Wednesday, December 16, 2009

Terima kasih Kak Long..

** Bulan Disember ada 3 orang dalam famili menyambut hari jadi **


Terima Kasih Kak Long.
Jasamu dikenang.
Semua pengorbanan Kak Long dan Kak Ngah dalam membesarkan kami
adik-beradik sepanjang ketiadaan emak & arwah ayah yang keluar berniaga untuk menambah pendapatan keluarga dari jam 2 petang hingga ke 10.30malam. Ketika itu Kak Long berumur 19-23 tahun.

Kini, bila melalui tempat tersebut di Jalan Chow Kit iaitu Plaza Selangor
dan kini Mydin kenangan pasti datang ... banyak kenangan pahit dan manis dahulu.


Alhamdulillah, hari ini genap umur Kak Long 44 tahun
dan masih bekerja di KDN, Putrajaya.
Kak Long bahagia kini di samping suami tercinta Abg Long Zainal Abidin;
bercinta selepas perkahwinan mereka.

Kini dikurniakan 3 orang cahayamata. Along- Muhammad Hafizuddin kini sudah 18 tahun,
belajar di Politeknik-Kajang, Angah- Muhammad Ruzaini kini menduduki SPM
dan yang bongsu, Nurul Izzah di tingkatan dua.

SELAMAT HARI LAHIR !
"Semoga panjang umur, dijauhi penyakit yang memudaratkan serta dimurahkan rezeki wahai Kak Long Aziza ku.."









Till Now.



2 comments:

en_me said...

me ponnn bulan disember .. ihikks

myQza said...

selamat hari lahir kak long!!

betapa besar pengorbanan kak long untuk adik2 dan keluarga!! :)

Linky's Magical


ShoutMix chat widget