Monday, August 22, 2011

Kalau Ada Rezeki Tak Kemana...

*Auto Publish






"Bukannya tak cukup duit sekarang ni tapi aku nak tambah aje... tak salah kan ?" Itu kata aku masa chatting di FB pada kengkawan lama yang tanya kenapa tiba-tiba aku buat bisnes online. Ada ke orang beli ? Orang percaya ke?  Tak leceh ke? Ada masa ke? Husband kau ok ke ? "  Hmmm.. Kalau hendak seribu daya dan kalau tak hendak seribu dalih .. dan kalau dah ada rezeki dan ikhlas, semua takde hal. Mana tau, InsyaAllah bertambah lagi rezeki kami sekeluarga. kan ?


Sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan"...InsyaAllah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya.




Semuanya bermula sebab aku ni 'hantu' shopping. Sebelum ni, pantang ada sale @ warehouse sale mesti aku terjah. 2 tahun lepas, mula beli secara online. Rasanya dah macam-macam benda aku beli secara online. Memang pantang.....Pantang nampak kata orang.. ;o)



Tahun lepas masa jual brooch dari Korea memang best. Ramai yang berkenan sebab market jual dalam RM45-RM75 sebiji/set dan aku hanya jual RM10-RM35 ikut saiz. Senyap pun sebab abi dah tak pergi sana lagi dan fesyen tudung sekarang ni dah tak perlukan brooch  yang lip-lap-lip-lap @ besar.




Tahun ni a.k.a sejak dua bulan lepas pulak aku mula jual baju kanak-kanak. Rasanya 'menda' ni yang paling aku banyak berhabis secara online. Boleh jimat bila aku sendiri yang beli. Dapat harga kos untuk anak-anak. heeee...  Selain jual secara online, ada jual secara direct jugak di kampung.


Seminggu sebelum puasa hari tu, abi dan anak-anak hantar stok ke kampung. Minggu pertama puasa kami balik ke kampung lagi untuk hantar stok tambahan.


Sesiapa yang balik ke Pantai Timur dan memang lalu Kuala Lipis. Mana tau kalau-kalau tersinggah R&R Benta-Kuala Lipis; Jom singgah Kedai No. 3 untuk cuci-cuci mata. Adik abi yang jaga kedai tu.




Biasanya lot-kedai tu dibuka waktu malam. Pelik ? R&R kawasan tu 'hidup' waktu tu aje. Dah nama pun kawasan kampung jadi penduduk kat situ takde tempat nak melepak waktu malam, jadi ramai ke situ aje.






Minta-minta berterusan. Doa-doakan aku ya..

Bahagian basah (food court)


bahagian kering - Kedai No. 3 ..fav no... ;o)




replenish stock @ minggu pertama puasa 




Adiq  ~  harus ada bahagian dia...;o)






Note : Aku tengah cari pembekal direct dari kilang di China. Ada sesiapa yang tahu @ contact orang di sana ?



18 comments:

kakngah said...

semoga bertambah maju...
ada peluang jana pendapatan.. apa salahnya kan...

cheqna said...

wah..
semoga bertambah maju kak...
insyaallah =)

Sz said...

InsyaAllah semoga berjaya kak reen! memang rezeki berniaga ni perlukan usaha, sokongan berterusan ... makin kita rajin makin banyaklah hasilnya ...

kaklong said...

tak salah...
yang penting ikhlas dah jujur..kannnn...?
semoga terus maju...amin..!

bujal X said...

eh kan sekarang da ramai yang buat rombongan ke china sambil cari tempat untuk borong barang buat bisnes~~try la kak~~ble jenjalan sekali~he~~

Tie said...

Salam Reen... memang tak sangka, kan.. kak tie sendiri mula sebagai hobi je, tetapi dapat sambutan lak. sekarang ni tak menang tangan. Nak buat kuih raya pun tak sempat.

Semoga bisnes kita semua bertambah2 maju, dan semoga hasilnya diberkati, amin... :)

sueanne said...

krina kalau g shopping, leh siap cuti2 lagi.. hahaha..

Gud luck 4 ur bussiness kak.. Abaikan org yg cakap tue..Nanti dah berjaya baru dorang terdiam.. hehehe

kasihredha said...

good luck reen
semoga berjaya :)

Daddy Ziyyad said...

Good luck! Moga bertambah sukses. Saya selalu dgr iklan pasal GM Klang, pusat pemborong tu. Cuba tanya.

Ann Huda (Ate) said...

Gigih berniaga :), Insyallah berjaya.

Acik Erna said...

assalam reen..semoga bertambah berjaya..

eLLy said...

Yeszaaaa ...
"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan"
yg penting kita berUsaha

Aku Ibu Muda said...

ehhh...kat benta lah...hehe

sy org Lipis :) so, kalo blk tu mmg konpem lalu...

tp raya ni turn nismilan :(

cemomoi said...

bisneswoman kena tahan telinga dengan kutukan

nak kontek barangan pakaian dari china ke? member koi kabo, dia ada kawan yang bukak kilang.. koi je yang tak sampai ati nak stat bisnes pakaian tapi kalo nak cuba, try je le...

julietchun said...

mana tau lepas ni boleh masuk list org kaya mesia.

Ati Masrif said...

salam reen,

raya ni jom kita jumpa
di lipis...??

Mah@mahu said...

Nak menjemput semua rakan2 blogger Pahang hadir ker rumah sempena dengan raya ini ok sama2 meraikan hari bahagia kita.. Selamat Hari Raya..

gee ryder said...

ramai org bisnes baju budak skg kan...tapi walaupun ramai tetap laku...

all the best to u!

Linky's Magical


ShoutMix chat widget