Saturday, October 29, 2011

S.E.B.E.L.A.S

24 kawan yang bezz
Dah tiga tahun berblog.
Tiga tahun jugak gambar yang sama untuk entri tarikh hari ni.


Genap 11 tahun sudah.
Alhamdulillah.













Note :  bilalah  nak kuwus macam dulu....  Emoticon

Thursday, October 27, 2011

20 Tahun Menanti

27 kawan yang bezz
Tak ada wanita yang tak nak anak lepas mendirikan rumahtangga. Betul tak ? Tapi lepas setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya berbelas tahun mungkin dari hendak jadi tak kisah. Tak dapat nak bayangkan  macam mana lah perasaan kecewa yang dia alami. Lebih-lebih lagi bila adik-adik yang masih terkinja-kinja semasa dia berkahwin sudah mempunyai beberapa orang anak.

Puas berubat sana-sini . Tak kira samada dengan cara tradisional atau cara moden. Asal orang sebut tempatnya, mesti sampai. Dah kuasa Allah belum nak beri, maka dia terima dengan redha. Pada awal perkahwinan berita gembira kehamilan menjadi  berita sedih selepas dia keguguran . 


Selepas 20 tahun, akhirnya terima berita gembira. Dengan hanya ke klinik untuk rawatan biasa tapi mendapat berita yang menggembirakan. Jangankan dia, semua yang dengar pun bersyukur pada Allah. Alhamdulillah.. dia telah mengandung. Usia kandungan 6 minggu. Diberi cuti sakit selama seminggu disebabkan keadaan rahim yang tidak kuat. 

Dugaan datang lagi. Pada minggu seterusnya  dia 'bleeding'. Selepas scanning &  check-up, rupanya bleeding berpunca dari 'ketumbuhan' di pintu rahim. Keputusannya hanya diketahui pada minggu hadapan.  Dia ditahan wad dan diberi injection untuk menguatkan rahim. Alhamdulillah keadaan fetus tak membimbangkan.


Semoga semuanya baik-baik sahaja. Kami sekeluarga melawat dia semalam.  Pada kawan-kawan yang membaca, diharap dapat berdoa untuk dia.  Semoga dia mendapat melahirkan dan membesarkan zuriat dia sendiri.  


Khas buat kakak aku,  Kak Ndak Azmila.  Take a good rest. Jangan buat kerja berat. No more shopping  lama-lama during sembahyang Jumaat !




Tuesday, October 25, 2011

Apa Ya ?

12 kawan yang bezz
Salam Semua !! Annyeong-Haseyo.., Sawadikap..


Genap dua purnama tak bersiaran sampai tak tahu nak citer apa. Short of idea ? Idak ahh. Time constraint bak kata mereka-mereka. . yelah tu kannn.  Tapi bila asyik dipasak oleh ofismate si Noor Aznita  dengan soalan yang sama berkali-kali..." Bila nak update blog kak??". Oklahh.. kasi can sikit. Biar dia puas hati. heeeee..


Sebab-musabab ? sibuk itu, ini, begitu, begini... bla-bla-bla... tak habis citer. Kalau citer gerenti boring. Salah satu reasonnya..kerja mencabar sikit sejak pindah ofis baru nih. Ada-ada  aje dan macam-macam ada. Kerja di building materials company...macam ni lah..



"Never leave ’till tomorrow which you can do today bak kata Benjamin Franklin" 


Meh tengok gambar Along, Angah dan Adiq masa raya hari tu...
lama nau nak publish.  kan ?

gaya bebas




gaya cool 



Note : Terima kasih pada Gadis Bunga, Kak Chik SerojaKak Kasih, Ibu Intan,Yun, K'Eja dan juga pada yang teringat tapi tak bertanya  kemana aku menghilang. Ada juga yang ingat rupanya.. 

Linky's Magical


ShoutMix chat widget