Pukul 7.18pagi tarikh hari ini, aku telah selamat melahirkan Adiq pada tiga tahun lepas setelah menahan sakit dari pukul 10.00malam sebelumnya. Melalui pengalaman melahirkan abang-abangnya yang lalu membuatkan aku tidak mahu di”induce” sebaliknya menunggu nature sakit tu datang dengan sendirinya tapi mungkin memang dah ditakdirkan bagi aku untuk melahirkan ketiga-tiga anakku dengan kembar darah iaitu tiada "waterbag burst" maka aku redha. Aku terpaksa di”induce juga pada jam 6.30pagi memandangkan keadaanku yang agak teruk menahan sakit.
Adiq telah selamat dilahirkan dengan berat 3.65kg. Agak besar dibandingkan dengan Along seberat 3.55kg dan Angah 3.40kg. Hubby dan Aku memilih HUSNA HUMAIRA yang bermakna Yang Putih Kemerah-Merahan sebagai nama kerana Adiq sememangnya seperti makna namanya. Aku memang bersyukur kehadrat ilahi yang mengurniakan aku seorang anak perempuan yang sihat dan comel. Dengan kehadiran Adiq, aku dapat rasakan yang Adiq bakal menjadi teman berbual di waktu senggang aku nanti.
Antara gambar-gambar yang sempat dirakam dari kelahiran Adiq hingga kini.

~ Nursery charges Adiq sebelum discharge pun masih disimpan~
~ Health Book Adiq ~
~ Permata Hatiku ~
Till Now.
No comments:
Post a Comment