Thursday, October 28, 2010

Misteri Nusantara... Kisah Benar

Setiap kali kalau balik rumah emak mesti ada cerita terbaru.. Kisah misteri nusantara.. haaa..haaa..(baca nada seram bukan nada ketawa). Kawasan rumah emak aku tu dulu ladang kelapa sawit. Nak percaya ke tak tak tahulah sebab tak pernah kena atau nampak setiap kali ke sana.


Kes pertama.
Jiran sebelah kanan.

Balik situ masa weekend aje. Ada satu petang, dekat nak maghrib rasanya. Rumahnya pagar memang sentiasa bertutup. Anak bongsu (2 tahun lebih) dorang hilang dalam rumah! Cari merata rumah tak jumpa. Nak dijadikan cerita, ayahnya azan di setiap penjuru rumah.. Tiba-tiba anaknya keluar dari bawah meja kopi di ruang tamu. Anaknya kata kawan ajak main sama-sama.... huaaaa.....seram tak ?


Kes kedua
Selang berapa bulan masa dorang bertolak balik ke rumah yang dorang tinggal masa weekdays di Cheras. Emaknya pelik anak yang sama asyik duk di kerusi belakang sekali sambil ketawa terkekeh-kekeh. Emaknya dah rasa tak sedap hati. Bila sampai aje mak dia tanya..Adik buat apa kat belakang tu?.. "Kawan adik tu ikut..dia panjat atas kereta pastu dia jengok-jengok adik.. "......hiiiiiii.....seram lagi.


Kes ketiga
Jiran sebelah kiri
Suaminya tentera, jadi jarang ada di rumah. Isteri dia muda lagi.. macam aku.. kekeke..sempat lagi tuh! Ada satu pagi sebelum subuh dia ke belakang rumah nak menjemur baju. Dia nampak lembaga putih dan berambut panjang warna putih belakang rumah emak. Kesian dia, demam sampai seminggu.


Kes keempat
Di waktu yang lain pulak, ketika suaminya tiada di rumah jugak dia terdengar suara orang bercakap pastu ketawa di depan pintu rumah; dalam porch. Waktu tengah malam.. adoiyai..


Kes kelima

Ada juga yang nampak benda tu ..sorang anak dan emak berjalan di lorong rumah emak aku tu menghala ke arah hujung jalan. Mahu tak tidur orang tu dibuatnya !


Kes keenam
Adik aku SA.. Bujang lagi. Balik kerja aje, lepak dengan kawan-kawan. Dah tengah malam baru nak balik. Pernah terserempak jugak tapi dia tak nak cerita pada emak tapi dia cerita pada jiran-jiran emak. Bila ditanya dia tak nak cakap. Aku rasa mesti dia tak nak cerita sebab takut semua tak nak datang rumah dia... Hehehe..



Ada yang lagi seram..
Dalam rumah emak. Aku takleh citer sekarang ni. Aku tengah seram. Abi dengan budak-budak takde ...


Lain kali eh...


Note : Benda tu semua kerja syaitan. Setiap malam aku pastikan anak-anak baca doa tidur dan ayat kursi sebelum tidur.


Till Now.


17 comments:

ckLah @xiiinam said...

Jaga diri....

:D

azieazah said...

Heeeee.. kiter pun tumpang seram gakk..

Ms.Lilies said...

teringat lak cite2 camni masa dok asrama dulu...huihhhh seram plak rasa...

udah le baca n3 mlm jemaat

zulkbo said...

salam..
apakan daya kan?
dah dia nak bermain di situ..
moga ke lain lah lepas ni..

Unknown said...

uiihhhhh..memdebarkan
kat opis ambe pun ada jugak cite2 camtu..arghh..

Aku adalah aku said...

Tegak bulu roma aku reen....hish....dah penah aku alami sendiri....tak nak ada ulangan dah....

Aku Anak Pahang said...

Biasa dah malam jumaat nie mmg byk antu.. errr.. kata org tmpt macam tu kena di hembus2 sikit kalau dak disuka benor main kat situ.

white rose said...

salam kak rina...
kihkih...

sian kak rina...
dah tau suami akak xde, nape la akak duk cerita tentang ni...

orang yang membaca & orang yang menulis lain perasaannye...

hati2 ye kak...
malam jumaat ni...

kak long said...

reen ni..mementang la mlm ni mlm jumaat...huishhh...!

hentian said...

di tadika tempat ibu_suri mengajar sebelum ni pun ada juga.

kata ibu_suri lembaga tu berambut panjang persis JUON...

kak wan said...

EEEiii...ina tersalah baca lak patut baca esok tapi suspen tu ..siap terbayang lagi..
Google je surah al ruqyah..lepas tu pasang sampai pagi akak rasa berkesan.
Amalan ayat kursi bukan saja syaitan iblis ,pencuri pun takut. dah terbukti pada akak.

Chenta said...

Reen,
rumah emak saya pun ada..

jumaat keliwon - seram baca citer awak .. jaga diri tauu..

My Life My World said...

Nasib baik ada 6 Kes jer, tu pun dah seram. Tahu tak saya baca laju-laju sebab takut ... hehehehehe

yuzie said...

Da brani baca citer serammmm ni, hubby da balikk hihii...

Zezebel said...

Adik saya yang perempuan dulu pun macam tu. ustaz cakap tak boleh biar, nanti dia culik adik. Bagi adik duduk dengan ustaz tu setahun mcam tu, baru baik.

Dr Singa said...

benci lah reen niiiiiiiiiiii.......



siang2 pun meremang bulu romaaaaa...

Anonymous said...

kalau anak2 kecik yg nampak 'kakak' ke 'kawan'ke.. elok lah bawak pergi berjampi.. pasangkan dinding pada dia.. bimbang, masa kecik ni berkawan.. tapi nanti terikat sampai dia besar..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget