Friday, November 4, 2011

BERKORBAN


Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Antara lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


Operasi 1

Bila kedudukan rumah di kawasan rendah
Macam ni lah jadiknya
Orang hujung sana sangatlah bernasib baik sebab kawasan tinggi


10 tahun dulu tak berapa sangat
Sejak jiran-jiran renovate rumah diorang
Baru ler nampak


Dua tiga minggu ni hujan tak berhenti-henti
Segala yang tersorok  pun timbul



plywood pun ada !

nasib baik lepas !

..separuh dari sampah sarap yang dikeluarkan..



dah jadi tugas  mingguan @ bulanan abi 2-3 bulan ni




Operasi 2

Bila pasir berkumpul
Secara otomatiknya jadi tempat  pot 'toilet' si kucing  jiran-jiran  yang ada.

Dari anak-anak terpijak atau tayar basikal diorang terpalit taik kucing; hendak tak hendak kenalah buang..


Jadi kerjalah pulak...hari-hari aku mesti  pesan.... ''elok-elok jalan, tengok taik kucing".. "elok-elok kayuh basikal, tengok taik kucing" sebelum keluar rumah.

sehari, dua hari , berhari-hari.... hangin dan gewwam gak kannn ?

 

Kalau nak bela, kenalah tahu caranya. ye tak ?
Ada jugak kengkawan blogger yang bela kucing;  elok aje aku tengok ..

12 comments:

mak encik | SZ said...

selamat hari raya kak!

My Life My World said...

Ini kira siapa yang terkorban ni ... hehehe. Selamat Hari Raya Korban untuk Reen dan keluarga :)

kaklong said...

ya ALLAH...
reen nak tahu,depan rumah kaklong ni temapt kucing berak,tiap2 pagi kaklong tukang sapu dan cuci,abg kaklong dah pesan "nampak kucing tu,tangkap..ada tuan ke tak,buang jer,bela pandai,berak merata-rata rumah orang!"

haihhh...!

cemomoi said...

opersai satu
amal jariah

opersi
cakap kuaaaaaat sikiiit!
(memang sakit ati asal nak melabo je datang rumah kita, rumah tuan dia takmo plak)

Yan said...

taik kucing tu sama je maccam umah i.. rimas jadi nya..

Acik Erna said...

assalam reen..memang betul..kucing pantang nampak pasir sikit..kat depan rumah akak pun cam tu jugak..bila kena tayar kete..dah ikut masuk kat porch kita..bau..jangan cakap la.

kakngah said...

pagi tadi tgk MHI ada la bincang psl pasal longkang tersumbat. antara langkah pencegahan, make sure aliran longkang kwsn rmh berada dlm keadaan baik...
bila kes longkang tersumbat ni la yg bahaya. boleh sebabkan air bertakung.. kendian banjir lagi..

bujal X said...

seb baik tak tersumbat sampai melimpah~~

insan_marhaen said...

rumah IM kat hujung deretan. lagi ler berbagai sampah di longkang. kalau tak di cuci nanti, pelalu lalang akan kata; apalah tuan rumah ni, buang sampah dalam longkang!

idasm said...

nilah salah satu sebab x suka kucing.. minta maaf ye... hehehe..

secangkir madu merah said...

hehehehe kalau org yg tak faham dan tak tau semangat kejiranan ni susah.. bela kucing tapi tak tau bagaimana nak ajar kucing supaya membuang ditempat yg sepatutnya... sama je kat rumah saya ni pon.. baunya masyaallah memnag buat kepala pening sokmo..

Yanti Othman said...

biasa la reen, kalo dah duk reramai dalam kejiranan kannn.. sabor je la... selamat hari raya...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget