Monday, May 25, 2009

~ Citer hari Jumaat & Sabtu ~

Memandangkan tayar keta dah sememangnya dah takdak bunga, akhirnya hubby kena tukar jugak. Hari Jumaat malam bertolak dalam kul 10.30malam ke rumah mak aku kat Semenyih sebab kedai tayar yang murah tu kat Balakong. Sebenarnya bukan takde yang berdekatan tapi memang mahal sket. Lagipun kedai tayar tu companynyer R&M supplier.
Semasa dalam perjalanan tu kat Jalan Duta, my kidz dah ZZZZZZ kat belakang dan aku yang kat depan ni pun tersengguk-sengguk. Memang ngantuk sangat !!… Tiba je kat Sungei Besi aku dengar bunyi hon dari belakang dan aku tengok keta dah ketengah skit.. Aku tanya kat hubby yang dia pun ngantuk ker. Dia diam jer... Aku pun cakap lah ..”tiba kat Tol kita tukar lah”. Kat tol Sungei Besi tu akulak drive. Hubby aku memang terus terlelap sampai kat umah mak aku...Sabar jer lah....

Pagi tu dalam kul 5.30pm Adiq kejut minta air ngan susu. Tau-tau jelah bila bangun pagi camtu...rambut kusut masai... aku tercari-cari getah ikat rambut. Adiq tanya ” Ibu carik gentik ke ?” aku dok tanya ? ape ? gentik ker? Kata dia lagi. Bila aku dah ikat rambut dia terus kata” ohh.. ibu dah jumpa” ? Laaa... rupanye gentik tu getah rambut. Agaknya apa yang dia paham getah tu jentik sebab Angah selalu dok cuba-cuba nak jentik dia... Pagi-pagi pun dia ada mood nak cakap...

Nak dijadikan citer, bila dah petang my kidz ajak hubby gi mandi kolam renang. Bukan kat umah mak aku yer.... Umah mak aku tu umah teres jer... Kat perumahan tu developer provide kolam renang untuk kegunaan penduduk. Bagusnyer !!. Masuk pun tak mahal dalam RM2.50-RM3.50 untuk kanak2 dan ikut ketinggian. My kidz suke sangat !! Memang development kat umah mak aku nie memang bez walaupun agak jauh tapi sumer ada cam Astro lak...

.: pics my kidz yang memang xcited sangat:.


.: Kat situ pun ada gym:.


Malam tu jugak aku balik ke rumah sebab esoknya Along ada kelas Abacus.

Till Now.


No comments:

Linky's Magical


ShoutMix chat widget