Tuesday, August 25, 2009

Baca Ke Tengok ??

Malam tadi selepas balik dari solat terawikh, hubby duduk sambil baca Majalah Nona keluaran raya yang baru aku beli kelmarin. Along sampai jer terus zzzzzz..... Hubby kata ada tazkirah selepas itu tapi tak boleh nak dengar sebab along dah terlelap di pangku dia. Ini gara-gara ubat selesema dan batuk yang aku beri selepas berbuka semalam.


Angah seperti biasa akan mulakan perbualan sambil memanjat belakang abah dia sebab nak ajak bermain. Hubby kata " angah jangan kacau abah, abah nak baca buku niy..." Aku nampak angah perhatikan abah dia sambil berkerut.

Tak lama lepas tu angah tanya " abah niy baca ke tengok ? angah tau.. abah bohong sebab kalau baca mesti suara keluar ikut mulut...angah tak dengar pun !! Teacher angah cakap berdosa tau kalau bohong." Hubby jawab " abah baca kat dalam hati jer". Angah terus pergi belakang abah dia dan tekapkan telinga dia dibelakang abah dia dan terus kata " angah tak dengar pun !! .Hubby tak boleh nak jawab apa terus ketawa terbahak-bahak. Aku pun ikut ketawa jugak.

Angah ni memang pandai bercakap atau keletah sangat... Kalau satu ditanya... sepuluh dijawabnya.... Alahai anak.



Till Now.

10 comments:

yginsaf4 said...

keletahnyerrr.. ehehe

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

Angah ni mmg kelako gile la...bole jd pak lawak ni..hehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en_me:

baru sikit jer iteww... hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Nita @ M.u.m.m.y M.i.q.h.a.e.l :

continue tadi lagik lawak kann...

LiNda said...

ekeke..

ada-ada jek si angah nie kan..kan.. gelihati saya membacanya.

<< s| tED| >> said...

ha ha ha.. lawaklah angah ni.. ekekekeke... pandai ajak bergurau..

kakrina.. lawalah gambar tudungpurple tu.. ekekekek

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda:
memang dia suka buat lawak spontan... hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ted :
memang dia macam tuh..mcam ibu dia kot..hehehe

berkenan ker ? Bak mai address..

messyremo said...

hehe~~

mmg terbaik ler jawapan angah tu..

budak skang mmg pandai..
bukan cm dulu2...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Omar:
memang berbeza gitu !! banyak dah KRina terkena dengan angah...hehehe

Linky's Magical


ShoutMix chat widget