Friday, July 23, 2010

Beli Secara Online: Fikir-fikirkanlah Sebelum Terkena Macam AKU !

Mulanya tak rasa nak citer pasal ni tapi aku fikir-fikir balik mungkin ada kebaikan pada yang akan beli secara online.


Produk yang aku beli ni untuk kesihatan kononnya. Pernah dengar kan pasal FOOT DETOX PATCH.


Aku beli secara online. Mulanya nak mencuba tapi bila tengok order yang diterima dari customer lain memang banyak. Lagi pun diberi harga spesel jadi aku pun tertarik. Tak cuba terus beli disebabkan tak nak bayar courier charges dua tiga kali.


Bayar pada awal bulan Mei dan dapat produk pada hujung Mei. (seminggu sebelum aku ke CHighland) Aku hanya guna 10 keping, maknanya untuk lima kali pakai.


Pada bulan June … kesemua….aku ulang.. kesemua…. 90 keping . bertukar warna jadi kehitam-hitaman dan mengeras. Hangin tak ?



Bila ke blog minah ni..*aku geram ni... tulis mesej di shoutmix tanya ....tak balas... Tulis lagi....tak balas jugak... Apa ni ? Mana pergi after sales service. Macam ni ke berniaga? Wahh.. masa minta payment disuruhnya email bukti pembelianlah, sms lah.. Pastu segera balas within a menet. Huh..



Aku bukannya nak minta duit tu balik tapi sekurang-kurangnya ekplain lah sikit kenapa boleh jadi macam tu...




Hanya ada seorang yang mungkin hendak beli bertanya pada aku di shout mix pasal tu.




Masa beli tu niat aku nak bagi pada adik-beradik, mak dan mertua pakai…. Dah jadi macam ni…



Jadi, pada sesiapa yang berminat nak beli secara online walaupun tak semuanya macam ni…fikir-fikirkan lah..



Note : aku tau dia baca ni sebab dia ada dlm following list.




Till Now.




45 comments:

sahromnasrudin said...

salam..terlajak perahu boleh reverse, terlajak bayar online...hampeh dan kecewa la jawapnya kan huhuhuhuh

kakcikseroja said...

Kakcik ada baca di blog Dr. Singa - rasanya beliau kata, foot detox tu produk menipu je sebab warna hitam yang kononnya toksin tu adalah tindakbalas peluh dengan entah apa2 bahan dalam 'plaster' tu. Wallahuaklam.

kak long said...

eee..sibaik lom bli...
dah ada ura2 tu...
selamat kaklong...

cheqna said...

kak...
cheqna beli ngan budak opis hari tu
cheqna memang tak berapa nak caya mana ngan pembelian online ni..memang seumur hidup cheqna tak pernah beli pape melalui online..bimbang kena tipu..huhuhuhu

ainnoraini said...

kwn kat office pernah terkene beli secara online...tapi bile dpt brgnye sungguh kechiwaa....so satu penganjaran tak berani nak order mcm tu...

kak wan said...

Akak suka beli online ni ..so far tiada lagi yg buat perangai, pasal FDP tu akak ada jumpa yg mengeras tu sib baik 2-3 kpg je . akak pakai je.

relevan said...

Hati hati dijalan raya..begitu juga membeli secara online..

Yunus Badawi said...

awak takde no tepon dia ke? Kalau ada boleh cuba hubungi dia.

Tapi saya rasakan, dia pun tak tahu produk tu jadi mcm tu. Dia tukang jual aje. Skrg ni mesti dia pun rasa bersalah. Kalau betullah apa yg saya agak ni, kan lebih baik dia hubungi awak dan jelaskan apa yg terjadi. Sekurang2nya hilang sikit rasa bengang tu.

aMiYs said...

oh, yg keras tu kan rasanya pasal masuk angin... sbb sy pun ada benda tu. simpan dlm plastik biasa je, tengok2 dh keras... tp x smpi warna hitam lg la... terpaksa tumbuk guna anak lesung nk kasi hancur... huhuhu... sadis...

kakngah said...

kite pn baca blog dr. singa cma kakcikseroja....
terus hilang nawaitu nk try patch ni...

fikaryna said...

kak rina..ni kes naya..mesti la dapat penjelasan..

walau beli online..bayar pakai duit kan..

Zaitun said...

Kak Zai ni kalau membeli barang suka tengok barangnya lepas tu tanya macam2 dah puas hati baru beli.Takut tertipu....

Queen said...

owh..saya baru je nak beli..thanks for sharing...tapi kan..kawna saya pun cakap benda nie bohong je..akalu letak di udara macam biasa pun dia akan hitam....huuu

Ms.Lilies said...

ni la salah 1 sebab takut nak beli online...tp kot nak kena cong pun beli depan2 pun kena gak kan huhu

julietchun said...

masuk angin ke hapa jadi cenggitu?

Sharinginfoz said...

pernah juga beli kek lapis sarawak tapi bila dapat rasa macam yang dah lama le....

kak Erna said...

reen..akak pernah beli..nak cuba..beli untuk seminggu sahaja..jadi tak kena lah macam tu..

zaradgreat said...

oooo.banyak jugak iklan pesal detox tuh kat internet. ingatkan okeh. rupanya cenggitu pulak ek. tuh la. kena pk 2 3 kali nak beli.kadang2 tak memuaskan. tengok kat gambar cantik. dah dapat? aish

akuanakpahang said...

Org berniaga nie kadang lembut gigi pada taik gigi kalau dia nak mengena huhuhu........

kak ida said...

kak pernah beli benda tu...bila takde perubahan kak malas nak order lagi.tapi kakak tak berani order online takut kena tipu.

piewahid said...

turut bersimpati. sabarlah & berhati2 di lain kali...

en_me said...

bengang kannns.. uhuhu

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sahromnasrudin ;

memang kuciwa dibuatnya..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakcikseroja ;


tertipulah saya..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak long ;

selamat poket yea..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cheqna;

tak yah pening kepala kann..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ainnoraini ;

pengajaran utk yang lain jugak

psst : saya tak boleh komen di blog awak.

tukarlah ke window pop-up yea..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak wan ;

samalah kita kak.. manjang jer beli online setahun lebih ni.

Kali ni jer tak bernasib baik.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

relevan;

hati-hati yea...


hikhik..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

YB,

dia ada no saya & saya pun ada no dia. sms tak balas pun..

Memang dia tak tau; tapi ambil lah bahasa sikit telefon @ sms.

saya pakai semualah nampaknya..tak jadi bg famili. huhu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aMiYs ;

pelik jugak macam mana boleh masuk angin tu...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakngah ;

ye ke.. naper lah lambat nak terjah..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

fikaryna ;


betul-betul-betul.
belanja anak2 makan lagi bezz.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zaitun ;

kena buat tu.

pengajaran buat saya.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Queen ;

huaaaaaa...

itulah...tipah tertipu ..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ms.Lilies ;

betul2..
kalau dah nak kena tak kira tempat & masa..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

julietchun ;


hangin kus-kus lah tu..

hehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Sharinginfoz ;

ada jugak geng terkena..

ralat je kan ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak Erna;

ada perubahan tak kak?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

zaradgreat ;

iklan tu yang menggoda sangat, terpedaya dibuatnya..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

enYassin;

setuju sangat...

pahtu ntah mana hilang..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak ida ;


takde perubahan kak,

maknanya produk tu ..?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

piewahid ;

timaseh atas simpati dan nasihat.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en_me ;

tahap gabanssss...

DrSinga said...

kalau tak ditampal pun dah hitammm....
apakah pekdahnya kannn???

Linky's Magical


ShoutMix chat widget