Monday, August 9, 2010

Dah Nasib Badan Daaa...

Siang tadi bawak anak-anak ke Tesco. Baru nak beli stok bulan ni . Lagi beberapa hari nak mula Ramadhan. Kalau bawak anak-anak nanti takut ada yang tak larat pulak. Along dah ok hanya Angah baru nak mula tahun ni. Excited dia nak puasa. Masa aku sibuk ganti puasa hari tu pun sibuk membebel tak kejut dia makan.. eh..opss... ke seberang pulak..



Masa kuar pagi tadi keta ok jer. Hanya mula-mula jer.. krkkrkrkr ..cranking .. pastu zassss.. boleh aje..

Anak-anak nak makan roti canai untuk makan malam. Semua dah masuk keta. Nak start enjin... lampu dalam kelam-kelip. Sudah... Aku ingatkan lupa letak gear kat P. Dalam gelap tu terbongkok-bongkok tengok.. Betul, memang P. Tengok dashboard... laaa....tang-tang bateri tu blinking.. Mesti kong-kiok lahh tu... Mula lah gabra.

Start keta yang Abi besa pandu. Pergi rumah mekanik yang selalu Abi hantar keta tu. Tak ada orang. Terus ke kedai yang jual roti canai,. Tutuplah pulakkk. Kesiannya Along, Angah, Adiq (AAA). Hati pun dah tak senang lenang jadi pergi kedai runcit beli roti paun jer.. Dorang nak makan dengan susu. AAA ni memang kureng sikit telan nasi untuk makan malam.



Minta tolong nebor. Jumper dari keta A ke keta B. Bukan ai tak boleh buat tau.. tapi tak nak tunjuk pandai. yolah tu.. Itu pun jenuh cari button untuk bukak bonet keta Abi tu... Teruk betul kan ? Nampak nau tak amik tahu...tehehee. Otak dah fikir camne nak pergi keja esok. EL ? AL? 1/2 day ?.. OS dah lah melambak-lambak. huaaaa...



Berpoloh-poloh dibuatnya, padahal berdiri je. Ada dua sang nebor sudi tolong sorang isteri yang takde suami di sisi ni haa. Tunggu sampai sejam.. pun takleh start. Gelap-gelap camni takut tak tercaj. Tak lampak...kata adiq. AAA apa lagi, amik kesempatan main kat luar. Aku bagi jelingan berhantu pun dorang tak layan.. Bertuah sungguh !



Bila Abi tepon lagi sekali, sesi mengadulah kann.... bla..bla..bla...tak dapat kontek mekanik besa tu...bla..bla..bla.. Maka, esok.. Abi suh aku ke workshop panggil apek mekanik lain datang rumah bawak bateri spare.



Jadi... tunggu esok jelah.


Note : masa bujang no-hal itu-ini pasal keta tapi bila dah kawen ni malas sungguh !


Till Now.



23 comments:

sI tEDI said...

dugaan betul tu kak.
InsyaAllah, harap semuanya settle esok =))

LiNda said...

Alaaa... kesiannya budak2 tuh . Nak makan roti canai .

sabar yea sayang ...

kakcik said...

Salam reen..

kete kakcik tak ada masalah, tapi kakcik rasa macam nak EL je hari ni.. Jom, EL sama-sama. ;-)

kak long said...

bila abi tak ada kt sisi mula la mcm2
yang berlaku ek reen...mula la rasa perlu sangat2 dia masa tu...

lagi satu kalau anak2 nak makan tak sampai hati kalau tak dapat...rasa mcm kempunan jer...tak pe ari pegi carik lagi yerk...

Zaitun said...

Selalu terjadi pada kak Zai kalau hubby tak ada macam2 berlaku,paling kak Zai takut bila anak2 sakit.

kak Erna said...

reen..harap2 esok settle semuanya ..reen boleh kerja seperti biasa..

Queen said...

try [akai bateri sel kering plak..ngeee.....

(tetiba je rasa fobia kes bateri kereta kong harik tuh..heeee

Hamizah said...

Saya penah mati keta kat tgh2 hutan masa htr bdk sek debate..serik..Tulah kita ni tau drive je..

DrSinga said...

bawak je kereta Abi tu....
(6 hari je lagi dia balik....hehehe..kita lak sibuk kirakan...:) )

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

TED;

baru settle jer ni..

nak gerak ke ofis dah..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda ;


tulah..mak-mak ni manalah sampai hati kannn..

malam ni kot..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

W'salam kakcik;


hehe..kalau ikut hati memang nak kak.. outstanding keje tu mesti kena siap dalam minggu ni..

huhuhu... afday jelah...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak long ;

yelah masa2 dia takde ada jer halnya... tadi call dia cakap camtu pastu dia usik kata mesti saya ada buat dosa kat dia..

huhuhu...


betul3..malam nanti kena pergi kedai tu balik..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zaitun ;

alah bisa tegal biasa. kan kak? saya kena mula biasa kan macam dulu.

pernah kena 8 tahun lepas jugak. Along admitted sebab whizzing. Dia baru 7 bulan masa tu . Dok sepital dalam 3 hari.

Masa tu abi baru jer berlepas malam sebelum tu ke Jepun selama dua bulan.

Selang sebulan tu pulak saya appendiks. bayangkan kak..takde suami. Nasib baik ada xcolleague & husband tolong..

Buat kita cekal kan kak?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak Erna ;

timaseh kak.
baru jer settle ni.

nak siap ke ofis lepas ni.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Queen ;

mahai lor.. kena tambah lagi 50 hengget.


ni pun nak claim kat abi.. hehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Hamizah ;

mesti seram giler tu Miza.


pasal keta ni saya dah kena banyak kali laah.. tapi masa tu boleh roger2 abi. ni nak roger mende...mengadu bolehlah.. huhu.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

DrSinga ;

bukan tak nak bawak doc tapi keta laki bawak ...orang pandang jer.. orang kata apa..macam keta sukan bunyiknya..


tenkiu for your effort doc..
hahaha..

relevan said...

Kenapa tak Tolak ramai ramai..masuk gear dan jalan..

Ms.Lilies said...

tandanya kena cotiiiiiii
muehehehe

kak wan said...

Kalau Abi balik nanti...
minta je keta baru......

ckLah@xiiinam said...

Selamat menyambut Ramadhan.

ibuintan said...

ada saja kan dugaannya masa suami takde di sisi...cobaan

Linky's Magical


ShoutMix chat widget