Saturday, August 22, 2009

:: Sahur Beramai-ramai ::

Buat pertama kalinya pada tahun ini kami sekeluarga bersahur beramai-ramai. Pada tahun-tahun sebelumnya hanya aku dan hubby sahaja bersahur dan kadangkala Along turut serta tanpa dipaksa.


Sejak dari minggu lalu Along dan Angah menghitung hari bila puasa bermula. Seperti biasa aku tidak mahu memaksa anak-anak. Mungkin pada tahun lalu Along melihat semua rakan-rakan serta sepupu-sepupu berpuasa penuh maka tahun ini dengan sendirinya dia bertekad untuk menghabiskan puasanya. Ditambah lagi dengan pesanan dari Ustazah di sekolah KAFAnya membuatkan dia bersemangat sekali. Aku gembira kerana tanpa paksaan atau disuruh Along dengan rela hati ingin berpuasa dan ini diikuti oleh Angah. Angah buat pertama kalinya diumur 4 tahun sudah ingin berpuasa.


Aku menghamparkan hamparan di dapur dan menikmati sahur dengan bersila. Teringat kembali nostalgia zaman kanak-kanak dahulu. Semua adik-beradik duduk bersila dalam bulatan untuk bersahur bersama-sama. Apa yang pasti, emakku akan menjadi orang yang terakhir makan bagi memastikan semua anak-anaknya dapat menjamah makanan .


Selepas sahur tadi aku sudah mula memotong cili kering, bawang merah dan bawang putih yang perlu dikisar untuk dibuat stok memasak nanti. Pulang dari ofis nanti aku akan mula mengisar kesemua bahan-bahan masakan tersebut.


Semoga kami sekeluarga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

AZAN SUBUH MERENTAS SEMPADAN,
FAJAR MULIA SYAHDU DI HATI,
SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN,
MOGA AMALAN KITA DIBERKATI.


Till Now.

14 comments:

wanita mutalib said...

wah baguih along...

ado niat nak pose, leh galakkan nih :)

p/s ~ sowi n3 sayo tadi kakak heeeee.....

thanks info pasai n31ogos :)

wanita mutalib said...

silap kakak..


n3 11 ogos.. :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wanita Itu :

takde pape-pape lar...
KRina ni open-minded gitu..saja usik jer tu..

gheee....

myQza said...

budak2 kalau dah bersemangat nak berpuasa.. baguslah.. buat yg temampu :)

myQza said...

budak2 kalau dah bersemangat nak berpuasa.. baguslah.. buat yg temampu :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ted:
a'ah.

baru call umah...Angah dah termakan ..hehehe takpelah kann...kecik lagi.

Anonymous said...

buat stok tewww..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en_me:

senang gitewww..
lebur sumer iteww.. hehe

Chenta said...

bagus along.. semangat ramadhan dah datang ..

Bestkan kenangan dulu2 time bersahur dan berbuka .. ala.. rindunya .

Krasz bAtu said...

selamat berpuasa

messyremo said...

kak npe tukar gmbar profile?

hehe~~seram nengoknya

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda:
Yelah..memang rindu sangattt....
rasa tak sabar nak balik rumah mak ..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Krasz bAtu:
Samalah kita...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Omar :

Saje2..

tapi mmg plan nak tuka balik..hehehe..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget