Wednesday, February 24, 2010

Mak Hilang !

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua cover line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar-mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.
Gua punyala terperanjat!
"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira-kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewritter.
"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:
"Alhamdulillah....Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:
"Dalam sinki pantry."
Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.

"Bab*!"

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!
Sia-sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.



Note: sumbangan ? diperolehi dari email.



Till Now.




11 comments:

Hamizah said...

alahai kesiannya..lawak spastik pg2.mmg menyakitkan hati

Watierman, rmanbkr said...

Kurang mekar sungguh apan ni!!!!Rasa cam nak sekeh2 si Reen dengan si Apan ni!!!

Queen said...

mak den tak pernah hilang..ekekkeke..ape la apan nieyh

(macam pernah baca entry ni...tapi kat mana ya?)

Ah Fatt said...

haha
bikin panas

NORHAYATI BERAHIM said...

kah.kah.kah..
gua ingat apa yang ilang..rupanya MUG..kelakau gila..ha.ha.
akak punyalah saspen..

LiNda said...

hahahaha

saya pun ada dpt email ini .

But, bila baca lagi .. memang kelakar giler !

MSOM said...

Assalamualaikum Pn Azrina...

My Life My World said...

Hahahaha ... lawak lawak. Tak pernah lak akak dapat email macam nih. Kira fresh ler untuk akak :D

sueanne said...

hehehe..apan..apan..kasi dengung sikit kat G tueee..MUGGGGG..hehehe

indahhouse said...

salam kak,
hihi. lawak. rasa terhibur kejap. :)

cHeRyNa PiReS said...

ada orang memang takleh nak sebut mende betul2...cet. sha pon terpk apasalla dia gi HR nak cari mak...ehehehehe...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget