Sunday, October 4, 2009

:: Santau @ Guna-Guna Di Zaman Sekarang ::

Kengkadang susah nak percaya pada zaman sekarang ini ada yang nak santau @ guna-gunakan orang. Tak takut pada balasan azab yang menanti. Ini adalah kisah benar. Bukan terjadi pada aku tetapi pada ahli keluarga aku.

Seorang emak pasti perasan bila tingkahlaku anak berubah. Tak nak makan dan minum di rumah. Tergesa-gesa keluar selepas menerima panggilan telefon. Pergi ke mana-mana mesti di’report’. Duit gaji habis entah ke mana. Bila ditegur .. melenting padahal bukan sikap yang sebenar.

Terjadi pada adik lelaki aku, SA. Dia seorang yang peramah dan kadangkala terlalu peramah hinggakan gelfren yang dulu-dulu cemburu bila dia beramah-tamah dengan orang lain. Kelakuan dia terus berubah menjadi seorang yang pendiam. Tak lekat di rumah. Berbulan-bulan  dia macam tu .Emak mengadu pada kami adik-beradik.


Nak dijadikan cerita, Abang Ipar aku ada kawan yang pandai mengurut. Itu pun secara kebetulan dia ke rumah kawan dia untuk berurut dan kakak aku saja bertanya kalau-kalau dia pandai mengubatkan orang. Kakak beri gambar perempuan tu. Gambar teu kakak aku dapat dari handphone SA yang diprint oleh Azura (adik aku). (macam PI watak2 dalam kisah ini). Kawan abang ipar kata yang SA mungkin telah terkena..Mungkin telah diberi makan. Wallahuahlam..


Kakak minta pertolongan beliau dan beliau bersetuju untuk mengubati tetapi dengan syarat iaitu tuan punya badan mesti datang sendiri. Kakak aku terpaksa kelengong pada SA dengan bagitahu kawan  abang ipar dia ingin membeli produk CNI (SA buat part-time). Masa di rumah tersebut, kawan abang ipar bagitahu pada SA yang dia sudah terkena buatan orang . Mula-mula dia terperanjat dan tak percaya. Lepas dijelaskan oleh kawan abang ipar, dia bersetuju untuk berubat. Pesanan dia kepada SA ialah kalau boleh makan di rumah emak atau di luar aje. Alhamdulillah dia pulih . Emak lah orang paling gembira lepas tu.


Adik ipar, Shida (isteri abang SA) bagitau yang perempuan tu kerap minta SA belikan barang-barang. Yang diminta branded item aje..( handbag, kasut, handphone) kalau shopping mesti  di KLCC atau Pavillion. Bukan hendak mengutuk bangsa mereka tetapi SA sendiri pernah bercerita ketika dia ke rumah perempuan tersebut di Jalan Jelatek, Keramat di mana bapanya orang kita seperti tak boleh membuat keputusan. Duduk seperti orang bodoh. Ibunya, orang sana saja yang bersuara.


Lepas berubat, perempuan tu selalu sms SA. Mungkin tak puas hati sebab SA putuskan hubungan dengan tiba-tiba. Setiap kali sms dihantar ke SA, SA akan forward ke Azura dan Azura menjadi orang tengah untuk membalas setiap sms perempuan tersebut. Macam gila talak rupanya. Setiap hari  macam tu sampaikan SA tukar nombor baru. Dia pun jadi takut.

Nak jadikan  cerita SA baru  tahu yang setiap lelaki yang perempuan tu kenal bagi gelaran pisau cukur pada dia.


Till Now.



14 comments:

messyremo said...

alhamdulillah...
dah sembuh

bahayanye...
huh~
igtkan da takde org guna santau..

Chenta said...

Salam Rina..

Alhamdullilah... dah sembuh.

Memang geram kepada sesiapa yang melakukannya . Jenis pisau cukur . Tak tahu malu.

Benda macam nie memang tak boleh dijangka. Ada berjenis santau . samada melalui makan or angin .

Sentiasa berwaspada .

myQza said...

nasib baik adik kakrina nak berubat. separuh org dia x percaya pada semua ni.

perempuan tu org mana.. kakrina guna bahasa 'orang sana'. he he he..

alahai.. kat dunia dia bolehlah terlepas...

Unknown said...

adik omar...skrg nih lagi teruk dowang main santau2..

tp ambe pelik jugak ah..malas nak cakap ah..kalu kat skolah tu, dikalangan ustazah sendiri yg menyantau member2..ni penahlah jadik kat member ambe..kes nye ..jeless..xleh tgk org ader harta benda manyak..

Alhamdulillah dah sehat..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Omar :

mmg susah nak percaya tp bila dah terkena ...kena percayalah kann..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ LiNda :

mintak2 adik tak terkena lagi. risau jugak sebab orang kata kalau org yg lembut hati ni senang kena...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Ted :

a'ah. hati dia terbuka berkat doa emak agaknya.

nak sebut orang mana xnak ada yg terasa. mak dia dah dapat ic merah sbb dah lama bermastautin kat sini.

KRina mmg ada ramai kengkawan dikalangan dorang ini masa mmbesar kat Dtk Keramat dulu. sbb tu xnak sebut.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ ashie023 :

wahh..tu lagi teruk..sesama kawan pun sanggup yer..

kawan makan kawan tuh..

mintak selisih kan.. mana tau di kalangan kawan kita ada yang tak puas hati dengan kita...

Anonymous said...

terhingat pisau cukur cik siti jalang ittewww.. ehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ en_me:

tp yg niy cik siti jalang yg xde 100 suami.. belom smpat lagi semua dah lari...hehehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

bahaya sungguh benda2 gini~

sueanne said...

owh..kes adik akak lagi teruk erkk..
memang dah terkena..alhamdulilah selamat dah ok..

risau kan kak takut benda2 ni terjadi..lagi2 xsume orang boleh ngubatinye..mintak2 kite sume dijauhkan dari benda2 camni lagi..

lupe nak mention..abg sedara sue pn kena..non stop tersedu2x..sampai die kurus..masa kena ni die tinggal kt parit buntar..memang bahaya kawasan tue..huhu

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Zara :

tu orang tua2 kata..
mulut jangan manis & jangan pahit sangat...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

^_^ Sueanne :

owh yer ker?...Kesian kan...kalau yg boleh sembuh tu...alhamdulillah tp kalau yang tak..merana badan ...tak tau nak cakap macam mana..

itulah manusia..rambut sama hitam tp hati lain-lain..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget