Wednesday, February 24, 2010

Mak Hilang !

11 kawan yang bezz
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua cover line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar-mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.
Gua punyala terperanjat!
"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira-kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewritter.
"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:
"Alhamdulillah....Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:
"Dalam sinki pantry."
Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.

"Bab*!"

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!
Sia-sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.



Note: sumbangan ? diperolehi dari email.



Till Now.




Wednesday, February 17, 2010

-Minggu-Minggu Yang Panas...

7 kawan yang bezz
Panas sungguh minggu ni. Aku suka ! . Semua bagai yang dijemur cepat sungguh kering. Habis semua langsir, cadar, sofa cover di buka untuk dibasuh. Macam aku pulak nak tahun baru. Bagi kaum Tionghua , tak terlewat untuk mengucapkan; Gong Xi Fa Chai... Nin Xian Kuai Le.


Pagi Selasa selepas breakfast bawa anak-anak ke Bukit Beruntung Golf Resort. Dengar macam gempak pulak... Main golf ker ? hehe.. taklah tapi ke swimming pool . Bagi surprise pada anak-anak. Masa on the way, dorang asyik tanya jer nak ke mana . Surprise kata aku. Tiba di tol Bukit Beruntung, Along dah tau nak pergi mana.. ingat jalan ni, kata dia. Apalagi, masing-masing seronok bukan main lah !

Dekat setengah tahun tak pergi . Harga yang dicaj dah dinaikkan. RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Okey lah tu. Sampai masa untuk tukar baju, Along dengan Angah pandang aku. Tau kenapa ? Sebab tak pakai underwear. Dah jadi habit pulak, Along tak nak pakai underwear. Angah pun dah terikut-ikut. Bila tanya kenapa tak nak pakai.. Jawapan yang diterima.. terlekatlah .. terselit lah... Adeh, bertuah punya budak... macam mana ni ? Takkan nak beli saiz yang besar. Aku kata takyah mandi pasal takde underwear. Monyok je masing2.. Tak lama tu bila aku keluarkan seluar mandi...baru tersengeh-sengeh. Dalam pada tu sempat bagi last warning kat dorang. Huish… memang sempat...


Semua tak ingat nak balik bila dah berendam. Aku jadi mak guard jer... Mandi-manda ni kureng sikit.. (terasa seperti diperhatikan.. hua-hua-hua..)..



entrance

..Adiq..
lasaknya dia sekarang dah macam abang2 dia; naik risau aku

..Angah..
berani-berani lalat jer ..



suka sokmo !

bowing-wing !..
kasut tahun baru... hehe..



pit-stop
minum dulu !



Adiq dah puas mandi ..laparnya !
Along berendam sampai mata merah ..





balik !
Adiq kesana-kemari dengan beg mainan dia ..







balik lalu jalan lama
kenangan ex-ofis hubby.. termenung jap dia kat trafic-light tu..


Till Now.




Sunday, February 14, 2010

Kunjungan Insan Tersayang... Mencari Lauk Segar !

5 kawan yang bezz
Salam ceria buat semua. Wah.. lama sungguh rasanya tidak bercerita membebel di sini. Terima kasih buat Sueanne, Cikwan dan Te yang sudi menjengok bertanya khabar walaupun rumah aku ni senyap sunyi tanpa cerita. Ada juga orang yang ingat kat aku.. .. terharu sungguh !


Aku ada. Menjalani rutin seharian seperti biasa. Hanya masa untuk tenet di limitkan. Di ofis sudah ada access semula untuk menggunakan IE tapi aku memilih untuk tidak menggunakan untuk blogging sebab IT Dept sudah memberikan ID dan Password untuk sesiapa yang ada access berbanding dengan dulu yang menggunakan public ID. Maka... kawan-kawan, faham-faham jelah.. Pasti ada sebab-musabab mereka buat semua tu. Di rumah hanya guna bila sempat.. itu pun untuk FV @ kebun sahaja.. tunggulah bila PC ku ok semula.. (belom hantar repair pon..)


Berbalik pada citer asal.. sori ye..aku sememangnya 'long winded'... hehehe... kalau nak baca-lah..kalau tak, tengok gambar jelah..
Kunjungan dari insan tersayang ni pada malam minggu lalu. Siapa ?... Emak tersayang lah.. Suka betul aku. Nasib baik adik aku SA buka mulut untuk ke rumah sebab terbaca blog aku pasal adiq sakit mata dulu... kalau tak memang tak tahu lah bila nak sampai...


Kesian jugak kat Adiq aku tu.. bujang tapi macam orang dah kahwin ...banyak nau commitmentnya..

SA hantar Emak, Azura(adik aku) dan 3 anak dia jam 1230 pagi. Bila emak dah datang tu ..aku mesti tanya samada dia nak ke Sungai Buloh untuk mencari pokok bunga atau ke Kuala Selangor untuk membeli lauk-pauk fresh. Ajakan untuk ke Sungai Buloh di tolak sebab rumah dah macam taman dah... sampaikan SA pun bising nak parking kena hati-hati..hehe.


Akhirnya kami ke Kuala Selangor untuk beli lauk-pauk. Penuh satu keta dengan orang dan lauk-pauk.



Pilih-pilih..


anak-anak tengok view...


..ibu, ni bapak sotong ke ?...wuishh memang besarrr..



tunggu giliran..kira..





ketam segar.. beli di Pasar.


..gulai lemak cili kering ketam tanpa nenas..

masak pada hari Selasa






Mak cari bantal kekabu... beli 4biji.. sebiji @ RM17...
makk ooi ingatkan sepuloh hengget jer.. ! Nampak sangat tak pernah beli..
bantal kat umah sumer mak bagi..hehe..

SA ambil emak, Azura dan anak2 jam 11malam pada hari Ahad. Anak lah yang paling gembira bila dapat bermain dengan sepupu siang dan malam.





Till Now.




Linky's Magical


ShoutMix chat widget