Thursday, January 7, 2010

Y.E.S. cara OnLine..

Lepas cuti lama,hari Isnin nak bangun pon emm.. mataku tak buley bukak. Kelat semacam. Kena sergah ngan hubby, baru boley bangun.. jangan percaya. P*nggu*ng dan kaki yang memang sedia ada dah berat ni pon susah nak gerak. Sampai jer ofis; atas meja penuh sungguh. Terus duduk penuh sopan..bukak flyer perlahan-lahan tapi mata melilau perhati orang... Tengok sambil tersenyum-senyum lagak si encik kacang ... Aku ssuka !

Kebelakangan ini kebanyakan cuti jatuh pada hari Jumaat . Cuti yang memang apply sudah lain hal, yang negeri bagi, yang anak sakit lagi, yang suami sakit ..eh..itu tak termasuk !.. Duduk rumah takde keje yang memberangsangkan tapi sebenarnya baaanyaak keje , maka masa dihabiskan di depan laptop ni untuk membeli-belah. Masa ni kan tengah Y.E.S ..tapi aku..secara online.

Aku suka dan senang dengan cara ni. Tak perlu bayar & pusing berkali-kali untuk mencari pot sesuai untuk letak kereta. Tapi kalau terpaksa pergi, park mesti dekat lift atau escalator. hehe..melampau ! Lagi, tak payah terjebak dengan queue yang berderet-deret seperti di mana-mana Jasko dan yang paling penting serta utama ialah jimat petrol. Bukan senang cari duit !..Haa ..aku tahu mesti korang kata menghabiskan duit memang pandai... Ya terima kasih..aku akui.. tapi aku habiskan duit untuk anak-anak . Bahagia tengok anak2 tersenyum gembira. Sendiri ? kadang-kadang belilah ..duit sendiri kann... ..itupun untuk magazine & novel2...

Oh ya..bagi mereka yang dah terkena fraud melalui cara online banking ni, aku turut simpati. Sejak bermulanya cara online dari bank cap harimau, aku dah gunakan hingga kini. Alhamdulillah, so far so good. Tak de yang mencurigakan. Hanya dua tahun setengah ni jer ..sejak join company lain. Gaji masuk bank heshelbee. Takkan tak guna; nanti melopong keje takde gaji.. Ala-ala sukarelawan tegak berdiri. Bank ni boley tahanlar functionnya @ optionnya (betul ke?..) tapi tak sebagus bank cap harimau tu.. mesti kembang semacam orang yang keje situ..takpe, bagi can sikit..…macam-macam ada.. macam Astro !

Lari topik. Kita ke topik utama. Apa yang membuatkan meja aku penuh ?

Parcel dari tukang jual yang guna PosLaju.

Gambar pertama : set baju+seluar jeans untuk Angah. Untuk Along takde saiz.

Gambar kedua : seluar jeans untuk Adiq. (Adeh..pening sekarang niy! Dia hanya nak pakai jeans ke mana2..no skirt..no dress ..)

Gambar Ketiga : Novel keluaran Jemari Seni. Penulis yang aku suka; Kak Noor Suraya~ the latest dari dia: Jaja & Din . Sumer novel2 dia aku dah baca. Novel Bintang-bintang dari Syurga dari keluaran yang sama tapi dari penulis lain~ Xarine. Nak cuba penulis lain pulak.

Gambar Keempat : Paling bez ! Tandatangan dari Penulis Novel ni, Kak Noor Suraya.

gambar candid credit utk Angah;
tunggang terbalik menggunakan handphone.
Bukti yg ada kerja dibuat semasa cuti..hehe.. opss..itu tugas seharian lar..


Till Now.



6 comments:

zhrhtoodem said...

hehehhe
isnin memang malas nak buat kerja.
alehai...

pernah gak beli on9
hehhee.
tapi kena rebut jugak. sekali barang tuh orang dah tempah kecewa gak.
hehehehe

Watierman said...

Okay...okay akak percaya Reen wat kerja...kan dah ada bukti tu....

wah nanti lepas baca kasi komen best tak novel tu...''

Akak masih ada stok nak baca...hubby rajin beli...akak yg tak terkejar...latest buku aisya sofea pun dia dah rembatkan..."Yang Sebenarnya" berbalut dgn platik lagi...punyalah tak ada masa hehehe alasan Akak la tu!

My Life My World said...

Salam Reen, akak dah sampai umah Reen ... nak pinjam novel leh? Chewah macam Kak Senah pergi mesyuarat tingkap rumah sebelah jer nak pinjam kunyit ... ;)

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak reen..saya pun la ni dah mula berurusniaga online...senang sikit...malas la nak kuaq kangaq dah la sempit kadang2 jem....kekadang tak dak tempat letak kereta.....baik soping on9 ja....

en_me said...

rajinnyerrr menjemurr kainnns.. ehehe

Wan Amalyn said...

Na,
=) oghang klu pasal online tgk mood tp selalunya ajak sirman keluar, saje ambik kesempatan berdating w/pun bertiga :P

Dah khatam baca Jaja & Din? *wink* harap tak mengecewakan ko... hehehe!

Linky's Magical


ShoutMix chat widget