Saturday, May 22, 2010

Along & Hadiah Hanya Untuk Ustazah ; Kenangan Pahit .. Cikgu oh Cikgu .Apalah salahku ...

Hari Guru dah lepas. Sebelum pergi sekolah kafa hari Selasa lepas, Along tanya ada apa-apa spare hadiah nak bagi Ustazah dia. Bertuah betul Along ni… dah nak ke sekolah baru ditanya;sambutan hari guru pun dah lepas.




Masa lunch hari Selasa tu keluarlah kejap mencari hadiah tu.. Apa-apa pun takpe kata Along pagi tu. Aku tanya kat dia nak bagi untuk berapa cikgu dan dia nak satu jer. Ustazah Kafa kata dia. Bila aku tanya kenapa tak nak beri pada cikgu sekolah, dia jawab takpe lah ibu, Along malu. Alahai..anak .. malulah pulak..




Petang tu tersenyum-senyum dia bila aku tunjuk apa yang aku beli. Walaupun kecik comel harap Ustazah dia suka.


ni dia ... cinonit jer..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada kisah yang aku tak boleh lupa pasal guru ni. Tak pernah aku ceritakan pada sesiapa walaupun keluarga dan adik beradik. Tak patut betul pasal kenangan pahit tu aku babitkan semua guru kann.. Memang tak pernah membabitkan diri dalam apa-apa acara masa setiap hari guru . Walaupun memang tak de apa tapi bagi aku itu memang tak dapat dilupakan.



Aku sekolah berdekatan dengan Mindef , Jln Semarak, KL. Kebanyakan student kat situ anak-anak askar. Masa tu aku didaftarkan lambat jadik dapat kelas terakhir; 1Kuning. Dulu-dulu kan ada sesi amik gambar untuk letak di report card. Dulu punya report card punyalah besar , dalam saiz F4. Bila turn aku, cikgu kelas, Cikgu S ketuk kepala aku sebab ada kutu kata dia.. geram jer tapi dah fikir dah tak nak duduk dalam kelas dia lagi tahun depan..Tak tau kenapa cikgu tu tak suka kat aku, ada aje yang tak kena..bukan sekali-dua tapi berkali-kali…



Alhamdulillah darjah dua ditempatkan di kelas ketiga, 2 Merah. Guru kelas aku , Cikgu M kawan baik guru kelas darjah satu dulu. Ada satu kali tu masa recess, pintu kelas tertutup rapat. Aku dapat rangkaian makanan tambahan (RMT)..orang susahhh kann.. jadik keluar awal sikit. Dah habis makan , macam biasa aku nak masuk kelas.




Bila aku bukak pintu, aku ternampak dua-dua cikgu ni tengah sedap merokok dalam kelas.. ..berkepul-kepul asap keluar..layan habiss. Dua-dua guru tu perempuan ya kawan-kawan.. Wahh..punyalah marah cikgu tu kat aku . disuruhnya aku masuk..


Tau apa cikgu tu buat kat aku? Buku murid-murid yang hendak diperiksa adalah dalam tiga-puluh lebih buah dihentak atas kepala aku. Dia kata aku mengintip!.. Masa tu aku tunduk jer.. Kalau budak zaman sekarang dah mengadu pada mak-pak dorang; silap-silap buat report polis..hehe..


Lepas tu dia suruh aku angkut semua buku-buku tu ke bilik guru. Dahlah badan cekeding jer masa tu., terhoyong-hayang aku dibuatnya..dia tak bagi aku ke kelas; dia suruh aku berdiri kat luar bilik guru !...malunya !..



Pelik kan.. walaupun dah berpuluh-puluh tahun berlalu ingatan tu tetap ada.. Memang aku terasa hati sangat.. Sampaikan kereta dia orang pun aku masih ingat keta apa sampai hari ni ! Cikgu darjah satu keta Charade warna Kuning dan Cikgu Darjah Dua Mazda Warna Merah. Lepas insiden tu aku struggle dan masuk kelas pertama dari darjah tiga hingga ke darjah enam, biru-biru dan biru. Alhamdulillah...


Wahh..lega rasanya bila dapat luahkan..




Note: kalau kakak-kakak aku baca ni mesti dorang surprise.. simpan baikkk..



Till Now.









16 comments:

zaradgreat said...

pergh kak...
tak pernah lagi dengar cikgu cenggini..
ish3...

dasat..

Mazru Majid said...

salam ziarah..

maiyah said...

guru tu malu le tu.. kantoii hehe

LiNda said...

Salam Rina ,

Sedihnya baca n3 awak . Lama sungguh awak simpan rahsia nie .

Rina ,

Baguslah awak dah luahkan .. harap awak dah lega .

ibuayu said...

memalukan kerjaya seorg guru...
geram rasanya..
tapi ibuayu tak macam tu..

ieda said...

salam...ish..sungguh tak patut cikgu tu buat macam tu.geram jer baca.

nonie said...

ish...ish lamanya pendam perasaan...ngape tak luahkan awal2 Rin...tak patut ar cikgu tu wat mcm tu...nak merokok pun agak2 la...agaknya sbb awak tak melawan tu yg cikgu tu naik lemak...

indahhouse said...

salam kak reena,
ciannya kak. ada juga cikgu macam tu?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

zara;

cikgu dedulu ...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

mazru majid;

salam.

dah buat kunjungan balas ye.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

maiyah.

tu lah..
kantoi.

masa dedulu mana tau mendealah tu kan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda,

yelah..lega rasanya.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ibuayu;

tak semua cikgu camtu kan..

tapi bila dah ada kenangan tu.. susah pulak nak hilang.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ieda;

memang geram tapi dah berlalu kan..

saya dah buat kunjungan balas dan folo.

insyaAllah kontes tu saya join.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nonie,

masa kecik2 tak reti lagi kott..

dok perati jer cikgu tu..

*rumah cikgu tu pun saya tahu tau..hehe..sampai ingat plet keta dia.

pasal nak ke chow kit (tmpat mak berniaga kecil-kecilan) lalu kg baru rumah cikgu M tu (kuarters dkt sekolah keb raja muda)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Indah;

mintak2 anak2 tak dapat cikgu camtu.

Linky's Magical


ShoutMix chat widget