Tuesday, October 26, 2010

Suka ? Kawan ? Glam ? $$$ ?

Sebab apa orang berblog ? Saje suka-suka ? Nak ramai kawan ? Nak glam ? Atau nak cari duit poket. Terpulang pada diri masing-masing.



Aku mula 'berblogging' dari Februari tahun lepas. Sekadar suka-suka aje. Orang buat, aku pun buat. Orang letak gambar, aku pun letak. Aku ni jenis suka bercerita dan kadang-kadang tu adalah jugak terlong-winded. Semua pun nak diceritanya... kekeke... macamlah ada yg nak baca!... Hujung tahun lepas hingga awal tahun ni..jadi suram, kelam dan seangkatannya. Gara-gara dek leka dengan game di FB. Memang berhantu !


Sejak kebelakangan ni tujuan aku adalah untuk mencari kawan baru. Bukan sekadar untuk komen atau ulasan. Kalau bolehlah.. aku nak berjumpa dengan semua yang rajin ke sini .InsyaAllah kalau masa mengizinkan...ceh-ceh-ceh... Nak ke dorang jumpa aku nih?



Sehingga hari ni aku pernah jumpa tak lebih dari sepuluh orang.



Sueanne - berjumpa di The Store Sungai Buloh untuk beri hadiah besday . Ayu dan manis orangnya. Bermata kaler hazel asli ! Takyah pakai konteklenz. Sudah jarang berblogging sebab kekangan masa. Macam chipsmore dia ni.. Aku memang imprez kat dia sebab dia ke tempat kerja menaiki motosikal ! Pulak tu dengan helmet merah striking dia. Memandu bila hujan aje.. Tersangatlah independentnya...



Sue, kRina curik gambar di FB.. Jangan marah aaa...
..rindu betul dengan komen-komen dari Sue yang panjang lebar....


bila nak bukak kotak komen ??


Syazni - jumpa di Tesco Semenyih masa aku ke rumah emak. Kebetulan dia tinggal di Semenyih. Aku suka baca novel. Novel yang aku cari sekian lama dah takde di pasaran. Dia menjual novel-novel 2ndhand. Suka betul bila dapat novel tu. Novel apa ? Sentuhan Kasih dari Norhayati Ibrahim... suka sangat..! Baca berulangkali tanpa jemu ...


Relevan/ Abg Syed - jumpa di BTP. Ada kenduri kahwin anak saudaranya di sana. Abg Syed nak ke rumah tapi ketika tu Abi takde kat sini. Aku hanya beri leaflet produk SD2 .. slimming product & Alphalipid.. utk kesihatan sekiranya dia berminat.



Elly - On da way balik dari kampung raya tahun ni aku singgah di rumah keluarga Elly di Sungai Lui, Raub. Kenal tak lama pun tapi aku memang plan nak pergi rumah dia sebelum balik raya lagi. Aku suka dengar lagu si Aizat "Sungai Lui" tu jadi aku nak tahulah kat mana tempatnya. Kebetulan memang ada kenduri di rumah dia . Kami tetamu terakhir rasanya hari tu. Along menapau tart nenas. Abi makan bertambah bila nampak masak lemak kuning telur itik. Padahal baru lepas makan gulai tempoyak MIL.



atas permintaan tuan punya blog... hanya gambar aku ajelah yang korang nampak.. hehe..

Bila nak jumpa lagi ni.. ? Shah Alam dekat jer tu..




Yunus Badawi / YB - Dapat jemputan masa dalam bulan raya. Jammed sana-sini masa tu. Tiba rumah YB di Keramat Permai jam 9 malam. Abi aje yang banyak berborak dengan YB. Aku segan ! konon.. Campur tolak sikit- sikit aje.. Mungkin sebab rasa hormat agaknya.. Jenuh memesan pada anak-anak sebelum turun keta.. Biasalah budak tengah naik.. takut lasak sangat. Apa-apa pun, Mee Bandung Kak Lina memang sedap ! Kerepek bawang tu buat sendiri ke ?



Kak Long - Sabtu lepas jumpa di Kajang. Sekian lama nak jumpa akhirnya dapat jugak. Aku tak nak simpan hadiah GA @ Contest tu lama-lama..takut terpakai dan expired pulak.. Tak dapat berbual panjang. Jumpa sekejap aje sebab tengok condition Kak Long yang kena demam campak tu.. rasa kesian pulak..


Kak Long belum sihat lagi

selim betul Kak Long ! ...

Aku nak jumpa semua-semua kawan ni.....kalaulah aku ke..

Terengganu - LiNda , Ashie023 & Cheqna.. dari tahun lepas kita kawan.. kannnn


Kuantan-
Kak Wan

USJ .. Kak Som... mungkin ke?.... akak sorang ni very the low profile..

Seremban ... Kak Erna

K.Pilah.. IbuIntan

Damansara ?Bandar Utama, Mutiara Damansara ? -Mimi...

PJ...
DrSinga

Banting... K'eja

Perth, Australia.. Miza.. jauhlah... tapi kalau awak balik sini... boleh kan?


Sri lanka... Anis.. tunggu ko balik sini hujung tahun baru boleh citer..


Fasha, Stuttgart, German... lagilah jauh..

Dan juga... ZaraDgreat, KTS, JulietChun, Gadis Comel, YanDarwisy dan kawan-kawan lain yang sudi komen di sini.



Majoriti perempuan.. Lelaki ? Di sini sajalah kann.. Bukan apa, tak nak timbul fitnah. Lainlah kalau isteri masing-masing tahu.


Boleh kann ?



Till Now.


66 comments:

My Life My World said...

Acik pun suka berkawan dengan Rina, bila lah kita nak jumpa ya. Walhal dekat jer kita ni sebenarnya ;)

Jumpa kat Blog jer lah hari hari nampaknya.

My Life My World said...

Acik pun suka berkawan dengan Rina, bila lah kita nak jumpa ya. Walhal dekat jer kita ni sebenarnya ;)

Jumpa kat Blog jer lah hari hari nampaknya.

Kakcik Seroja said...

Salam Reen...

kakcik pun teringin nak berjumpa dengan kawan2 maya kakcik ini secara nyata.. enath bila agaknya impian akan jadi kenyataan.. cuma telah berjumpa dengan beberapa orang sahaja... InsyaAllah, akan tiba masanya nanti. :)

Ms.Lilies said...

Jom deting :)


Errrr...
Berblog utk syok sendiri boleh?
Hihihihi

en_me said...

xnak jumperr me lar tewww.. aiyokkk

Chenta said...

Reen,

Saya pun lebih selesa berjumpa blogger perempuan . Insyallah, ada masa kita pasti akan berjumpa .

Mehlah Sini Terengganu .. kita jalang-jalang ..

kak long said...

berjumpa dgn reen la rasa tak kekok,ramah sangat...bak kata reen...
lagi bezzz...bila dpt jumpa...
ehhh betul laaa...

kakngah said...

k.reen,
kite tggu klong dtg sini... baru blh jemaah serang BTP.
aci tak???

Dr Singa said...

yeahyeahyeahhhhh...
kita pun nak jumpa awak!!!
:)
jom set the date!
serius ni.... :)

cheqna said...

jom kak...
kalu cheqna g KL boleh kita jumpa..tak pun akak datang sini..mehla...=)
friends forever =)

mama affan said...

kak..mmg best kalau dpt jumpa kan..asyik tgk tulisan jer..tapi masa dan peluang sll x izinkan sbb ada jarak kita jauh kan..huhu..

Relevan said...

Nanti ajak Abi dan hero2..turun tempat kome..patin tempoyak bila bila masa sahaja..

Yong Kamariah said...

Boleh aja dowh...insyaAllah ada harinya kita jumpa ....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

My Life My World;


yalah kann... kengkadang lalu laluan akak hari2 kalau nak ke petronas BRP..

InsyaAllah..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

W'salam kakcik ;

Nanti saya tefon akak kalau ke sana...


* saya ada snap gambar paip air tu masa balik dr kg abg nak ke rumah emak raya hari tu..

anak2 pelik..tengok berulangkali.

Siti Noor Aminah said...

tak mo kawan!

takde pun nama sy kat situ. menci! menci! menci!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Mimi,

jommmm... nanti kita roger2...tapi no nya takde sih...


apa-apa pun boleh beb..sendiri punya kannnn.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en_me ;


malu sih...
nampak kereta en_me pun dah seram tau...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

LiNda ,

Kannnn...

Kalau ke sana, saya beritahu tau...

jalang-jalang cari makang !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak long ;

ramah dengan pomfuan jer kak long...

Kak Amy said...

salam..

kita pun nak jumpa gak hehehe..

jemput ke sinar raudah ye

julietchun said...

berkawan biar seribu berkasih biar satu kan kak :P

KTS said...

alamak.... malunya nak jumpa

.
.


.
.

ihihihi.. ngengada.. padahal dia yg gedik nak jumpa org :D

::..dYa..:: said...

salam

Berkawan biar beribu-ribu kan kan

Aku adalah aku said...

Reen;

Sayang ko....kalau tak nampak la muka aku yang tak semenggah tu....

Tu lah bukannya jauh sangat...kalau ko rajin, ko masak aku datang makan...leh aje....

aNiS tHe BumbleBee said...

nk jumpe ko sangat sangat sangat!!!
ada rezeki,next month@ ujung tahun kita jumpa yek??

bestkan berblog ni,dapat ramai kawan2.hepi!hepi!hepi!!!

kak wan said...

Ina..,
kalau OTW to umah cheqna ke, Linda ke, singgahlah umah akak..
Akak selalu pegi Shah Alam tapi memang tak sempatnya nak jumpa ina.

Amni said...

kalau mai sawak, jumpa saya plak! jum3!Hehe

sueanne said...

teringat lak first time jmpa krina.. berdating tepi escalator.. hahaha.. nak makan2 tak sempat, almaklum la krina sendiri faham duk ngn family kan.. hihihi.. nanti nak set gak ari jumpa krina, hadiah contest n besday tak bagi lagi.. adehhh... nanti kita jmpe eh kak.. hihihi

kotak komen?
erkk.. lom ada mood lagi la krina.. tggu janggut krina kuar dulu baru sue bukak.. hahaha..

kapalifkap,
halammimta simwau waualifronunalif mimroalifha lamalif kapalifkap.. ngeeeeeeeeeeeeee!

Acik Erna said...

salam reen..akak menanti..kalau nak keseremban..jangan lupa bagi tau ye..boleh kita jumpa..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tak de nama kau selamat

aku cuma menulis pasal aku dan pasal apa yang aku lihat pasal apa yang aku suka pasal apa yang aku tak suka
aku tak pernah pedulik apa orang kesah

syamimi azmira said...

InsyaAllah jika masa mengizinkan kita jumpa.kak Zai suka orang yang peramah sebab kak Zai pun jenis pot pet.
kak Zai
mamasya.blogspot.com

ibuintan said...

jom reen, turun Pilah bukannya jauh sangat pun, jalan Bukit Putus dah lurus dah... ikut LEKAS pun lekas sampainya

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

huhu...nita takde dalam list???

tak nak jumpe ke??

kite dah jauh sket la kak..

kalo tak ari2 boleh jumpe...

gossiipp mosssiiip...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakngah ;


set ! pastu nanti kRina gi LB lak tau...

Yunus Badawi said...

itulah hairan tengok Rina aka Reen diam aje malam tu. Tak sangka Abi banyak cakap. Seronok berbual dgn dia macam dah kenal lama.

Emak Adam tak dapat nak duduk lama malam tu sbb ramai org.

Lain kali kita jumpa lagi kalau ada kesempatan.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

DrSinga ;

yes3 doc nak jumpa...
nanti saya fixkan date ke klinik ..

serram lah doc !

Yunus Badawi said...

Kalau dah sibuk dgn FB mmg blog kadang2 tu terabai. Tapi nasib baik mereka yg di FB tu pun sebahagian besar mereka yg di blog.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cheqna ;


boleh saja kita jumpa..suka3 !

kalau ke terengganu nanti kRina bgtau..

masih dlm perancangan...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

fikaryna ;

betul tu..

apa2 pun jaga kandungan baek-baek..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

relevan @ Abg Syed;

insyaAllah. Boleh saja !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yong Kamariah ;


yup ! nanti kita setkan masa aaa..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

GaDis CoMeL;

alamak ! dah majuk..

busyuk2 ni...


link tak jadi mula2nya.. tu yg tak letak.

cuba lagi lepas GC komen... at last berjaya !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wsalam Amy Syaquena ;


dulu selalu ke sana tapi disebabkan kotak komen lama tu, kRina xleh komen..

dah tukar rupanya..

lepas ni kRina datang hari2..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

julietchun ;

betul-betul.yg satu tu kena jaga betul2...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

KTS,

alahai sicomel...


malu ?
kRina pun malu jugak..

hehehe...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

W'salam Cik_Noor ,


betul-betul-betul...

setuju sangat...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

elly;

tak semenggah apanya... standardlah muka orang bekerja keras .. hehehe...


pasal masak no hal, ko cakap jer bila ko nak datang..aku siapkan.
* weekend lah ya ..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aNiS tHe BumbleBee ,

insyaAllah. Aku pun memang nak jumpa sangat dengan ko..

Balik hari tu ko sibuk sangat..


* lukisan tu kalau aku kirim, ko agak2 mahal tak courier charges ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak wan ;

InsyaAllah kak.. Selalu jugak ke Kuantan dua tiga tahun lepas.

Pak Cik Abg tinggal di Pekan.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Amni ;

Terima kasih sudi singgah.

boleh saja. Kali terakhir ke Kuching 4 tahun lepas.

wah.. ena niki belonlah ya..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Sueanne,

dah dekat ngan November dah ni... kali ni biar kRina belanja tau !! Jangan mengelak...

bertuah punya budak... ada janggut tau..selai aje, sesat .tak caya kita jumpa kRina tunjuk..

hehehe..


dalha tawaukafra... mimyaraalifha nya !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Erna ;

InsyaAllah kak.

Akak Seremban kat mana ya. Mak CIk saya tinggal di Senawang.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o ;

ingat selamat ...

kena baca waktu malam aje n3ko. Panjang kan.. ..baru bez sebab kalo di ofis... caca marba dibuatnya..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zai,

bestnya kalau dapat jumpa...

tak okey lagi ke blog akak tu...?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ibuintan ;

InsyaAllah kak.

lama tak ke sana. Mertua kakak saya tinggal sana juga...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L;


hehehe... ngado2 lak dia..


tak dapat borak2 cam dulu kann...
bozz Nita tu manjang jer kat ofis sekarang ni...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yunus Badawi @ YB;

Otomatiklah saya ni kalau dgn lelaki yg tak berapa kenal..

Saya pun surprise gak Abg leh borak sakan ngan YB.

Selalunya dia mmg kurang berborak..


InsyaAllah, kita jumpa lagi..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

YB lagi,

itulah ..FB pun saya dah jarang2.

tengok sikit2 aje..

white rose said...

salam kak rina...
akak dukkat mana?

sy selalu ke sungai buloh tu...
kedai akak sy betul2 sebelah KFC kat pekan sungai buloh belakang the store tu...

tu la tempat sy melepak bila cuti2 sekolah...

afzan said...

balik tanjung besar nanti kita jumpa. yeke tanjung besar? keh ingat2 lupa dah!haha

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

W'salam white;

kRina duk di BTP, Rawang

hari-hari kRina ada di Sg Buloh. Keja sana. Lunch selalu gak gi sana.

Sebelah KFC kan kedai runcit @ kedai hardware kan?

Aku Anak Pahang said...

Saya pun supa berblog sekadar suka2 aje.. selebihnya mengeratkan silaratulrahim aje...nak harap duit iklan huhuhu sedih sangat :(

hentian said...

nak jumpa IM? alahai... IM ni pemalu sikit la ...

hek eleh....

CS said...

Azrina
CikSom tu low profile ke? Kat blog dia komain lagi asyik potpetpotpet memanjang...
.
.
... dengar cerita dia pemalu orangnya tapi takat nak jumpa kat Mydin perkena JM beriani insyaallah bisa diaturr .. katanya.

white rose said...

sebelah KFC tu yg sebelah kiri kalo menghadap bank...
kedai printing kat bawah, kat atas tu pusat tuisyen AKADEMI MINDA...
dua2 tu kakak sy punya...
dia bukak bisnes tu...

laa,ade rezki bole jumpe akak kat sana...

Linky's Magical


ShoutMix chat widget