sebagai ibu . Kena bijak dan bersedia memberikan jawapan yang kritis utk anak-anak .

Now, anak-anak semakin bijak dan pandai . tinggal lagi kita kena 'baikkan' mereka sahaja .

en_me said...

sebakk ghitewww.. uhuhu

zaradgreat said...

salam.
tq for sharing this entri
sangat sedih!
T_T
bergenang sekejapan air mata.

kadang2 anak2 tak paham
kadang2 mereka cakap memang lahir dari hati.
sabar lah.

mereka tak faham sekarang
tapi mungkin akan faham satu hari nanti.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget