Wednesday, July 1, 2009

Mula menerawang lah aku nanti….

Hari ni hubby choti. Pagi tadi dia ke KL nak beli buku teks untuk Along yang hilang kat sekolah lama dulu. Nasib baik jumpa kat Minerva, Jalan TAR. Dah puas cari kat MPH, Popular dan kebanyakan kedai-kedai buku yang ada sekitar Sungai Buloh dan Rawang niy.


Dah tau dia ke sana, aku pun amik peluang minta tolong belikan novel. Novel terakhir aku beli ari tu masa pesta buku kat PWTC, 'Setiap Jumaat' dari Norhayati Berahim. Kali ni nak try penulis lain pulak. Aku pernah baca artikel pasal novel ni kat suratkhabar ntah bila ntah... sampai tajuk pun lupa.. Aku minta hubby aku tu tolong carikan novel yang islamik sikit. Hubby propose tiga tajuk. Aku kat ofis ni gi surf site, sementara dia gi cari buku Along. Akhirnya aku minta hubby belikan novel yang aku berkenan.

Balik dari KL, hubby singgah ofis dan kuar lunch ngan dia. Tak sempat-sempat aku terus amik novel tu ...

Akan mulalah projek aku menerawang ke dalam citer-citer serta watak-watak dalam novel ni nanti.... Kalau dah start membaca, alamat tak reti-reti nak tido lah aku sampai kena tegur dek hubby nanti...



Till Now.


2 comments:

Sue.Aleen said...

uihhh... adik saya gila baca novel norhayati berahim tu.. berkepuk-kepuk koleksi novel dia.

saya tak suka baca novel kecuali antologi novel arenawati.. memberi kesan kepada jiwa saya sampai sekarang ni..

kasihredha said...

akak dah lama tak l baca novel reen

Linky's Magical


ShoutMix chat widget