Kali ni nak citer pasal proses-proses yang perlu dilakukan selepas kejadian kebakaran..Bukan lah mintak rumah korang pun terbakar, tapi sekurang-kurangnya sebagai pengetahuan aje.. Taklah jadi macam kitorang hari tu, ke sana-ke mari sebab tak tau prosedur claim kebakaran.
1)Walaupun api berjaya dipadamkan tanpa pertolongan pihak bomba, kita perlu buat panggilan dan pastikan bomba datang untuk pengesahan.
2) Telefon pihak TNB sebab melibatkan barang-barang elektrik
3) Buat laporan di balai polis berdekatan untuk tuntutan insurans (mesti !)
Macam kes aku hari tu, pihak bomba dan wakil TNB datang tak sampai setengah jam lepas telefon. Lepas puas jenguk dan tengok, diorang beredar dan minta kitorang datang ke balai bomba terdekat untuk buat laporan.
4) Ke balai bomba yang terdekat sehari lepas insiden. Diberitahu laporan hanya akan siap dalam tempoh 14 hari.... ? huiii... lamanya....
5) Telefon pihak adjuster @ wakil syarikat insurans untuk pengesahan serta anggaran kos kebakaran.
6) Wakil syarikat insurans akan minta sebutharga kos membaik pulih rumah dari kontraktor pilihan sendiri. Mereka akan membuat perbandingan dengan kontraktor pilihan mereka. Jika sebutharga yang diberi lebih kurang sama, kontraktor pilihan sendiri akan dipilih.
Peringatan : SILA SEMAK KANDUNGAN INSURANS KEBAKARAN ANDA ! KAMI MUNGKIN TERLEPAS PANDANG SEBAB INSURANS KAMI HANYA MELINDUNGI 'BUILDING @ BANGUNAN' SAHAJA. 'CONTENT' TAK DILINDUNGI. :(
Memang ada hikmahnya; jiran-jiran sekeliling baru terfikir nak tengok polisi insurans kebakaran masing-masing.
7) Tempoh 3 minggu untuk proses dokumen (berserta laporan bomba & polis) sebelum cek boleh dituntut TETAPI cek tak dapat ditunaikan sebab si penerima adalah si Bank (Bank Loan Rumah di buat). Kecewa jugaklah sebab tunggu punyalah lama.... pehtu jumlah yang dapat memangggggglah kurang sangat dari yang kitorang tuntut dan jugak kurangggggg dari jumlah kos membaikpulih serta barangan elektrik yang kena beli... Dah takat tu dapatnya...syukur Alhamdulillah,..better than nothing bak kata omputeh..
8) Segala dokumen dari pihak insurans dan cek diberi kepada pihak bank. Pihak bank akan membuat bayaran dalam tempoh seminggu dari tarikh submission. Setiap kali kalau nak tuntut claim ni, jangan lupa sertakan bukti-bukti kerja membaik pulih (gambar-gambar yang telah dicetak). Ni kira, progress claim lah ni... Dalam kes kitorang hari tu, adalah empat kali berurusan dengan bank untuk dapatkan duit tu. Kali pertama, perlu datang ke bank.Kali kedua dan ketiga gambar-gambar dihantar melalui email dan wang dimasukkan ke dalam akaun. Kali yang terakhir, wajib datang untuk tandatangan surat penerimaan jumlah keseluruhan claim. :)
Lagi satu, kena ambil perhatian jugak ni, kontraktor nak kita bayar kos barang-barang yang dah dibeli atau akan dibeli, jadi operasi pecah tabung ayam mestilah kena.... huhuhu..
Dah nak jadi...kitorang ingatkan bolehlah tunggu cek, lepas tu baru panggil kontraktor. Membazir masa sebulan lebih. Adehh, kalau tau, dari awal lagi dah mula.. Nak jadikan cerita, kontraktor datang, ding-dong-ding-dong... dalam sebulan lebih baru siap .
Alhamdulillah, bulan april hari tu siap sepenuhnya.. Abi ngecat sendiri bahagian belakang dan ruang rehat kat atas...Tak sanggup panggil orang dah..... sana-sini nampak $$$ terbang..
Kat bawah ni semua gambar-gambar masa kerja-kerja pem'bersih'an hari tu..