Thursday, June 10, 2010

Mimpi Seram......




Mimpi. Semua orang pernah bermimpi. Mimpi itu mainan tidur. Ye ke ?



Ada dua mimpi yang aku tak boleh lupa sampai hari ni. Mimpi pertama ni memang menyeramkan.



Dalam mimpi tu aku hendak naik ke atas setelah tertidur di sofa dan terdengar suara memanggil nama aku dengan jelas. Aku ke tingkap dan nampak lembaga hitam terawang-awang di hujung jalan depan rumah (rumah aku bersebelahan corner lot). Muka tak jelas tapi berpakaian hitam labuh . Aku tersentak. ..astaghfar .. laa mimpi rupanya.



Tidur semula.



Mimpi yang sama bersambung… Kali ni aku di dalam bilik dan dengar nama aku dipanggil lagi dengan sayup-sayup merintih…..”Riiiiina…Riiiiiina…Riiiiiiina..” Aku ke tingkap lagi dan kali ni lembaga tu sudah di hadapan rumah terawang-awang sama tinggi dengan tiang lampu. Muka masih tak jelas .. fuhhh.. nasib baik Aku terpaku depan tingkap..



Terjaga semula…. berpeluh… laa sambung lagi?.. Mungkin lupa baca doa tidur . baca doa dan tidur semula.. Waduh.. kali ketiga tu memang susah nak pejamkan mata. seram tuu...takut sambung lagi...Akhirnya lelap juga.



Memang sambung lagi .. . Suara yang memanggil sudah agak jauh dan nyaring. masih di depan tingkap lagi dan kali ni aku nampak lembaga tu sedang terbang melayang menghala ke arah rumah hujung . Dan yang peliknya.. kakak2 aku, Kak Long dan Kak Ndak berpakaian serba putih .. juga terapung-terapung depan tingkap bilik. Seakan-akan menghalau lembaga hitam tu… Apa agaknya maksud mimpi aku tu…



Bila terjaga. Hari dah siang. Aku hanya ceritakan mimpi ni pada hubby. Cerita pada emak masa tiba dari CH minggu lepas. Teringat sebab mimpi tu masa malam kami sekeluarga balik dari CH tahun lepas.



Note : lalu hiway baru buka di Bukit Tagar lepas waktu maghrib masa turun dari CH tahun lepas. Bulu tengkuk meremang masa lalu situ.



Till Now.


11 comments:

en_me said...

seramnyerrr..

Jemari Seni said...

Mimpi bole bersambung!!!! memang menyeramkan.

kakcikseroja said...

Highway Bukit Tagar tu memang sunyi.. dulu masa angah kat UNISEL, kami selalu melalui jalan tu. Teringat kat simpang (berdekatan) nak masuk dari Lebuhraya PLUS ke Bukit tagar tu selalu terjadi kemalangan...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en_me :

kannnnn..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

JS;

memang seram.



btw i takleh komen at ur blog & msg box lar.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Cik Seroja;


ye ke kak..

kena bgtau abg ni.. dia kengkadang lalu situ balik keja.

sI tEDI said...

kak,
org kata mimpi bersambung ni bolehjadi kenyataan.

betul ke? pernah dgr tak?

Alimaz-Kembara Terasing said...

seremmmmmmm

LotsOfLove-Pearls said...

dear Sis..

aiseh..
turut seram lak baca..

papun, moga semuanya baik2 saja k.
..dan sentiasa baik dan terus baik..

LiNda said...

Rina,

Takut plak mimpi awak boleh brsambung. Mesti ada apa2 ..

Sbb selalunya mimpi sekejap , bila terjaga terus hilang ..

Apapun .. Tawakal pada Allah ok .

indahhouse said...

salam kak rina,
seram mimpi sambung2 ni. Kot ada yg mngikut tu. banyakkan baca surah al Baqarah, kak. Insya Allah... dia lari..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget