Tuesday, December 22, 2009

Sekembalinya dari Cuti-Cuti Malaysia…. macam-macam citer ada..

Kami sekeluarga ke Port Dickson, NS pada cuti sekolah kali ini. Bertolak dari rumah jam 5 petang pada Jumaat lalu dan tiba di PD jam 840 malam setelah menempuh hujan renyai dan lebat dan yang paling bez sekali terjebak dengan kesesakan di highway sebelum tol Seremban, sampai aku yang dok sebelah tersengguk-sengguk mengantuk... Hanya disebabkan dua biji keta accident ...panjangnya jammed berkilo-kilometer.... huissh...rakyat malaysia ..prihatin sungguh !

Kami tinggal di Corus Paradise Resort di Batu 2, PD. Tempahan telah dibuat pada bulan Julai lagi....awalnya kan... terpaksa.. Kalau tidak, memang tiada tempat pada musim cuti sekolah ni...


Setibanya di sana ...mak ooi…macam di tempat jual keta terpakai pulak.. banyaknya keta…hinggakan tempat parking memang takde.. kalau boleh lipat..aku lipat keta bawak naik apartment... *mulalah nak merepek ni..*. Kami yang sepatutnya check-in pada jam 3 petang tiba di malam hari; maka …sendiri mahu ingatlah kann.. Hubby pusing beberapa kali dan akhirnya dapat juga tempat ..di sisi jalan di luar kawasan hotel.. illegal parking..kalau polis trafik ada ..memang kena saman sumer keta-keta tu... adalah dekat 30 biji keta yang parking di kiri dan kanan jalan…

Keesokan harinya yang paling gembira ialah anak-anak…sampai kecut bibir dan jari dorang mandi. Dari swimming pool, ke laut pulak…pastu ke swimming pool semula dari pagi hingga ke petang; hanya berhenti untuk makan jer… Tak habis mandi dorang dah kata..lenkali nak pergi lagi ... *yelah..anak-anak; ibu& abah memang tukang cop duit... boley saja..*


Bila dah terasa lapar, naik atas; mandi-bilas pastu gerak ke tempat makan berdekatan..sepanjang jalan jammed tak hingat… tempat makan pulak punyalah ramai manusia... sampai kena queue tunggu . Kesian anak-anak..dan nasib baik ada bun.. dorang makan dulu bagi alas perut... Ingatkan dapat lari dari jammed dan sesak-mesak ni… mana-mana pun ada…


Sepatutnya check-out hari Ahad tapi masing-masing dah kepenatan dan anak-anak dah puas berendam. Hubby tanya samada nak ke rumah nenek atau balik terus.. Dorang pilih ke rumah nenek … *sukalah aku…siapa tak suka ye?…dapat jumpa emak lagi * jadi malam minggu tu check-out dan terus ke Semenyih, rumah emak. Mungkin pada tahun hadapan kalau hendak bercuti; pilih pada hari-hari biasa sahaja dan bukan pada cuti sekolah. Yelah.. setelah terkena dua kali tahun ni iaitu pada bulan Ogos dulu di Cameron Highlands dan kini di PD…rasa tak berapa enjoy the holiday..



Note : Tiada pembayaran di keluarkan kecuali makan&minum sahaja pada setiap kali percutian sebab kami telah pun membayarnya pada 8 tahun lalu setelah menyertai salah sebuah Kelab Percutian yang ada di M'sia.


Memang berbaloi bagi sesiapa yang kerap bercuti bersama keluarga kerana kos yang yang dibayar sebanyak RM10k adalah untuk tempoh 35 tahun percutian. Cuba congak kos untuk sekali percutian ;RM300 semalam x 2 hari = RM600. Setahun guna sebanyak 4-5 hari maka kos sebenar adalah RM42K.



baru sampai....


beri anak-anak roti + kaya + milo (kalau keluar awal mesti ramai orang malam tu ; tengok keta yg byk macam tu..lagi pun hujan masih turun lagi..)

dinner lambat sikit dalam pukul 10.30mlm (aman sekali tanpa sesak-mesak )





hujan pun nak mandi jugak...



di laut...air tak berapa cantik berbanding di Blue Lagoon..

Adiq & Angah takut mandi laut...






Pada 20hb Disember ~ genap hubby 36 tahun.
Balik dari rumah emak hari Ahad tu singgah beli Blueberry Cake. Puas anak-anak makan sekilo kek tu...


Masa potong kek hubby kata ''blueberry abg tak berapa suke lah yang ..tp blackberry sukelah''...adoi...sempat lagi tu! sakitnya poket saya bang ooi.. Akhirnya aku belikan Rider jacket jer.. ekekeke... sowi bang, kalau betul2 nak..tong-tong boleylah ...


~hubby dah ada bb baru sejak keta dia selalu problem. Kengkadang dia akan naik bb baru dia ke kerja....



jeng-jeng-jeng....ini dia bb baru hubby.. ride safely ye bang !.. ni yang buat aku ghisau ni...



Till Now.



11 comments:

en_me said...

aper nombor bb baru laki ko tewww.. ihiks

messyremo said...

alahai...
cmne nk dapat cmtu kak?
best ler klu cuti makan minum je kuar..
sbb dah join 8 tahun lepas lg..
saya pun nk jugak...

Ayu Hussien said...

wah best nyee mandi manda...
bila lah dpt bwk anak2 ayu plak,.. ni dah start ujan je plak

sueanne said...

nak kuar selepuk RM10k, aduhaiii..mengigil seluruh badan gamanknye..hehehe..tapi mmg berbaloi2x la camtue..

dah lame tak sue ak g pd kak..last thn lepas g ngn family..

cantiknye motor tue..besar gabak lak tue..mesti best merempit ngn bb tue..heehehe..kRIna tak join?

sI tEDI said...

he he he... sama ngan sue.. menggigil badan nak kuo 10k.. ekekekeke

sebbaik bukan jenis yg cuti2 mesia ni.. ekekek..

kakrina.. laut pd mmg x cantik dah.. dulu masa saya zaman kanak2.. canik bangat.. skanag dah kotor.. :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...
This comment has been removed by the author.
a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ en_me :

sama nombo ngan keta ..boley ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Omar:

Kalau nak joint; skarang ni byk co yg buat.. masa kRina dulu package camni baru jd tempat nak pergi pun limited dan co. yg buat pun tak banyak.. Berjaya Grp ada byk tempat nak pergi tp kos mahallah.

takyah bayar lump sum. dulu kRina bayar deposit RM2K balance installment for 2 years. Obrsea pun leh pegi tp bayar certain amountlah tak sebanyak pegi sendiri..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Ayu:

Ayu kat JB kan..

bawak lah ke Desaru...saya nak pergi sana gak nanti tp tak tau bila lagi..dengar kata..tempatnya cantik..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Sueanne :

takde lah kuar selepuk dik ooi..yelah kRina tak mentioned.. pymt tu camne.. Byr deposit RM2K balance installment for 2 years.


merempit ? ada..kat pasar malam je.. lagipun helmet & jaket takde.. seram lah sbb bila naik badan otomatik mesti keras jer.. ekekeke...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Ted :

takdelah kuar byk tu..mana ada duit masa tuh... hehehe... kuar RM2K jer balance bayar bulan-bulan jer.. sampai 2 tahun ..tercekik gak lah masa tuh..

owh yea kan...Ted kecik2 dulu kat sana kan..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget