Thursday, August 13, 2009

:: Di Melaka Lagi ::

Baru semalam Adik aku email sumer gamba-gamba di Banda Hilir. Tiba jer kat sana, bateri kamera dan Handphone aku kong ..serentaklak tuh....

Kami bertolak dari Taman Cheng Baru ke Bandar Melaka dalam pukul 3.30petang. Tujuan utama ialah hendak ke Banda Hilir sebab dah lama aku tak pergi. Paling terakhir aku pergi dalam tahun 1993. Kalau tak silap masa tu hanya ada pasir yang hendak ditambak laut kat situ. Parking dekat dengan tempat naik feri ke kapal ? untuk keliling Sungai Melaka... (tak sempat naik...bulan disember kami datang lagi..)

Hubby nak rasa naik beca . Semua teruja betul ditambah lagi dengan lagu-lagu yang dipasang yang memang buatkan perasaan seronok tu datang dengan sendirinya... Harga RM10 untuk satu beca. Kami ke A-Famosa. Tiba di sana jer terus ke Bukit St.Paul. Boley kurus aku kalau selalu naik ke atas tu.. Tak larat betul… Masa kat atas bukit tu, banyak betul soklan yang ditanya oleh Along. Bagus anak Ibu !... Ada rasa nak tahu.. Aku xplen yang mana boley jer..sebab dia baru tahun dua dan subjek sejarah memang tak belajar lagi. Nanti kena gugel-gugel balik dan citer balik kat dia.. ...

Bila sampai jer kat Dataran Pahlawan.... memang terkujat gak.. happening betul tempat sopping die (itu jer yang aku ingat...) walaupun tak besar mana... Bagi aku yang dari kecik memang selalu pergi ke Melaka, dulu hanya ada Jonker Street, Bus Stand & The Store tempat untuk pergi jenjalan… memang tak sangka Melaka dah macam niy !

Nak pergi ke tempat lain dah tak sempat sebab aku teringin sangat nak makan Mee/Bihun Sup dekat masjid kat Tengkera tu... Dah lama betul tak makan ...besanya aku akan makan dua mangkuk bihun dan minum air mata kucing. Untuk kudap-kudap pulak, aku akan makan satu pinggan popiah...memang peerrrgghh...sedap betul tapi sedih betul sebab bila sampai jer ..tempat tu dah nak tutup... Adik aku pun dah terjangkit sebab bila dia pergi bercuti kat Melaka mesti dia pergi makan kat situ.. Nasib baik bulan Disember ni ada kenduri kahwin lagi, jadi bagi nak menyedapkan hati... makan masa tulah nanti....



:: xcited dapat nek beca ::



:: Adiq berani betul pegang Ular Sawa tuh ::
..sebenarnya takleh amik gamba.. ni curik-curik ..hehehe.





:: jalan-jalan jugak tapi amik langkah berjaga-jaga ::




:: sumer tengah tengok permandangan...

yang bebudak nampak hanya swimming pool kat bawah ..alahai... ::

:: dengan Adik aku ::


:: memang takleh dok diam... dah namanya bebudak kannn... ::



:: tak lepaskan peluang ..mesti nak posing ngan hubby..hehehe.. ::



:: beli keychain ngan gelang kat brader niy.. ::



:: tak dapat lembu idup...yang batu pon jadik.. ::


:: sumer gembira...
"jangan buat peace !...
jadiklah terkatup sumer mulut..hehehe..
kejam tul Mak Teh eh..



:: gamba tak sharp sangat..lagipon petang tu berjerbu... ::


:: banyak gak tourist datang kat sini..::



:: masa gerak ka Tengkera.
anak-anak aku sumer nak nek keta Mak Tam ..
Anak2 adik aku lak nek keta aku, Yang kiri Shazniza Natasha-Tahun Satu dan Kanan tu kakak; Shazwani Nadhira -Tahun Tiga ::
Aku dapat hadiah besday masa dalam keta tuh dari kakak...
dia beri frame gamba.. ingat anak buah kat aku... timaseh kak..::

Till Now.




6 comments:

messyremo said...

tak naik eyes on melaka ke kak?
tak pun naik menraa yg pusing2 tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Omar :

dah nek masa kat titiwangsa dulu..takuut..

tak sempat lar hari tu..terkejar2 pasal balik hari.. nak pegi lagi nanti..

Chuckiesd said...

Melaka memang dah banyak berubah...memang best pergi Melaka skang ni..

<< s| tED| >> said...

alahai krina... berubah tu ok.. tp yg menyentuh hati bila pdang pahlawan dah hilang :(
rindu kereta lembu :(

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Chuckiesd:
bez memang bez tapi kenangan lama dah tak de...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ted :
yelah..baru KRina teringat..dulu ada keta lembu kat sana kan...

dah jadi tempat soping lak... macam takde tempat len nak buat...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget