Thursday, May 26, 2011

2-3 bulan

Adiq dah minta bilik sendiri

Agaknya sejak dah sekolah ni kawan-kawan bercerita.

Plannya Ahad lepas nak mula memunggah semua barang-barang dalam bilik menggosok/solat untuk jadikan bilik dia. Bersebelahan dengan bilik yang Along & Angah kongsi. 

Buat masa ni Adiq tido di day bed sebilik dengan aku.

Pagi Ahad tu; dapat panggilan tefon dari Adik Ipar Abi.  Bagitau FIL&MIL ada di rumah diorang di Puchong. Kansel lagi rancangan.

Makan tengahari masakan MIL memang bikin aku semput dan mengah ! Kenyang Giler.


Punyalah leka sampai terlupa  nak amik gambar. heeee...



Kitorang balik lebih kurang jam 3 petang.


lalu sini (belakang USJ21)  
dah 4 tahun tinggalkan tempat cari makan masa 10 tahun dulu.
Sayu.




Singgah di Mydin USJ. Borong stok alat tulis untuk 2-3 bulan. Senang citer. Budak-budak sekarang tak macam kita dulu. Kita dulu, jaga barang macam jaga emas. 


Bila potong duit belanja, kesian pulak. Bila tak dipotong, macam-macam dibelinya di luar sekolah. Pesan jangan beli makanan yang takde logo halal di belinya mainan.  


Dah banyak kali MPS terjah Penjaja Haram tu, tapi dorang ni tak serik. Setiap hari kena pesan kat Angah. Dia macam biasa; angguk-angguk tapi balik macam-macam di belinya.



Sebelum sampai rumah, singgah makan dulu. di kawasan rumah aje.  Sedap. Nama sama seperti rupa. Betul-betul Mee + Udang tapi ada telur. Vege yilek.



Note : Sabtu ni kerja. Projek bilik Adiq kena tunda lagi.


50 comments:

bujal X said...

udang besar~~woowww~~haha~~

Ati Masrif said...

budak2 ni lagi bagi byk belanja
tetap licin di kerjakan...hehe

atty's said...

makan mee udang kt mana tu..banyk udang..mesti shedapkan

cheqna said...

kak rina!!!!!!!!!!!!!1
lamanya tak tegur kak
sihat ke???
beshnya udang tu...

julietchun said...

adiq dah besar :P

indahhouse said...

Salam kak azrina,
hehe.. saya ingat apa 2-3 bulan. kot adiq ada adik lagi. :D
berani adiq tido sorang? saya dulu ms umo dia, tak berani, suka tido ngan adik-adik. hehe..

Queen said...

betul tu..dulu kalau mak pesan..setahun..sat kotak je kaler pensil.. jaga mcm nak gila..kawan nak pinjam pun tak bagi...sharp pun sikit2 je takut cepat abes...

skang ni.budak2...sebulan satu...pastu main campak2..rasa nak campak je die pulak ke luar..hahaha...adikla..keje nak paw duit je.. konon nak beli alat tulis sekolah... sekali tgk, pensil box ada 5 6 macam.. selipar kaler2.. kalah selipar den...hahhaha


eh..termembebel kat sini plak..ngeeee

sayangsayangibu said...

akk pun borong alat tulis di mydin
dek dah terlampau borong sampai enpakwe kata sampai kurun berapa nak guna pensil nih, anak anak guna pensil sampai tahun 4 aje(,")

sayangsayangibu said...

akk pun borong alat tulis di mydin
dek dah terlampau borong sampai enpakwe kata sampai kurun berapa nak guna pensil nih, anak anak guna pensil sampai tahun 4 aje(,")

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bujal X

wow !wow !wow !




haha jugak..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ati Masrif ;


betul tu !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Atty's;


Kat Rawang jer kak..
sedap jugak dari yang tak sedap .

;o)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cheqna ;


yelah kan !
lamanya kita tak bertegur...

alhamdulillah baru baik dari tak sihat ni..


udang memang best !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

julietchun;


kan ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wa'alaikumussalam indah;

hehehe...
kalau ada rezeki, adalah..


tak cuba lagi, tak tahu Adiq berani ke tak..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Queen;

samalah kita...

kaler (Angah), selipar (Adiq), Pensel(Angah), Beg(Angah), buku (Along)..


huiyai..bankrap ibu eh..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

K'Eja @ sayangsayangibu ;

nasib baik akak cakap... tak tau pun.
Maknanya tahun ni tahun terakhir Along pakai pensel..

aNiS tHe BumbleBee said...

mydin usj tu dulu seminggu 3x aku pegi.dah dekat dgn rumah.yg aku heran,asal lalu je kt trafic light (yg bertentag gazebo tu) aku meloya.time tu masa preggy kt uyin.ishh,tiap2 kali lah.heran jugak aku.ape kaitan trafic light tu dgn uyin?kakaka!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aNiS tHe BumbleBee ;


aku rasa mesti kita selalu bertembung dulu.. asal lunch hour jer aku cabut gi Mydin tu.kalau tak sempat; balik mesti singgah. Kalo dulu Giant, bila Mydin tu dah ada..Giant aku tak tengok dah..

trafik light simpang empat tu ke wei..? situ memang berhantu tau ! Ko mesti kena termengandung lagi kalau lalu situ.

haaaa kan dah kena kali kedua.
huahuahua...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Reen,

Akak pernah ke Mydin di USJ tu sekali kira2 3 tahun lepas.

Besar sangatlah, tak larat berjalan.

Daddy Ziyyad said...

gila besar besar udang..byk pulak tu..berapa RM tu?

secangkir madu merah said...

seronok adiq nak tido bilik sendiri ya.. rasa diri dah besarlah tu, apa barang tidor dgn ayah dan ibukan?...

cemomoi said...

letih bercakap dengan bebudak sekarang... zaman senang

makan lagi sedap!

Izan Ishak said...

samalah ngan izan kak. yg sekolah baru sorg. tp borong alatulis tu mesti. nnti kjap ilang pensel lah, pemadamlah...pembaris lah...

nurkass said...

tu dia gambo mydin..hehe..
kat area mane mee udang tu kak reen cam best jek..

daddyzkool said...

kalah kalau ada gambar makanan...jadi lapar terus...hehee

- GC - said...

bestnya tengok mee udang tu.. kak reen, tetiba ngidam nk makan mee udang. haippp

kasihredha said...

bila anak2 dah besar memang mereka request nak bilik sorang2. Waktu kecik tidur sama2 sebab takut.

Akak pun sama...dulu2 beli pencil banyak2, pemadam dan pembaris. Sekejap2 hilang.

kaklong said...

ada mee disebalik udang!

Ann Huda (Ate) said...

Mcm sedap jer mie udang tu...kecuq ayaq liuq menetes netes..huhuhu.

Ann Huda (Ate) said...

Oh ya..Ate suka Reen dah ajar ank2 sedari kecil alert dg makanan halal..Tahniah.

gadisBunga said...

ui. giant nye udang! kat mana ni kak?

azieazah said...

Anak-anak sedang membesar memang banyak permintaan dan pengorbanan. Takpa. Pelan-pelan kayuh.

Amboiiii Mee Udang. Besar dan reganya pun besar. Dasat tuhhh..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Ani @ Kunang-Kunang ;
Wa'alaikumussalam kak.

Dah terlanjur kat kawasan sana kak..

Pergi ke Mydin aje kak.Bazaar Rakyat pun tak singgah. Bila dah singgah poket pun kena singgah... hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Daddy Ziyyad ;


kita yang makan pun tergila-gila jadinya doc.

Mula nak yang biasa tapi bila teringat manis udang tu terus amik spesel..


lapan hinggit sepinggan kalau spesel.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Yati @secangkir madu merah;



ibu dia ada can manja lebih lepas ni.
hahaha...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cemomoi ;


nak buat camna kann... dah nasib mak bapak sekarang.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Izan Ishak;


Samalah kita Izan..

Stok kena sentiasa ada. kalau tak kita sendiri yang kalut bila dia nak pergi sekolah kata itu-ini takde..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nurkass ;

hehe..femes Mydin

kat kawasan rumah aje tempat makan tu.
BTP, Rawang.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

daddyzkool ;


timaseh singgah bro.



jom makan !

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

- GC - ;


alooooorrrrr..
ni yang buat tak best ni..
Nanti balik utara singgah Sungai Dua pekena sekali tau...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak kasih;


sekarang akak dah senang.
kan ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kaklong;


ada udang di sebalik mee jugak!

hehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ann Huda (Ate) ;


alamak...
dah mengecurkan air liur berapa orang dah ni...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ann Huda (Ate) ;


InsyaAllah..
Saya risau.
Kebanyakan orang sekarang ni fikir untung sendiri aje. Kebanyakan junk food yg dijual luar sekolah tu dari China.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

gadisBunga ;

dekat dengan rumah aje.
jom...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Azieazah ;

InsyaAllah kak..
Timaseh jugak.



Sebulan sekali dua pekena oklah kak..Kalau hari2 mau bungkus tokey rumah.. hehehe..

Acik Erna said...

ASssalam reen..memang betul2 mee udang..
asek tunda je..bila la adik nak dapat tidur bili sendiri ye..he he

Zaitun said...

Teringat kak Zai mee udang Kuala Se petang.

Yunus Badawi said...

kecil2 dah nak bilik sendiri. Anak saya yg dah sekolah menengah tu pun masih nak menyelit bilik emak bapak nya huhuhu

Linky's Magical


ShoutMix chat widget