Monday, May 10, 2010

Kisah Disebalik Pembunuhan Isteri Baru-Baru Ini..

Sabtu ke kampung hubby. Ada kenduri doa selamat. Anak buah telah pulih sepenuhnya. Suspected kidney failure. Tiga minggu warded di Hospital Temerloh. Rupa-rupanya takde sakit yang memudaratkan. Hanya disebabkan pemakanan yang tak seimbang saja. Alhamdulillah. Kini anak buah sudah boleh bersekolah semula.



Berbalik pada tajuk.



Bila dah ramai berkumpul. Macam-macam topik keluar termasuklah topik hangat baru-baru ni. Kes pembunuhan isteri akibat cemburu kata suratkhabar. Orang-orang kampung lain pulak ceritanya..



Masing-masing tidak menyalahkan si suami langsung. Malahan kesiankan si suami. Aku pun melopong mendengar cerita. Kebetulan ada ahli keluarga berkhidmat di IPD tempat kejadian. Adalah sedikit sebanyak yang dia dengar dari rakan sekerja. Ramai yang sanggup beri maklumat.


Aku tak berniat apa-apa; hanya sebagai isteri aku berasa sangat MALU dan HAIRAN kenapa perempuan yang kononnya ISTERI ORANG sanggup membuat onar macam ni. Nauzubillah.



Antara yang dicerita :
*Keluarga ni bukan penduduk asal di kawasan ni; mereka berasal dari pantai timur juga.
* si suami seorang yang bodoh-bodoh alang (lurus bendul)
* si suami seorang yang sabar walaupun sering diherdik si isteri dikhalayak ramai.
* si isteri mempunyai hubungan sulit dengan seorang *skar.
* si suami seorang buta huruf (disebabkan ini si isteri tak ada rasa takut si suami membaca smsnya). beliau juga tidak tahu memandu.
* si anak yang memberitahu bapanya setelah membaca sms terakhir sebelum kejadian.
* si suami di suruh ke kebun untuk menoreh walaupun hari hujan kerana beliau ada agenda yang tersendiri.. wallahu-aklam.
* kesian anak-anak; yang bongsu baru berumur setahun lebih.





Note : Ada banyak lagi telah diceritakan tapi tak sampai hati hendak dikongsi sebab apa yang diceritakan membuatkan aku rasa arwah memang tiada rasa hormat langsung pada suaminya.

Minta dijauhkan dari perkara sebegini.



Till Now.


8 comments:

LiNda said...

Rina, Selamat Hari Ibu.

Oooo... Terang lagi bersuluh. Kalau begitulah cerita sebenarnya, memang malang nasib wanita itu dan 'pergi' tanpa mendpt keredhaan suami .

Peringatan utk diri saya sendiri.

Wanita Mutalib said...

kak rina,

first sekali terima kasih byk sebab selalu bg nasihat pada te..

time kasih ye kak :)

secondly, dah agak dah pompuan tu semacam..
lelaki takkan buat sumting kalu tak bersebab..

haih..
mintak simpang ye kak..

zaradgreat said...

ya Allah
dahsatnye kak..
kadang2 kita tak tahu cerita sebenar bila baca surat khabar..
mintak dijauhkan lah kita semua dari perkara cenggini....

E-na Zarina said...

hanya mereka dan allah shj yg tahu kebenarannya kan...moga kita dijauhkan dari benda2 mcm ni...

indahhouse said...

salam kak reena,
Takut dgar kisah camni. Teringat kisah isteri pemandu lori yg eksiden brsama keluarga dlm perjalanan kenduri bertunang. suami dia tak bagi pergi, tapi dia pergi juga. akhirnya anak dia meninggal. ntah camana perasaan suaminya. hal2 redha suami tak bole amik remeh,kan kak?
apatah lagi tragedi camni? di mana iman...huhu

relevan said...

Lapisan oZon semakin menipis..antara faktor penyumbang kepada keganasan suami suami..( faktor yang diragui ) ekonomi tidak stabil juga begitu..

Apa pun keimanan lah yang semestinya tersemat dalam jiwa..

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam ...salah siapa agaknya ni....

jane said...

mnusia dah smkin pelik kan skrg ni
nyampah kite

hahahha

Linky's Magical


ShoutMix chat widget