Thursday, October 21, 2010

Baru Citer Pagi Semalam, Tengahari Kena ! Teringat Kata Orang-Orang; Kalau Citer Pasal Nak Beli Keta Baru, Mesti Akan Kena..

Baru citer pagi semalam pasal nak tukar keta. Aku tak kata pun nak tukar dia ni.. Merajuk pulak dia.


Lunch semalam aku tak keluar. Keta letak kat pot biasa. Nak senang keluar masa balik, aku suka reverse parking jer.


Dalam pukul dua petang dengar suara colleague bising-bising... "you tell Rina.. it's her car".
Aku jengok kejap. Sorang exec satu department datang kat aku cakap... "Rina.. so sorry .. I hit your car just now, I reverse tapi tak nampak.." "hahhh !.. " aku menjerit terperanjat sebelum dia explain .. Terus keluar tengok..


Camni rupanya..adoiyai.. sangatlah tak cantik rupanya



Dia serba-salah terus kata.. "you hantar spray or workshop then you pass me the receipt". Kesian pulak tengok muka gabra dia.. Aku pun katalah kat dia " I'll call my lokong..tengok apa dia kata". Takkan nak mintak duit masa tu jugak.. Kena sabarrrrr. Dalam sabar tu geram pun ada sebab punyalah lebar & luas tempat parking tu, boleh dia tak nampak. Dia kata dia sangka lepas masa nak undur; rupanya tak. Hai.. boleh main sangka-sangka pulakk.. lesen kopi apa?



Dah malam baru aku sampai rumah..jadi dalam gelap tak jelas sangat. Abi kata kalau nak spray semua bumper banyak pulak budak tu kena bayar.. Tong-tong ajelah atau mintak sikit duit kat dia lepas spray nanti..


Tulah tu dah nak kena......


Note : Fikir macam mana nak bagi tahu..


Till Now.


37 comments:

Kakcik Seroja said...

Macam betul atau kebetulan, kan? Kalau kita 'tersebut' nak tukar atau beli kerweta baru, mesti yang sedia ada tu 'meragam'. Kakcik pernah kena macam tu. :)

kak long said...

sibaik dia nak mengaku..kalau dia buat2 tak tau lagi parah...hehehehe!

Ms.Lilies said...

Bayangkan time balik keje tgk dah ghupe gtu....mak oiii lg sakit hati...

Mujur dia xngelat

Chenta said...

kena mintak juga ganti rugi
sebelum awak yang rugi ..

* mode - menghasut ..haha

Ibu Sayang said...

Salam Reens,

Pernah jugak kereta ibu digesek oleh mamat mana entah, pas tu tak ngaku pulok. Mahu sakit hati ni...gerammmm.

indahhouse said...

Salam kak rina,
alahai...kesian kak rina. Nak buat camana.. mmg kena mitak kos ketuk2 body ngan cat tu. Biar jadi pengajaran kat dia. Alang2 nak baiki biarla cantik macam asal. Kang simpan lam hati, payah. :))

Relevan said...

Tu lah..sebut lagi nak jual hehehe!

cheqna said...

cheqna pernah kena kak..sebut nak beli kete baru tang2 tu gak meragam...
kete ni sensitif kak..=)

kasihibu said...

ha...itulah
macam tetahu je kan?
sama dgn kes yg kami alami minggu raya dulu...

Hamizah said...

sahlah kena tukar baru tu..

kakngah said...

pernah kene sondol dr blkg. gebeh bumper. lari tetulang bonet. kete org yg menyondol tu lg parah.
tapi,
encik tersebut budiman. dia yg setelkan kos reper.

Watierman said...

Salam Reen.....tu lah jangan sebut...fikir pun jadi jugak!!!....kos spray 1 bumper 2 ratus gak tu!

julietchun said...

kawan pulak tu lagi serba salah nak mintak.

::..dYa..:: said...

Salam
salam ziarah
salam perkenalan

** selamat laaa pesalah tu mengaku. kadang-kadang ada gak tak mau ngaku

** mesti serba salah nak bagitau
kalau dia tanya kan senang kan kan

gadisBunga™ said...

aduh mak...tapi mmg ade tau kes tak perasan kete kat belakang ni....

KTS said...

lesen kopi cap kapal api kot ni

:D

Aku Anak Pahang said...

Tu laa kalau nak tukar kete kena sebut dalam hati aje.. kalau kuar kat mulut kete tu dengor nanti majuk dia :)kan dah kena :(

sueanne said...

aduhaii kak.. kete lain yg disebut, kete ni lak yg kena.. hahaha.. nasib.. nasib..

* kete sue cam kena sagat kat pintu.. tak tau dari org lain or dari diri sendiri..hehehe

* pernah naik kete itu.. wink..wink..

Dr Singa said...

mintak je!!!!!!
dah salah dia!!!


*mode menghasut gak macam Linda*

My Life My World said...

Sabaq banyak banyak yer Rina. Akak rasa keta ni ada perasaan lah. Tu yang dia tahu tu.

Cian dia, nanti pujuk keta tu balik taw ... hahahahha

zhrhtoodem said...

uish...sabar kak rina. tak pe lah. nasib baik dia sanggup bayar. sabar kak. nnti akk urut2 keta tuh. dah mcm merajuk je.. hehehe

sitinaminah02 said...

uih.betui ek kalo kita ckp camtu, keta akan meragam???

agak2 kena spend berapa lak ni?

ibuintan said...

pantang sebut nak tukar je,mesti ada yang tak kena kan... macam merajuk lak

zulkbo said...

salam..
aduhh..Avanza ku!
he he..sebijik macam isteriku
punya..warna pun sama..langgar
tak pernah ,minyak habis kering
tengah jalan biasa dah..hu hu..

Acik Erna said...

reen kebetulankan..selalu terjadi macam tu..

Aku adalah aku said...

bagi tau aje terus terang..sebab awal-awal dia dah offer nak bayar gantirugi.....

kak wan said...

Ina..nanti ina cakap dulu ngan keta tu baik - baik "aku syg lagi kat enko belum nak tukar " nanti taklah dia buat hal lagi.

Pasal kawan tu cakap je habis berapa.. tapi abi baik hati bagi diskaun ....

Werdah said...

Salam Reens.

Salam perkenalan.. rasanya kebetulan.. pernah jadi kepada kak pada suatu ketika dulu, dah lama..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakcik ;

itulah kak..
keta sebelum ni pun pernah kena jugak..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak long ;

dah dua hari pun tak habis sorry dia kak long....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ms.Lilies ;

betul tu..

kena buat cepatlah jawabnya; takut kalau dia buat2 lupa...

naya jer..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda ;

hasutlah lagi..

beri semangat tu..

hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda ;

hasutlah lagi..

beri semangat tu..

hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wsalam Ibu Sayang ,


mesti hangin kalau kena camtu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wsalam Indahhouse ,


setuju sangat !!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

relevan @abg syed,

kita tak kata nak jual yang ni laaaaah....... huuhuu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cheqna ;

yalah kann...

sensitif betul..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget