Thursday, July 15, 2010

..BaaNunChaYa..

Salam Semua.


Perkataan tu dah lama tak dengar. Mesti kengkawan semua dah kena.
Kali terakhir yang aku ingat masa remaja di rumah mak di BBSentul.



Bila gugel2...rupanya Kos Banci Penduduk dan Perumahan 2010 adalah sebanyak RM200 juta dan ia membabitkan tenaga kerja seramai 29,000 orang. Bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010. Huh... banyak dan ramai sungguh !



8hb lepas bancian untuk penduduk kawasan rumah aku . Masa bancian diadakan aku takde di rumah. Hari bekerja kannn… jadi ditukar ke 10hb. Aku terlupa untuk telefon contact no yang diberikan. *kesian adik tu.. dua tiga kali datang.



Malam tadi.. dalam pukul 900malam. Pintu diketuk.. Terperanjat beruk dibuatnya.. Tengah kyusyuk membaca buku yang beli hari tu. Angah & Adiq pandang aku, aku pandang dorang. Mana tak saspens, suara lelaki beri salam. Pastu baru terfikir Along pergi tuisyen dan pagar belum dikunci lagi.


Bla..bla..bla…

“Suami akak takdelah dik… “kata aku.
“Takpelah kak, saya duk luar jer… “ kata dia. * kesian dia sambil berdiri menulis/menanda.



Semua soalan dijawab sebaiknya.


Festaim kena banci. Tak tahulah macam mana rupa soalannya. Rupanya bermacam2 soalan. Sampaikan soalannya ada tak peti sejuk, ekon, mesin basuh, microwave, hp, tv…. etc.. Wah detail sungguh !





Note : Terkedu bila dia kata ada satu keluarga di kawasan rumah pendapatan seisi rumah hanya RM1500 dengan anak seramai 6 orang. Keluarga itu mungkin dipilih untuk mendapat perhatian JKM . Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang ada.


Till Now.




32 comments:

Kakcik Seroja said...

Saat anak2 kita memberontak kerana tak dapat makan kepoci, eh! kfc seminggu sekali, ada anak orang lain nak makan seketul ayam goreng sendiri sebulan sekali pun payah, kan?

Queen said...

rumah saya takde org datang banci puunnnn...huhu..dia tak nak banci ke?..agagaga

saya nak tolong bgtahu,,,

rumah ekon nan ado..
radio..nan ado
heater nan ado

agagga

saya dapat tak bantuan JKM?..agagaggaga

Hjh Noralenna Abbas said...

Akak khuatir juga kalau orang banci datang bilang abang dah ada rumah. Semalam ada dua orang lelaki 'ding dong' di pintu pagar. Akak intai dan tak berani buka pintu. Comfirm bukan orang banci, sebab pakaian meragukan.

en_me said...

hingatkan miskin tegar bawah RM500 .. uhuhu

cheqna said...

cheqna belum dibanci...dibenci???? ntah..hehehehe
nak dapatkan bantuan JKM??? kita akan siasat betul2 la.....
mana yang layak kita akan bagi...

Chenta said...

ekekee..

sesuka hati jek Queen ..

Reen,

gaji sebegitu dgn 6 anak , kesian kann ...

Relevan said...

Nanti ada awek banci nak minta no hp dia orang..tengok bagi ke tak?.. he he!

PuanPepel said...

belum dibanci lg..

sueanne said...

Salam kak rina..setakat ni blom lagi dibanci..rasanyalah...heeeeeeee..nanti nak tanya org rumah..:p

Alimaz-Kembara Terasing said...

kami dah kenna banci bulan lepas...

Zaitun said...

Kawasan rumah kak Zai belum kena banci.

Hamizah said...

ku baca benci..tertipu..

kak wan said...

Akak dah kena banci...2 hari lepas ,kelam kabut je,last - last borang tulis sendiri ..

ibuintan said...

akak pun lom kena banci lagi, tak taulah kalau adik banci tu datang waktu orang tak de di rumah..
dah pernah dulu kena banci, kena benci pun sudah..

Acik Erna said...

salam reen..rumah akak belum lagi..tapi..dulu2 dah pernah dah..kalau ikut kata reen ni..sekarang lagi detail la soalannya..

hentian said...

last merasa kena banci masa kecik-kecik dulu. student universiti yang membanci. sejak besar ni tak pernah kena lagi..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakcikseroja ;


terasa insaf kan kak...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Queen ;

yabang nan ada.. bahagia selamanya..



*cakap minang wa ang ye..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Nora ;

kalau terlalu mencurigakan elok tunggu abg akak jer.. bahaya di mana-mana.


yang datang rumah tu staff TNB. Cari duit lebih kata dia..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en_me ;


en_me kaya tegar.... hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cheqna ;


terima kasih pada pihak jabatan cheqna.. ;0)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda ;

Queen tu saje lah tu... heheheee...


yelah LiNda..kesian sangat.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

relevan :

ada bran mintak ? hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

mier@merr ;


belum cukup umur eh...?


hehehe...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sueanne ;

Suuuuuuuuueeeeeeeeeeee.... awat tenggelam-timbul jer ni..... kRina windu sangat dengan Sue ni...


Belum sampai paya jaras agaknya dorang tu... hehe...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Alimaz-Kembara Terasing ;


wah.. cepatnya !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zaitun ;


tungguuuuuuuuuuuuuuu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Hamizah ;


hehehe...

gimik jer tu !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak wan ;


akak tulis sendiri.. senang sikit kan kak? tak macam polis soal-jawab..hehe.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ibuintan :

kena benci ? sabar ye kak.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak Erna ;


tak lama lagi lah tu kak..
selamat dibanci !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Insan Marhaen ;

huit..lama tu IM.
tak lama lagi sampai lah tu..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget