Tuesday, March 9, 2010

Macam-macam cari.... Handphone, Camera, Meja, Rumah... huissh..

Salam tengahari yang ceria buat semua. Sejak kebelakangan ni rasanya macam kebanyakan blogger citernya suam kuku jer …lebih kurang macam aku pulak. Ye ke ? atau aku je yang pepandai.. padahal tak jengok pun... jangan marah ye.. Cerita memang banyak tapi nak mulakan tu memanglah M.. Kali ni aku nak citer untuk dua tiga minggu lalu. Ada yang dah basi pun. Layan jelah..




Aku kan pernah citer yang aku keluar untuk cari sesuatu di KL. Ke Low Yat Plaza, Jalan Bukit Bintang. Tujuannya ialah untuk mencari Handphone untuk hubby. Akhirnya gara-gara Adiq menyumbatkan plastesin di charger telah berjaya membuatkan hubby menukar handphone yang sememangnya dah uzur. Handphone yang sama dengan aku pada tahun 2005 i.e. Motorola Razr V3 keluaran pertama masih dipakai oleh hubby ! Sayang sungguh dia..hehe.. Kalau tolak kat kedai gerenti tak nak.. Hubby dah terpikat pada Blackberry; Celcom promotion tapi kena tunggu stok dalam sebulan. Lambatlah pulak. Alang-alang kalau pakai handphone macam hubby, biar betul-betul berbaloi yelah.. sampai lunyai-banyai barulah tukar..hehe… Lagipun memang susah nak call dia kalau di obersea.. (takde 3G) antara sebab yang menyebabkan dia kena tukar jugak. Akhirnya hubby amik Nokia E latest tu... Sumer ada..




Barang yang kedua adalah Camera. Rasa macam tak sempurna bila ke mana-mana tanpa kamera dan hanya bergantung pada camera handphone aku tu. Cybershot yang ada dah rosak; masuk air semasa kami ke PD bulan Disember lalu. Hendak hantar repair rasanya tak berbaloi lagipun hati dah terpaut dengan kamera jenis ni. Bagi sesiapa yang hendak beli jenama Sony; bukan tak galakkan tapi saja nak share experience.. untuk snap gambar pada waktu malam tak sharp gambarnya. Malap je tak sepadan dengan jenama dan harganya. Hubby beli 5 tahun lebih dulu . Semasa mula-mula digital kamera slim berada dipasaran. Nak up to date lah kononnya tapi indah khabar dari rupa. ..frust jek.




Dah ada kamera baru ni, boleh lah snap projek terbengkalai aku. Brooches dari Korea yang hendak dijual @ publish pada sesiapa yang nak beli. Saja suka-suka. Nak biar orang lain nampak cantik jugak. Kenalah belajar cara nak menggunakannya. Segan pun ada gak, mana taknya besar bagak. Kena assisgn hubby jadi camera manlah jawabnya lepas ni.. Mula-mula tu sayang gak nak kuar ongkos... huissh.. tak habis-habis dengan kafdalkafwauta aku tu.. tapi tutup sebelah mata jelah bila pikirkan boleh guna lama. Terima kasih pada CIKWAN for the advise. Ingatkan nak Nikon tapi hubby dok search forum kat tenet tengok ramai yang prefer brand ni.






Banyaknya barang yang hendak dicari ye... Akhir sekali, dapat juga meja makan. Anak-anak dah bising kerusi tak cukup, maka pejamkan mata lagi... huhu.. janji anak-anak gembira. Kali ini aku bagi warning jangan pandai2 guna alan-key untuk buka skru kerusi ; kalau tak pisang berbuah dua kali.; habis patah 2 kerusi dikerjakan. Seronok bukan main dorang. Masing-masing berebut-rebut nak bersihkan meja selepas makan. Tak boleh letak barang walaupun tudung saji atas meja.. macam-macam.. Suka bukan main dorang bila dapat makan sekali pada satu masa. Tapi yang peningnya..memasing berebut nak duduk sebelah aku. Kena rotate..hehehe.





Projek akhir sekali .. Kononnya nak panggil orang buat simen kat belakang rumah. Boleh jadi tempat menyidai baju. Semak-samun dah kat situ. Lagipun kerap sangat lipan masuk kat dalam rumah. Sekarang ni tempat menyidai di depan rumah. Sejak dah ada jiran baru ni... Dulu tumpang di rumah sebelah. Selama tinggal kat sini dalam 8 tahun ni; kiri dan kanan aku memang tak de orang duduk lagi.


Dari simen bertukar ke tembok ... akhirnya buat full extension ... kini dalam pembikinan.






pasu-pasu kesayangan.. ada lebih 20 biji sumernya.

..inilah antara sebab2 aku suka sangat ngan Farmville tu..

..kat rumah memang tak sempat sangat sejak bibik dah takde ni..


ba-bai pokok pisang ku ! huhu..


Petang Sabtu, kontraktor hantar ..
Pagi Ahad dorang start buat..





Note : nanti update lagi.

entri ni dari minggu lalu draft dan tambah pasal umah je semalam.. huh..



Till Now.




6 comments:

LiNda said...

wahh... bahaya tuh lipan dah masuk kerumah ... berhati-hati.

Rina,

Now, saya dah ada blog baru khas untuk kaum wanita (lelaki pun boleh gak ) .. cara terbaik menghilangkan kelesuan dan mendapatkan kecergasan yang hakiki . Hanya dengan Buah Mahkota Dewa .

so... dipersilakannn....

My Life My World said...

Salam Rina, akak pun dah slow down up date blog, sebab buzy banger ... (selama ni pun memang slow jugak tuh, tak nak ngaku jer). Mana gambo handphone baru en. suami dengan meja makan + kerusi baru tu. Dah ada Kamera baru tu, hambik ler gambau banyak banyak yer ;)

zhrhtoodem said...

wah
best nye !!
semua baru jee.
heeeeeeeee

wanita mutalib said...

bestnyer kakak !! :P

Anonymous said...

haku pun pakai canon eos juga, walaupun ramai rakan pakai nikon,

salamm,

sueanne said...

fuyyooo kak..kamera baru tue...jeles ni..hehehe...

rindu kat akk sorang ni..new n3 pleaseeee...heeeeeeeeee...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget