Friday, February 25, 2011

Seram ? : Pintu Bilik Tak Diketuk Lagi...

*auto publish.


Dah dua bulan lebih sejak Along & Angah sunat .
Sejak tu diorang  tidur atas tilam-tilam ! baru  tapi atas lantai .
Sebelum ni  kongsi satu katil  kuin .


Tilam dulu tu ada macam-macam bau..
Cakap aje...bau masak lemak cili api ? kicap ? tomyam ? kurma? .. ada sokmo...
Angah  ada penyakit KM
Walaupun sebelum tidur dah ke bilik air
Mesti kena.


Sejak dah sekolah ni,  takde pulak
Memang lega !
Tapi kena berjaga-jaga jugak.
Kena lapik sepanjang masa.



dulu




Ahad lepas.
Nak ke Tesko.
Nampak banner satu kedai perabot di simpang jalan.
" Jualan Murah Separuh Harga untuk 3 hari"  ....yolah tu !
Lalu depan kedai tu... wah..banyaknya  keta !
balik terus singgah
Tak terfikir pun nak beli apa
Ingatkan saja nak tengok-tengok.


Pusing-pusing
Mata boolat..
Set Jati RM4K turun ke RM2K  ...sold !
Itu ..sold ! Ini ..sold !
Biar betul....?

Tetiba....ceh-ceh-ceh..
Nampak yang berkenan
Terus tanya
Nak dua kaler putih.
Ada stok !
Bayar untuk satu tapi dapat dua !


Berbaloi-baloi dari ke situ Ikea
Tentu-tentu lebih sebelah tangan terbang !









..dua hari ni Along dah tak ketuk pintu bilik aku lagi..

Note : kena carik bedsheet pulak lepas ni... kat mana ada yang -murah-murah ? 





Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

82 comments:

kak long said...

cantik karil tu reen,memang sesuai kat budak2 tu...!

bedsheet?
tunggu shoping compelx buat sale!hehehe!!

kasihredha said...

cantik2
akak suka.. :)
tenang sikit reen dimalam hari...itu penting ;)

gadisBunga said...

uiii...seramnye tajuk. tgk2 pelakon utama adalah hero-hero dua orang tuh! hahaha!!!

Cik SHiNJU said...

Kak Reen,cari bedsheet kat Nilai 3..
Yang mahal ade,murah ade...

kakcik said...

Wah... lena betul Along dan Angah tu. :)

indahhouse said...

Salam kak reena,
suka tengok along dan angah tido. bebasla diaorang golek dalam katil sendiri.. :)

kayteeze said...

Cantiknya Reen. Katil warna putih ni macam ala English, kan....

kakngah said...

ngompol!

kakngah said...

k.reen..
makyong bg petua camne nk elak ank lelaki KM. pegang dedua kaki bebudak tu, kaki ke atas, tgn ke bwh la.. pastu henjut2kan.. ank2 kite kan sume lelaki.. sume dia buat camtu dr kecik. alhamdulillah xder pulak yg KM walaupun ada keturunan KM hihihi!!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

as sala reen..mmg berbaloi2 g kedai tue yer...kt mana erkh?????hihi

Yunus Badawi said...

Bertambah nyenyaklah along dan alang tidur

Yunus Badawi said...

Dah ada katil baru baju tidur dah tak boria lagi ke? hehehe

Yunus Badawi said...

Penyakit KM org kata ubatnya makan ikan yu (jaws).

cemomoi said...

cantekkk... tapi dah takde ruang plak

aNiS tHe BumbleBee said...

woohh..aku suke la furniture kaler putih2 ni..aku ni,dari awal kawin smpai skang,xbeli2 lagi katil.cepatlaa balik malaysia.teringin aku nk beli perabot umah..isk!

err,kt mana ko beli weh?hehehe!

ainnoraini said...

katil barukan... lena la dia tido ye...

cantik katil caler putih tu...

Rinna said...

Wahh bestnyaa budak2 dua org tuh dpt katil baru..cantik plak tuh.. :)

Untung beli masa tgh sales kan..

Ms.Lilies said...

dah syok depa tido situ dah :)

- GC - said...

canteknya!!! kaler putih lak tu. i like!

My Life My World said...

Cantik katil nyer Reen. Mesti bebudak tu suka. Tak ada lah lagi adegan sepak terajang tanpa disedari masa tidur kan ... hehehe

=sz= said...

slalu kak reen alas ngan apa utk "selamat"kan tilam drpd KM ni kak?

anak dara saya ni kadang terrrr jugak ni... umur 5 tahun+ dah..

Ati Masrif said...

memang cantik

kita ni apa2 perabot color putih
cepat benor nampak...tapi tak pernah
dapat beli lagi...hihi

berapa tu reen..


Jom baca: ULANG TAHUN KE-10

Ati Masrif said...

color biru dlm bilik
angah n along tu menariklah

biru apa..
brand apa..
nak cari utk blk syahmi lak ^___^

cikpepel said...

kt langkawi ada murah..hehe

julietchun said...

semua senang hati sekarang :D

ibuintan said...

reen.. beli kat nilai 3, macam2 ado

cantik katil tu, tuk anak dara kecik pun sesuai tu

Zaitun said...

Kak Zai pun suka beli barang colour putih tapi kena berhati2 sebab cepat kotor.

kakyon said...

cantik katil kaler putih..

kak Erna said...

assalam reen..biar betul..bayar satu dapat 2..cantik tu.

secangkir madu merah said...

barulah rasa selesa tidor kot....hehehehehe siap mimpi2 lagi .. itu yg tak terjaga malam nak gi ketuk pintu bilik mama hehehehe

Ati Masrif said...

morning...

singgah sat..sebelum bzzzz

^_____^

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Betul barang yang kat tempat tu mahal sebab berjenama.Sebenarnya banyak lagi tempat yang murah cam tempat Reen beli tu.Akak kalau nak cari barang perabot suka tempat yang biasa-biasa, banyak pilihan, rega pun murah.

Yan said...

Cantik lah katil tu.. Berapa tu?

KM tu ada kat anak akak yg no 2 tu.. cam ne ek?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak long ;

biasa je kak long.


tulah tu...kena kuar lagi $$ nanti.
sementara ni pakai aje yang saiz queen punya..

besar gedabak !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak kasihredha;



memang tenang kak ! Kalau tak, tiap2 malam Along mesti terjaga tengah malam dan ketuk pintu sebab dia tak boleh lelap semula. Kena teman dia sampai lelap. Kadang2 saya pun terlelap sama dalam bilik dia.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

gadisBunga ;


saja bikin gempak.

haha..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yun @ Cik SHiNJU ;


Jauh na Yun ooi..
Tengoklah kalau2 kReen ke rumah emak nanti, boleh ke sana.


Kalau dah ke Nilai 3, kena siapkan poket teballah jawabnya...hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Cik;


sejak dah sekolah semula ni, camtu lah kak. letih semacam diorang.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wa'alaikumussalam Indahhouse;

harap2 tak jatuh !
angah tu lasak..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Tie @ Kayteeze;


kononlah tu kak.


putih untuk luaskan ruang. konon nak nampakkan luas bilik dorang yang sempit tu..

Insan Marhaen said...

bijak ikea buat promosi untuk tarik pelanggan

Kak Long Mawar Merah said...

Cantik katil baru along dan angah.
Sekarang rata-rata jualan murah. Tinggal lihat, pilih dan bayar.

white rose said...

wah, sngt beruntung dapat beli time sale...

putih, i like it

ana said...

memang berbaloi!

en_me said...

nyenyaknyer tido kanns.. ehehe

SURAYA said...
This comment has been removed by the author.
zaradgreat said...

cantik nye kak reen katil tuh! murah2!!!

tasekM said...

yg along ketuk bilik yu tu nape reen..?



.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakngah;

haha..


teringat mak mah & zek zaidi lahhh !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakngah ;

pernah cuba jugak tu.
urut pun pernah.

mesti kena kalau angah minum sebelum tido.

dua tiga minggu ni kurang sikit KMnya. sekali seminggu aje..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wa'alaikumussalam kak♥azatie;


kedainya dekat dengan rumah saya kak...
jauh dari akak tu....

hihi..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yunus Badawi ;


err...
alang anak saya yang ke berapa tu YB ?

kekeke...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yunus Badawi lagi;

selalu memang boria YB bila saya sediakan. akhir- akhir ni jer diorang pilih sendiri...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yunus Badawi lagi dan lagi;


yang kecik tu ke YB?

alaa...tak rasa nak makan tengok rupanya yang garang tu !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cemomoi ;


tukar yang lama & ganti yang baru.... ekekeke...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aNiS tHe BumbleBee ;


dekat rumah aku jer Nis. Takut jauhlak ngan rumah ko.

Ni mesti tak sesabar nak balik Mesia ni !


Kat tempat lain pun mesti ada murah cenggini. ko kena bargain giler-babas sampai orang yg jual tu nak vomitblood kat ko baru leh dapat.... hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ainnoraini ;

konon pilih kaler cenggitu sebab nak nampak luas bilik diorang yang sempit tu..

jadilah kan...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Rinna ;


memang berbaloi-baloi bila beli masa sales.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Mimi @ Ms.Lilies ;


Cara nak pujuk along.
dia bising sebab katil dulu angah KM... dekat dengan dia.



betul tu Mi. lena betul !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

- GC - ;

yu like ?

ai like too !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Jai Ros @ My Life My World ;

timaseh kak. murah aje..


haha...betul tu kak.
kalo tak, kepala tunggang terbalik .

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

=sz= ;


kReen letak tilam kecik warna merah tu..


macam2 petua dah buat.dah tak tau cara lain dah...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ati Masrif ;


samalah kita...

mahal sangat perabot yang putih2 ni. tengok ajelah..


dua RM300 aje.
murah kan ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cikpepel @ Mira;

kRina datang nanti takde siap !





December kita sampai sana tau..
Dapat flight AirAsia murah !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ati Masrif lagi;

alahai...
9 tahun lebih dah kaler tu Ti,..
kalau tak silap Dulux tapi kod tak ingatlah..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

julietchun ;


lalalalalalala...
(senang hati)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ibuintan ;

tu lah kak..
kena penuh kan poket kalau nak ke sana nanti... hehehe..


si kecik tu mintak kaler pink ada gambar princess pulak...

haaaa yang tu kena kecek abah dia .

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zaitun ;

betul tu kak..

saya dah pesan kat diorang.
angguk2 geleng2 aje..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakyon ;


konon nak biar bilik nampak luas sikit kak..


hehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Waalaikumussalam kak Erna;

kenapa ?
tak percaya ?






betul kak.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Yati;

betul tu kak.
Selesa sampai tak terjaga malam lagi dah.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ati Masrif ;


morning to you too !


sorilah Ti, sibuk betul sekarang ni..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Cik Ina minat Do do Cheng ;

setuju kak !
tak semestinya tempat yang mahal dan berjenama tu bagus.Entah2 dari factory yang sama.

yang penting kita puas hati dan murah !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

KakYan ;

murah jer kak..
Dua utk RM300 jer.


saya pun xde solution lagi kak...
saya lapik dengan tilam kecik lain aje..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Insan Marhaen;

bukan di Ikea IM..
kedai perabot di rumah aje..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Long Mawar Merah ;

pilih yang mana perlu aje..kalau tak, gerenti terbabas belanja..

Setuju tak kak?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

white rose ;


untung yang beruntung lorr.

u laik ?...ai laik too..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ana ;

berbaloi-baloi gitu!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

en_me ;


kalo tak tak nyenyak,tak tahulah nak buat apa lagi...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

zaradgreat ;


cantik belakang kira..
yang penting murah !

huahuahua..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tasekM ;

Nak aku jelaskan dengan detail ke summary aje.. hikhikhik..


Setiap hari tengah malam, Along mesti akan bangun. Tak kira pukul berapa. Kalau aku tengah bertenet jam dua-tiga pagi; tetiba dia terpacul aje.. kengkadang terperanjat jugak.

kalau aku kunci pintu, mesti dia ketuk bgtau takboleh tido. ketuk pulak perlahan sangat, sampaikan saspens aje bunyiknya. Jadi, aku atau abg aku kena temankan dia sampai lelap.


Sejak dah ada katil baru ni..tak terjaga malam pulak dia. Itulah ceritanya. Tamat.

azieazah said...

Dah selesai bersunat.. dapat pula katil sendiri sorang satu. Memang terbukti sungguh mereka sudah teruna dan meningkat dewasa...

Nak booking buat menantu, bleh? :)

Linky's Magical


ShoutMix chat widget