Thursday, August 20, 2009

:: Hati Tak Tenteram.... Jadi Gembira ::

Dalam pukul 11.30pagi semalam dapat panggilan telefon dari nursery. Adiq menangis dan badan dia panas semula. Hati mula tak tenteram.. Aku siapkan kerja yang patut dan terus inform HRD nak ambil halfday. Tepat jam 1200 aku bergegas balik. On the way balik aku singgah di McD Drive Thru dan tapaukan apa-apa yang patut untuk dimakan. Yang memang pasti kalau nak masak memang tak sempat..

Sampai nursery dalam pukul 1230. Semua budak-budak termasuk anak-anak aku sedang tidur bergelimpangan. Kesian tapi nak buat macamana... Semua Ibu bapa perlu bekerja untuk membesarkan anak-anak. Kalau diikutkan hati, memang nak berhenti tapi memandangkan kos hidup yang tinggi masa ni, maka aku matikan hasrat itu. Aku hanya berangan-angan jika Adiq sudah mula ke sekolah nanti , aku akan membuat keputusan samada perlu atau tidak aku berhenti...


Aku hanya membawa Adiq balik ke rumah. Seronok tengok bila dia tersenyum-senyum bila nampak beg plastik McD. Walaupun di nursery Adiq dah makan, dia menghabiskan satu mangkuk bubur tu... Adiq memang ingatkan Abang-abang dia. Bila tengah makan, dia tanya samada makanan yang lain tu untuk Angah dan Along.

Untuk aku, hanya mee kari dan cendol pulut sahaja... cukuplah bagi mengalaskan perut dan yang pasti sangat gembira bila melihat Adiq ceria... Sesudah makan ubat, Adiq tidur dan bila bangun, demamnya dah kebah... Alhamdulillah..

Till Now.




8 comments:

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

umaira mesti la suke ibu die balik..pastu bawak mekdi pulok...hehe moge cepat sembuh ye..

LiNda said...

Salam..,

moga anak2 rina cepat sembuh . wahhh..ada mcD.. memangle besh .

Tapikann... lagi besh kalu dpt mee kari tuh ! hwaaa.. laparlah pulak.

cikwan said...

naka ir cendok tu kak rina....sedapnyer cendolllll...
semoga adiq dah kebah dari demam dia ye..musim h1n1 ni mmg takut kalau badan panas...sayang dia dgn abg2 nyer...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Nita:
timaseh.
mmg nampak muka dia ceria sgat smalam. xtau lar pasal nampak McD ker atau nampak Ibu dia...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda:
memang bez mee kari tu walupun isi ada telur ngan tahu goreng jer .. Yg lagi bez tu anak dara yg jual niy.. ramai btul peminat dtg makan..hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Cikwan :

siannye. kat Tewan takde cendol eh... buatlar pastu post yer.. Nanti KRina tiru..hehehe

slalu gaduh2 tp syg kat abang2dia..mintak2 smpai bila2...

<< s| tED| >> said...

kakrina mee kari dgn cendol pulut bukan alas perut tu.. eekekekekeke

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ted:
hehehe...
(sbb slalu makan nasik bile tgahari..)

Linky's Magical


ShoutMix chat widget