Wednesday, May 26, 2010

Perbualan Emak dan Anak Emak

Petang semalam kuar jer ofis terus tefon mak. ..henfree tau.. Borak punya borak… sampai 30 minit pun tak perasan..


Aku : Assalamualaikum,... Mak tengah buat apa tu ?

Emak : Wa'alaikumussalam..Apa lagi…. duduk ler.. bla-bla-bla.. (ayat lazim setiap kali aku tefon)hehe.. ..

Aku : Mak jangan lupa pesan kat SA tau Khamis ni.

Emak : itu ler. ..Kak Lang kau ada kata nak datang cuti ni, macam mana ? …(sila baca gaya orang Melaka)(Kak Lang tinggal di Pagoh)

Aku : Alahh... orang dah bagi tau dia . Jangan datang TPS. Orang nak bawak mak jalan.

Emak : Bila kau cakap dengan dia ?

Aku : Kat fesbuk, Ahad lepas.

Emak : senang jer korang sekarang ek..cepat pulak tu. haah, senang hati Mah.. (bahasa diri emak, dari nama dia Salmah )

Aku : Mak suh SA hantar malam sikit tau. Orang keje hari tu. Mana tau balik lambat ke..

Emak : Ye ler… SA tu bukan kau tak tau; tak tengah malam hantar, bukan dia ler tu..

Aku : Nanti orang tefon , pastu pesan kat dia.. Bizi mengalahkan PM dia tu ¡

Emak : Dah keje dengan orang… kang tak de gaji pulak..

Aku : Tulah boz dia bagi budi banyak sangat …. Nak elak pun tak boleh…

Emak : biarlah dia..bukan senang nak cari cha-ya macam tu punya baik.. (Mak tinggal dengan SA dan Adik bongsu~ susah nak bercerai dgn 2-2 anak bujang dia ni)
~ Boz SA yg cadangkan beli umah kat tempat mak tinggal ni sbb kesian kat mak naik-turun tangga umah BBS dulu.

Aku : Check-in petang. Kita gerak pagi sikit. Ikut jalan kampung... tak yah ikut hiway. Mak suka kan?

Emak : haaa elok lah tu..dapat tengok kampung orang..

Aku : Orang tak pernah cuba tapi Husnul(hubby) kata dari Tol Tg Malim terus jer.. kita cuba lah ek.

Emak : engkau bawak..Mah ikut jer..


Aku : ya lah..

Emak : budak2 macam mane ?

Aku : sumer sihat. Angah jer demam. rindu kot..

Emak : Abisss dah keje abah dia macam tu nak buat macam mane ?

Aku : tiap-tiap malam dia tefon cakap dengan dorang.

Emak : Elok lah tu...

Aku : Mak... dah sampai taska ni.

Emak : Ya lah ...Mah pon nak semayang ni..


Aku: ** matikan henfon... terus amik anak2..


Note : Nak bawa mak pergi tempat kesukaan dia hujung minggu ni. Mintak2 badan mak sihat. Doakan ya! Ada sapa-sapa teringin nak ikut & makan stroberi ? Keta kosong lagi ni..



Till Now.

21 comments:

Kakcik Seroja said...

Ooo... nak gi Cameron Highland, ya?? Hati-hati.. semoga selamat pergi dan kembali. Dah lama betul kakcik tak ke sana. (orang Melaka memang suka bahasakan diri sendiri walaupun bercakap dengan anak2, ya?) :)

Wan Amalyn said...

Na...
hehehe org bukan setakat baca 'ala-ala' org Melaka... bahkan siap dok bayangkan wajah mak ko lagi!! huhuhu rindunya kat mak ko... kirim salam kat dia ek!

bestnyaaa gi bercuti...!! nak ikutttt... tapi.... huhuhu sedih ar! tak mo cakap lah!

Relevan said...

Nak ikot juge..

myQza said...

seronoknya membaca perbulaan anak beranak ni.

kenapa emak akak bahasakan diri dia mah ek?

My Life My World said...

Best nyer nak pergi Cameroon Highlands. Nanti tempek gambo banyak banyak yer Rina. Ha! lagi satu, kalau pergi ikut Tapah tu, siap lah bawak beg plastik, mana tahu ada lak anak anak yang nak wek wek ikut jalan berlingkar tu.

Akak suka ikut Simpang Pulai, kurang sikit koner baring dia :)

zhrhtoodem said...

wah
nak pergi cameron ke?
best nye
hhuhhuh
have fun kak rina!
semoga mak kak rina sihat sentiasa...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Cik;

Timaseh.
Tahun lepas dah pergi tapi school holiday ..jammmed sangat. tak enjoy pun..

harap2 kali ni okey.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wan;

insyaAllah. ko tu nak tunggu Na jer sampai Subang..ko bila lah nak dtg BTP...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Relevan;

boleh tapi lain-lain keta..

hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ted;

tak tau ..

dari kecik dah camtu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Ros,


Besa ikut Tapah. Simpang Pulai tak jauh ke kak ? Nak turun balik yang malas tu..


hehe... bergambar sudah pasti..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Zara;


harapnya begitu lah..
fun-fun-fun..
tapi sedey gak ..
abg takde.. huhu..

piewahid said...

semoga slmt dlm pjalanan pegi & balik :)

Acik Erna said...

salam rina..nak gi bercuti ye..semoga selamat pergi dan balik..
elok rina ikut simpang pulai..tak la jauh sangat..yang penting..jalan nya kurang koner..baring..

Chenta said...

Rina ,

Selamat bercuti . Hati-hati dalam perjalanan oke .

Zaitun said...

lama tak pergi tempat tu sebab kak Zai jenis pemabuk.Tak nak ikutlah tapi balik nanti jangan lupa bawa balik strawberry ya..hehehe.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

piewahid,

timaseh.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Erna;

tak pernah ikut situ. Dari KL Simpang Pulai atas dari Tapah kan?
Tengoklah mcm mana.


Saya gugel dulu.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda;

timaseh.

Cuti panjang ni tak kemana-mana ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zaitun;

InsyaAllah.

kalau dkat Rawang & Sg Buloh boleh saja saya hantar stroberi tu kak !

Unknown said...

orang melaka memang cakap orang ek. Masa mula-mula kahwin dolu, husband selalu jer usik bila aku bahasakan diri orang kat MIL. Dia kata,, "orang? orang mana???"

Linky's Magical


ShoutMix chat widget