Wednesday, August 11, 2010

Gembira, Suka, Duka , Sayu dan Sedih Di Bulan Puasa...

Salam Ramadhan buat semua.

Gembira bila dapat jumpa lagi Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah.


Suka bila Angah sendiri bersemangat hendak mula berpuasa tahun ni.
*malam tadi berkali2 ingatkan aku suruh kejutkan dia untuk sahur.


Sahur tadi air milo yang tak habis terus nak dibawa ke tadika... Bila ditanya "eh..Angah lupa lah..takpelah bagi Maira.."



Duka bila teringat kehilangan arwah ayah sehari sebelum raya pada tahun 1990 . Walaupun genap 20 tahun pemergian arwah ayah, saat-saat akhir bersamanya memang menyedihkan.



Sayu bila buat kali pertama tak mula berpuasa bersama Abi sejak mula berkahwin pada tahun 2000.



Sedih bila Abi hanya bersahur maggi sahaja pada pagi ini. Setibanya dari Jianhua semalam, kini Abi di Chongxin tempat yang sukar mendapat makanan halal.


Bertambah sedih bila trip Abi ditunda hingga 20hb dari tarikh sebenar, 17hb.. * alahai.....


Note : azan berkumandang di surau berdekatan tapi aku dengar jiran sebelah sedang menumbuk lesung!



Till Now.


31 comments:

Insan Marhaen said...

selamat berRamadhan. Muga Allah berkati puasa, sahur dan ibadah kita.

cheqna said...

salam kak

selamat berpuasa

sabar ye kak...

err..jiran sebelah ikut waktu lain kot kak....hehehehehehe

kak long said...

reen,
bila diwaktu2 begini pasti nyer kita akan ingt pada sesorang...
alfatihah bt ayahnda reen,semoga roh nya dicucri rahmat...


agak nya jiran reen tu,jarum jam nyer salah tunjuk waktu takpun bateri nyer dah kong...he3

kakcik said...

Salam Reen..

jangan sedih - Abi akan balik juga. Itu cabaran buatnya.

Jiran sebelah tu tengah siapkan bekalan untuk anak kecik dia kot. :)

LiNda said...

Reen,

Dalam pada sedih, boleh plak dgr tumbuk lesung . hahaha

Apapun , sabar ok ..itu dugaan namanya .

akuanakpahang said...

Itulah warna warni kehidupan banyakkan sabar :)

sahromnasrudin said...

salam..jiran sebelah tue buat siap2 utk buka kot..maklumla, org kerja..masuk dlm peti ais pas siapkan hehehehe

sahromnasrudin said...

salam..jiran sebelah tue buat siap2 utk buka kot..maklumla, org kerja..masuk dlm peti ais pas siapkan hehehehe

idawan said...

suka duka resam kehidupan. kak pun sampai kini masih terkenang2 mak dan ayah yang telah tiada. baru sedar betapa bertuahnya mereka2 yang masih mempunyai ibu dan ayah.

idawan said...

oh...yer lupa kak nak ucapkan selamat berpuasa buat azrina sakeluarga.

julietchun said...

bagus angah ada semangat nak berpuasa.

Hamizah said...

buka posa tanpa suami?tak bestnya..mujur ada angah ye..selamat berpuasa..

Queen said...

takpela...ambil pengalaman tuh...kan..kan..nanti ada benda yang dapat dikongsikan bersama.. =)


lesung batu?..ketuk?..azan?..utk anak dia kot..heeee

DrSinga said...

angah jangan puasa yang yok ya!!!

sop said...

setiap kejadian itu ada hikmahnya..
Dia Maha mengetahui..

[s.u.r.i.a] said...

selamat berpuasa krina. :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

IM,


(^_^) sama-sama lah kita.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cheqna ;

kekeke..

lawak pulak.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak long ;

terima kasih kak long.


bateri kong yea...
hehehe...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

W'salam kakcik;

Cabaran tahun ni kan kak..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda ;


saya ni 3 dalam satu..

hahahaha...


dugaan orang bercinta kan ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en Yassin @ akuanakpahang;


terima kasih.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sahromnasrudin ;

jiran tu housewife.

mungkin dia masak untuk anak yang lain agaknya.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

idawan;

memang bertuah kan kak.. kalaulah boleh diputarkan masa, saya mesti ubah sikap saya dulu..

tu yang membuatkan saya bertambah sedih..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

idawan ;


terima kasih kak.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

julietchun ;

harapnya balik ni dia dapat bertahan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Hamizah ;

yalah...mujur ada along & angah yang teman..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Queen ;

betul tu..pengalaman mendewasakan kita..


mungkin lah kott.. +ve thinking..hehe.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

DrSinga ;

balik ni kena tanya betul2
sbb Angah memang pandai kona..

hehe...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Sop ;

terima kasih bro sbb sudi singgah.


Allah yang maha kuasa.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

[s.u.r.i.a] ;


selamat berpuasa Suria ! (^_*)

Linky's Magical


ShoutMix chat widget