Wednesday, November 9, 2011

GANDUS

Pernah dengar kuih Gandus ?
Mungkin ada yang pernah makan tapi tak tau nama aku lah tuu..

Aku pernah buat entri pasal kuih ni kat entri ni sebelum ni..
Ada jual kat pasar malam di BTP, tapi bukan jenis yang asli

Masa pergi jengok kakak aku dua minggu lepas.
Dihidangkan kuih ni...
MasyaAllah punya lah excited .....
Kuih zaman kekanak riang katakan.....

Puas aku makan hari tu...


Rupa-rupanya kuih ni ada lagi dijual di tempat yang sama
Dan orang yang menjualnya pun orang yang sama di Pasar Datuk Keramat


Berderet-deret orang beratur semata-mata nak beli kuih ni

Abang ipar aku borong  sampai 3 bungkus @ 15 biji hari tu..




Kuih GANDUS Asli  di Pasar Datuk Keramat
Kena pulak dengan Nescafe panas.....

beli kat Pasar Malam di rumah




 
Nak tahu apa perbezaan kedua-dua kuih  yang serupa tapi tak sama ni ?

Yang asli : tepungnya di gaul dengan kelapa ; inti nenas - terasa lemak kelapa
Yang baru : tepung  aje ; inti yang sama, nenas  -  rasa macam apam inti nenas
Tak banyak beza tapi disebabkan kengkonon 'sentimental value'; ..yang biasa-biasa pun terasa sedap ya amat..


Agaknya apa kuih feveret kengkawan masa zaman kekanak riang dulu ?

18 comments:

bujal X said...

yang kat keramat tu pernah masuk majalah 3 kalau tak silap~

*saya rindu kuih belacan~~haih~

tasekM said...

pernah mkn kuih ni tp tak tau nama.
gandus rupanya...



.

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

kak,


kat pasar malam paya jaras ari sabtu pun ade kuih ni..memang sedap...

Yong Kamariah said...

tak pernah dengo n tengok kuih nih...asal dari mana yek Rin?

kaklong said...

apa2 pun suka janji free!
heheheh!

kakngah said...

kat pasar malam bkt beruntung pun ada kuih ni...
dulu la.
skrg xtau sbb dah lama tak pegi psr mlm situ.

cheqna said...

huarghhh
x pernah tahu pun..

Ms.Lilies said...

ohhh itu ke namanya hehehe...
saya pun br tau ha

Ann Huda (Ate) said...

Pas ni kena pergi cari kat pasar keramat :).

- GC - said...

gandus? first time dgr nama gandus ni. haha

saya suka lopes. hihi

julietchun said...

kuih gandus namanya. saya panggil pau
inti nenas.

Ros said...

Salam azrina,

Ala...Kak Ros tak pernah makan la kuih ni..teringin pulak nak rasa....

Daddy Ziyyad said...

tak pernah makan, dan 1st time dengar nama kuih ni. Memang nampak sedap!

idasm said...

pernah makan kuih gandus ni. itupun dibeli dari pasar keramat. mesti org yg sama kan. dulu kuih ni xdelah org pandang pun kak. sepi aje gerainya, tp sejak keluar kat majalah 3, terus meletup, sampai berderet2 org beratur nak membeli kuih gandus ini..

kasihredha said...

akak tak pernah makan..
nak cuba le
kena cari kat pasar keramat ni :)

Yanti Othman said...

first time dengar pasal kueh nihh.. nak pergi pasar keramat jauh plak.. camna nih..

Zaitun said...

Kak Zai pernah makan kuih ni tapi tak tahu nama,beli kat Pasar Datuk Keramat lah.

cemomoi said...

tengok gambo baru tau namanya... slalu main balasah je

Linky's Magical


ShoutMix chat widget