Saturday, January 9, 2010

Anak-Anaklah Penyeri Hidup; Alhamdulillah..

Pagi ni working Saturday. Pagi tadi lepas masak untuk lunch, aku terus bersiap-siap nak ke ofis. Masak simple jer. Sambal Sotong gaya Kak Watie..(tau sebab apa? Bila tengok sambal sotong dia yang seekor-seekor, aku rasa macam nak cuba; tembam-tembam jer semua.. Selalunya aku potong ala-ala cincin tu.. (kali ni tak de gambar pon..tak teringat nak snap)


On the way tadi, teringat yang hubby kena ke SJMC/SDMC untuk final check-up mata Adiq. Macam mana boley lupa ni ! Bukan lupa check-up tu tapi lupa tukar kereta. Dah terbiasa pergi kerja terus capai kunci kereta yang biasa aku pandu. Kereta lagi satu tu air-condnya ada problem. Yelah..keta lama. Nanti-nantilah nak betulkannya..Dah berhabis duit untuk membetulkan kereta tu.


Hubby bukan bawa Adiq sorang macam biasa tapi kali ni dia nak angkut semua sekali. Risau jugak ni.. Boleh handle ke ? Faham-faham jelah..Bila ketiga-tiga orang tu sekali… Mahu gamat dibuatnya. Tak terlayan dia nanti. Tunggu dan lihat aje apa kata hubby nanti. ...


Masa aku call, diaorang baru nak keluar. Jadi aku mintak hubby datang ofis, tukar kereta. Kesian anak-anak ; Sekarang ni, musim hujan tak menentu. Tiba-tiba hujan nanti, berkabuslah windscreen tu nanti. Tak nampak jalan nanti. Bukan dekat SJMC nak ke Rawang. Hubby setuju untuk singgah.


Tiba aje di ofis, kemain suka lagi. Diaorang ingatkan nak amik aku pergi sekali. Along; masuk kereta jer memang patuh undang-undang; terus pakai seat belt. Kelebihan budak-budak sekolah sekarang. Di sekolah ada belajar secara teori mengenai peraturan-peraturan & undang-undang di jalan raya.

Pandai Anak ibu..
Enjin pun belum start lagi ..patuh betul..
Serius jer muka Along.
Biasanya kalau muka dia macam ni
Adalah yang dia tak puas hati .. Balik nanti kena tanya..




Adik & Angah tak nak masuk kereta sebab aku tak ikut.
Bila aku kata aku kena kerja, kalau tak nanti bos marah,
baru diaorang masuk kereta. hehe..taktik sikit.
Muka sedih tapi sekejap aje...dah nak gerak terus tersengeh-sengeh..


Sempat posing lagi. tepi toilet pun jadik
Sekarang dah pandai nak melawa.
Kalau boleh hari-hari; siang-malam nak pakai seluar jeans.




Note : Alhamdulillah. Hubby baru call. Pakar kata Adiq dah pulih sepenuhnya.




Till Now.


11 comments:

Wan Amalyn said...

Na,
barang yg oghang kirim tu masih ngan ko kan?? tgk la dlm mgu depan atau mgu lagi 1 oghang gi ambik kat rumah ko... hehehe lagipun dah lama tak jalan-jalan sampai sana... =) rindu kat ko jugak!

harap adiq baik-baik saja!!

Anonymous said...

kak rina..

muka along tu mmg muka ngah tk puas hati tu
ekekekeke

kalo kita mcm tu lah
huahuahauhau

zhrhtoodem said...

alhamdulillah
pulih sudah
=)

haah la
serius along tuh
takut jugak
hehehehe

tape2
dia pakai jeans pun still cun!
heeeeeeeeeeeee

Watierman said...

Tersedak Akak sekajap..busy ni...tak sempat nak n3...da..got to go!!Alhamdulillah..semuanya dah sihat ye!!

My Life My World said...

Salam Rina, Alhamdullilah Adiq dah okay :) ... melihat kerenah anak anak kekadang kita lupa ke'tension'an kat pejabat, tapi kekadang kerenah anak anak bisa bikin tambah tension wooo...hehehe, manusia memang tak pernah puashati dengan apa yang ada.

myQza said...

kakrina, pernah ckp dgn mak nak buat sotong seketul2. tapi mak cakap takut tercekik, pastu takut susah nak makan. maklumlah emak gigipalsu kang tercabut lak!

Ayu Hussien said...

ok gak tak puas hati wat muka mcm tu.. klau Akmal dia dah menunggeng.. hihiiii

en_me said...

ammvoiii anak dara tewww.. dah pandai bergincu blomm.. ekeke

Pocket said...

kat sekolah ada orang mengajar undang undang jalan rayer yer?
waah bagus nyer, so kena la berhati hati dpan diorang nanti, jangan kena kondem plak...
'apa lah abah!! mana buleh langgar lampu merah? dah la langgar-lari pakcik naik motor tu, tak bagi signal masa melanggar tu!'

heheheh:)

indahhouse said...

salam kak reen,
thanks ya singgah kat blog saya. nice blog too. saya follow gak. :)

sueanne said...

seriusnye alongg..kelakar lak tgk die duk tegak camtue..heheh..

alhamdulillah..mata adiq dah okei...selamat takde ape2x..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget