Memang hangin ! Apalah !
Hari Khamis lepas aku cuti. Nak dijadikan cerita, Hubby minta aku membeli beberapa barangan tambahan di Kedai Hardware berdekatan. Memandangkan bahagian dapur aku yang punyabukan Ahmad Albab yang punya... maka barang yang dipilih mestilah pilihan aku.
Hari Khamis lepas aku cuti. Nak dijadikan cerita, Hubby minta aku membeli beberapa barangan tambahan di Kedai Hardware berdekatan. Memandangkan bahagian dapur aku yang punya
Aku ke Bdr Country Homes jarak dalam 10 km dari rumah. Dalam perjalanan tu adalah satu kereta depan aku. Naza Citra Plet WNP####. Berhenti di simpang untuk ke kanan. Simpang ke main road tu ada dua lane. Situ jer dia dah makan jalan belah kanan pastu bawak teramat lah perlahannya dengan macam orang tersengguk-sengguk.. dalam 10-20km/j. Kereta dia tak lurus pun masa bergerak.. Kejap ke kiri pastu lurus semula. Dalam hati dok kata ..ni mesti pompuan.. Aku follow jer lah..follow pun perlahan dan jauh sikit.. tak berani aku nak dekat-dekat. Aku memang dah start hanginn masa tu..
Tiba simpang BCH tu aku nak ke kiri dan dia hendak terus dan berhenti di Traffic Light. Aku tak lepas peluang mesti nak tengok orangnya. SAH memang perempuan. Cett ! Yang buat aku marah dan bengang tu, dia memangku anak dalam setahun lebih. Memang meluap-luap marah masa tu. Sampai keluar perkataan ba-nga-nga dan ba-wau-dal-wau-ha hari tu. Dah kena tegur dengan Adiq pasal cakap macam tu. Kalau ye pun nak tunjuk bagus atau sayang anak janganlah sampai macam tu. Tak sayang pada anak-anak lain di belakang dan diri sendiri ke?
Aku pernah baca satu kes di suratkhabar beberapa tahun dulu. Disebabkan memangku anak sewaktu memandu kemalangan berlaku. Kalau tak silap anaknya menendang steering.
Walaupun kita berhati-hati semasa memandu , kita tak tahu pemandu lain macam mana.
Note : alert tak kira masa.
Till Now.
3 comments:
kakrina,
mmg pernah nampak kak situasi mcm tu.
ari tu lelaki. saya pandang dia say ageleng kepala. biar dia nampak.
esok dah jadi apa nangis pun x guna!
kak reen saya selalu dah nampak org bawak kereta anak kat depan gini...mmg tak sayang anak la... ba alif ngang betoi....
setakat ni tak pernah lagi jmper org cmtue kak..tapi biasa nampak pasangan yg naik motor..sorang anak kecik kat raga depan..sorang lagi kat celah anak bapak dorang..dua2x anak tak berhelmet..adeehhh..risau sungguh laaa...
Post a Comment