Thursday, July 9, 2009

~ Along Kena Denda ~

Pagi semalam Hubby bagi Along RM8 untuk beli T-shirt sukan kat sekolah ngan duit belanja harian RM2.

Petang semalam bila Hubby tanya mana T-shirt tu… dia diam dan tunduk je. Duit kat tangan hanya tinggal RM7. Kelmarin pun sama jugak. Sampaikan hubby kena tanya dia beli apa dan harga berapa.. dan dia jawablah satu—satu makanan yang dia beli dan yang tak sedap tu dia kata yang kawan dia suruh belanja. ???

Aku pun sibuk nak enterprem....tanya Along yang kawan dia tu takde duit belanja ke ? Dia kata kawan dia hari-hari bawa RM4. Aku nasihat kan dia kalau nak belanja kawan yang susah tak pe... tapi kalau kawan macam ni dia kena cuba elakkan sebab dah dua hari berturut-turut dia kena... dia angguk kepala jer..

Kesian Along kena denda ngan hubby. Dia tak dapat duit belanja untuk seminggu dari hari ni. Kena bawak bekal /roti ngan air ribena jer....

Masa hantar dia pagi tadi, rasa cam tak sampai hati pulak tengok muka dia yang sayu...hati suh bagi gak duit tapi bila fikir balik...biarlah dia belajar dari kesilapan dia...





Till Now.



3 comments:

<< s| tED| >> said...

budak yg bawak rm4 hengget tu amek kesempatan tu! anak sape tu! bio ku sekehkan kepalanya..

x pe.. Along boleh belajar berjimat. nanti minta ayah dia masukkan duit blanja yg seminggu tu dlm tabung..

ekekekeke...

messyremo said...

hampagas betol budak tuh...

tak pasal2,along yg kne...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

<< s| tED| >> (jenuh aku nak menaip!)

kalu boleh aku pun nak sekeh gak tapi anak orang lar... satu nursery lak tu..kang tak pasal2 aku kena lak ngan mak & bapak dia..

messyremo..
tulah tu.. sian Along..Along ni dengan kawan memang camtu tapi kalu dengan adik dia hmmm ...berani gitu...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget