Baru-baru ni ada Safety Talk di ofis. Mula-mula bila dengar jer macam tak rasa pape..Benda yang sama kan.. Konon macam dah tau tapi lama-lama perasaan takut pun datang . Lebih2 lebih lagi bila Organiser tu kata percentage bagi kebakaran adalah bermula dari rumah. Huissh ! Semangat aku macam dah takde bila dia edarkan gambar2 kebakaran yang berlaku kebelakangan ni.
Paling aku sedih kes 4 adik-beradik kaum Tionghua mati dalam kebakaran di Melaka baru-baru ni. Aku menangis ! Bab-bab ni memang aku fail betul.. cepat betul merebeh.. Habis tudung jadi mangsa ..huhu.
Sini aku nak share antara yang aku ingat dan kena ingat sampai bila-bila pasal ni..sebab ini antara yang kena sangat dengan aku...
~ Charger Handphone ~ kes berlaku kerana mangsa hanya mencabut cable tanpa mematikan suis & mencabut charger dari plug . Lebih2 lagi bagi yang menggunakan multi-plug point/extension plug. Walaupun dah matikan suis di extension plug, main suis masih HIDUP ! … ~ Aku kena lakukan..aku kena lakukan..
~ Pastikan barangan elektrik 1000watt ke atas menggunakan direct socket dan bukan dikongsi dengan mana-mana barang elektrik. Kalau terpaksa, pastikan tidak digunakan pada masa yang sama. Waduh... susah ni ! ..Fridge kena sentiasa on.. kena alihkan jug kettle ke tempat lain lahh jawabnya ... Sekarang ni aku back tu zaman menggunakan flask dan dah tak guna Thermal Pot atas sebab2 keselamatan jugak. ~ Hai... sumernya risau aku ni !
~ Rumah yang lebih dari 25 tahun digalakkan untuk membuat pemeriksaan ke atas wiringnya. Kena panggil wireman/electrical man check bagi pastikan segala wayar dalam keadaan baik. Lebih-lebih lagi pada atas siling. Segala bagai makhluk kecik tinggal kat atas tu..Mana tau kena gigit ker… ~ Ni takpe banyak masa lagi ..
~ Pastikan kunci grill bagi tingkap disimpan di tempat yang senang dicapai ketika berlaku kebakaran. ~ Aku simpan di drawer yang berkunci…. Kena cari tempat yang sesuwaiii… !
~ Bagi basic knowledge pada anak-anak tentang kebakaran & langkah-langkah keselamatan.
Pada akhir sessi tu tanpa fikir panjang terus jek beli fire extinguisher yang memang di bawa untuk dijual. Dapat subsidi maka murahlah dari harga pasaran. Di rumah memang ada satu tapi simpan di kereta hubby, yang jenis powder tu.. maklumlah keta tua (tak sia-sia simpan.. masa keta dia problem beberapa bulan dulu.. spark tu bermula di accelerator..tp tak sempat keluar api dah disembur oleh hubby..alhamdulillah, takde major problem).
.. jenuh ditanya anak-anak pasal fire extinguisher nih!.. layan dengan penuh penjelasan..
Note : Teringat kisah tiga tahun lepas. 1st degree burns atas kesilapan sendiri. 3 minggu MC dan alhamdulillah tak de kesan yang memudaratkan.
Till Now.
5 comments:
ehhhh...pernah melecur ek?..kes ape kak?..boleh tau?...
brape harga mende tue kak?..cam kecik je..ke besar?..igt nak beli gak laa..simpan kat umah ni..
charger tue dah terbiasa..pas2x ni kena alert ngn benda tue..huhuhu
thanks for sharing kak...
Salam Reen...TQ for sharing info....lama tak jenguk kat sini...maklumlah Akak baru balik dari Kl...cuti2 ke Genting ...Dik ..sihat ker???
tetiba jadik kapten boleh plak..aahhaha....ade ke patut..
bagus ni info ni..kekadang org x tau pasal penggunaan plug kat umah..kalu ada extension tu main pasang je mane2 yang dia nk pasang...
extenseion sambung ke extesion pahtu sambung lagik ke extension lain..perghh..mau terbakar ni..
iskk.. kekadang benda yang kecil, kita sangka tak merbahaya .
Yup !
Tingkatkan keselamatan .
Pesanan utk diri sendiri.
wow..itu macam yer kakak?
Post a Comment